Bab 33

134 12 1
                                    

SEGALA macam lauk-pauk dimasak oleh pembantu rumah di kediaman Datin Sue. Siap saja masak, terus ia dihidangkan di atas meja untuk para tetamu yang akan datang menjamu selera di sini nanti.

Datin Sue semestinya ikut sibuk di ruang dapur. Dia sedang menyiapkan beberapa jenis pencuci mulut yang kebiasaannya dia buat. Petang tadi, dia ada juga pergi ke pasar dan membeli buah-buahan segar untuk dihidang bersama.

"Mummy!" Hani datang ke ruang dapur selepas bersiap ala kadar. Kakinya panjang ke arah meja makan. Teruja melihat semua makanan yang sudah terhidang di atas sana.

"Banyaknya lauk..."

"Sikit je tu. Reina tak sampai lagi ke?" Datin Sue masih sibuk memotong buah tembikai susu kepada beberapa bahagian. Selesai potong, ia diletakkan ke dalam satu piring kaca.

Ting tong!

"Ha, panjang umur."

Hani terus panjangkan kaki ke pintu utama. Rasa semakin teruja dan tak sabar nak sambut kedatangan gadis itu.

"Ingat you tak nak datang dah." Buka saja muka pintu, terpapar wajah cantik Reina. Malam ini gadis itu hanya mengenakan dress labuh separas lutut yang berwarna hitam. Seperti biasa, dia tetap kelihatan anggun.

"Mestilah I datang." Melihat wajah itu, Reina senyum melebar. Dia sampai awal di sini pun sebab jalan yang tak berapa sesak. Jarak dari kondominiumnya ke kediaman Datin Sue memang tidak terlalu jauh. Tapi kalau trafik cemburu, mungkin boleh makan masa selama dua jam juga.

"Jom masuk. Mummy dah tunggu kat dapur." Tangan Reina pantas ditarik supaya cepat-cepat masuk ke dalam. Dan mereka teus ke ruang dapur.

"Reina, kamu sihat?" Nampak saja kelibat gadis itu, Datin Sue senyum meleret. Dah lama mereka tidak bertemu dan makan sama-sama macam ni.

"Reina sihat. Auntie Sue sihat?" Reina mengambil tempat di sebelah Hani yang duduk berhadapan dengan mummynya. Hanya mereka bertiga yang ada di ruang makan.

"Alhamdulillah, Auntie Sue sihat. Tan Sri dan Puan Sri sihat?"

"Sihat juga, Auntie Sue. Mereka ada kirim salam kat Auntie."

"Waalaikummusalam..." Makin melebar senyum Datin Sue sekarang. Rindu bukan kepalang terhadap dua insan itu. Lama tak bersua muka. Entah bila pula mereka boleh berbual macam dulu.

Ting tong!

Sekali lagi, loceng rumah berbunyi. Pasti ada tetamu lain yang datang. Tak buang masa, pembantu rumah laju menerpa ke pintu utama. Menjemput kedatangan figura yang datang.

Selang beberapa detik, pembantu rumah itu kembali semula ke ruang dapur. Ada dua susuk tubuh yang sedang membuntuti di belakang.

"Adyan Daniyal. Jemput duduk." Datin Sue pasti makin senyum melebar. Teruja melihat dua anak saudaranya itu ikut serta. Tahu yang mereka dua sentiasa sibuk. Dan dia memang tak berharap lebih yang mereka akan datang.

Adyan senyum tipis. Kemudian mengambil tempat di sebelah Datin Sue. Dia sedikit terkejut apabila sedar yang Reina juga ikut serta dan ada di meja makan.

"Sorry, Auntie. Kami lambat sebab jalan jem. Dengan ada orang accident pula tadi, memang terus jadi dua kali ganda lambat," beritahu Daniyal hal sebenar. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan Adyan.

"Tak apa! Auntie tak kisah pun lambat. Yang penting korang berdua datang."

"Selamat korang datang. Kalau tak, memang mummy merajuk la nanti!" celah Hani.

Daniyal ketawa kecil. Sudah tahu. Sebab tu, mereka berdua datang juga.

"Mana abang kamu, Dani? Kenapa dia tak datang sekali? Auntie dengar yang dia dah balik sini." Perasan mereka hanya berdua, terus Datin Sue menyoal ingin tahu. Kelmarin dia ada juga menjemput anak saudaranya yang sorang itu ke mari.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now