MAK MAH masuk ke dalam bilik kerja Adyan selepas mengetuk beberapa kali pada muka pintu. Tangan masih setia memegang secawan air kopi panas seperti yang diminta.
"Adyan... ni air kopi yang Adyan minta." Mak Mah dengan perlahan meletakkan cawan tersebut ke atas meja kerja Adyan.
Adyan angkat kepala. Kerjanya terhenti buat seketika. "Terima kasih, Mak Mah." Tangan Adyan jatuh ke arah meja, mengambil cawan air kopi panas tersebut. Dihirup sekilas. Cuba menghilangkan rasa mengantuk.
"Adyan memang jadi ke nak balik esok? Tak mahu tinggal dua hari lagi?" tanya Mak Mah sekadar ingin memujuk. Masuk hari ini, Adyan baru saja bermalam di sini selama tiga hari.
Adyan diam, memikir. Kalau diikutkan hati, memang dia ingin tinggal di sini untuk beberapa hari lagi. Malangnya, kerja di Kuala Lumpur makin hari, makin bertambah. Tak boleh nak ditangguhkan lagi.
"Tak boleh, Mak Mah. Adyan tak boleh ambil cuti lagi. Syarikat Adyan dekat sana masih belum stabil lagi."
Mak Mah hanya angguk faham. Cukup faham dengan keadaan syarikat Adyan di Kuala Lumpur sana. Stabil, tapi ianya masih memerlukan pemantauan yang kerap.
"Nanti kalau Adyan nak pulang ke sini lagi, Adyan maklumkanlah dekat Mak Mah dan Pak Mat. Insya-Allah, kami akan datang dan tolong Adyan dekat sini," pesan Mak Mah dengan senyum ikhlas. Dia ikhlas mahu menemani Adyan di sini.
Mak Mahu tahu. Jauh di sudut hati Adyan, lelaki itu jelas kesepian. Tiada peneman. Tiada kawan rapat. Malah tiada sesiapa untuk dijadikan tempat luahan.
"Adyan... Mak Mah sebenarnya nak beritahu sesuatu dekat Adyan." Nada Mak Mah bertukar serius. Ada sesuatu perkara penting yang perlu dia beritahu kepada Adyan segara. Ini amanah.
"Mak Mah nak cakap apa?"
"Sebenarnya... sebelum sehari Adyan balik sini, bekas tunang Adyan ada datang... Jumpa Mak Mah." Berat hati Mak Mah ingin jelaskan semula. Mak tahu, Adyan pasti akan kembali terluka. Lelaki itu sudah banyak makan hati.
Adyan diam. Tahu siapa yang dimaksudkan Mak Mah.
"Kenapa dia datang sini?" tanya Adyan acuh tak acuh. Ingin tahu sebab gadis itu ke mari. Kalau tiada sebab yang penting, pasti Qaira tak akan jejakkan kaki ke sini. Dia kenal gadis itu.
"Dia datang jumpa Mak Mah sebab nak tanya tentang Adyan. Dia cakap dia takut nak jumpa Adyan," jelas Mak Mah. Serba-serbi asbab Qaira ke sini.
Hujung bibir Adyan ternaik sedikit. Jelas sinis. Entah apa lagi yang gadis itu inginkan darinya. Sudah terang lagi bersuluh, hubungan mereka dah lama berakhir. Tak perlu dihujahkan lagi!
"Kenapa tiba-tiba dia nak takut jumpa Adyan, Mak Mah? Sebelum ni, dia tak rasa takut pula bermesra-mesra dengan lelaki lain depan Adyan?" Dalam soalan Adyan. Cukup mengambarkan hati yang masih dibayangi dengan rasa sakit tempoh hari.
Terlalu sakit sampai meninggalkan parut yang dalam.
Mak Mah hanya mampu diam. Sangat faham apa yang dimaksudkan Adyan. Kejadian hitam tersebut. Kejadian yang pernah menjadi perbualan orang ramai pada satu tika dulu.
Adyan keluh perlahan. "Apa lagi yang dia cakap dekat Mak Mah?"
"Qaira cakap dia akan balik ke Singapore."
Adyan hanya rasa kosong selepas mendengar kenyataan tersebut. Kenyataan yang pernah dia rasa bimbang satu tika dulu. Singapura, tempat kelahiran Qaira. Tempat di mana dia dibesarkan sebelum merantau jauh ke sini.
Qaira bukan setakat merantau, tapi ingin juga mencari kerja. Ingin mencari nama dalam dunia permodelan di sini. Memiliki wajah yang cantik kerana mempunyai campuran genetik Eropah, buat dia mudah untuk mendapat tempat dalam dunia industri.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.