Bab 15

114 16 4
                                    

SUDAH masuk seminggu Adyan menetap di Johor Bahru atas urusan kerja. Setiap hari, rutin hariannya tidak berubah dan sama seperti di Kuala Lumpur. Adyan akan keluar ke pejabat pada awal pagi dan pulang ke rumah apabila malam menjelma.

Mak Mah yang masih setia di rumah kediaman arwah Datuk Khaleed hanya mampu menggeleng sendiri. Sudah berkali-kali dipesan Mak Mah tetapi lelaki itu tetap sama. Tetap setia dengan kerjanya di pejabat.

"Ni, air nescafe yang Adyan minta." Secawan nescafe panas diletakkan di atas meja kerja Adyan. Sekarang waktu sudah pun menganjak ke angka satu pagi tetapi lelaki itu masih ligat menyiapkan kerja.

"Terima kasih, Mak Mah." Adyan hulur senyuman tanda terima kasih. Mak Mah yang sedang berdiri di sebelah mejanya dilihat sesaat.

"Sama-sama. Dah seminggu berlalu, kerja kamu masih banyak ke, Adyan?" Lembut Mak Mah menyoal. Dia sebenarnya tidak mahu mengganggu lelaki itu, tapi memikirkan persoalan yang selalu bermain di minda, diteruskan juga niatnya.

Satu keluhan kedengaran jelas. Adyan serta-merta menghentikan perbuatannya seraya pandangan dialihkan. Wajah gusar Mak Mah diamati tak sampai hati. "Kerja Adyan dekat sini tinggal sikit je lagi, Mak Mah. Kalau boleh, Adyan nak balik KL secepat mungkin. Banyak lagi benda yang Adyan kena buat dekat sana."

Mendengar itu, Mak Mah hanya mengangguk perlahan. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi memaksa lelaki itu untuk tidur atau berehat. Biarlah dia menyelesaikan kerja yang patut dahulu. "Kiranya kamu dah nak balik KL la kan?"

"Ya, Mak Mah. Kalau ada kerja lagi dekat sini nanti, Adyan akan datang JB balik." Adyan hulur senyuman seolah memujuk hati kecil Mak Mah. Wanita itu kelihatan kecewa dengan kata-katanya tadi.

"Mak Mah masuklah tidur. Nanti Adyan tidur," sambung Adyan lembut. Tidak mahu wanita itu sakit pula gara-garanya.

Dalam keadaan terpaksa, Mak Mah hanya menurut. "Jangan tidur lambat sangat, Adyan. Mak Mah masuk tidur dulu." Mak Mah berlalu pergi selepas mendapat anggukan dari Adyan.

Selepas Mak Mah hilang dari pandangan, Adyan sambung kerjanya semula. Sempat ditilit angka jam di dinding yang seakan laju bergerak.

"REINA, you tak nak stay seminggu lagi ke kat sini? Kalau you balik JB pun, bukan ada benda nak buat pun, kan?" Kali ini sudah masuk sepuluh kali Hani mengulang ayat yang sama. Cuba dipujuk gadis itu supaya menginap beberapa hari lagi bersamanya di KL.

"No, Hani. No. I memang kena balik esok. Daddy I dah bising tau dekat rumah. Dia suruh I masuk office. To be honest, I memang tak ready lagi nak jejak kaki dekat office my daddy, but I terpaksa, Hani." Reina mundar-mandir di dalam bilik sebelum duduk di birai katil. Nafas dihela panjang cuba memujuk diri.

Hani mencebik. Reina adalah anak sulung kepada Tan Sri Kamarul, dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat QS Sendirian Berhad. Jadi gadis itu mahu tak mahu terpaksa jugalah turun ke pejabat menolong Tan Sri Kamarul.

"I'm sorry, Reina. I tak berniat nak paksa you untuk stay dekat sini. I want you to stay here just for a few days."

Ikutkan hati, memang Reina mahu tinggal di sini untuk beberapa hari lagi. Tapi bila memikirkan daddynya di rumah, terpaksalah juga dia membatalkan niatnya itu. "I'm sorry, Hani. I kena balik juga. I akan turun KL lagi jumpa you nanti. Don't worry, okay?"

Lambat-lambat Hani terpaksa akur juga. Dia kena mencuba untuk memahami keadaan Reina yang sentiasa menekan.

"Okay, kalau macam tu, malam ni kita clubbing, nak?" Satu senyuman lebar terukir di bibir Reina. Cuba memujuk keceriaan hati Hani semula.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now