"JEMPUT masuk, Adyan..." Reina senyum melebar di muka pintu. Kehadiran lelaki itu di Villa Tan Sri Kamarul buat dia tersenyum sampai ke telinga. Tak menyangka Adyan akan ke sini pada tengah hari ini.
Adyan ikut senyum. Dia menapak ke dalam selepas dipelawa masuk. Kalau tak disebabkan ajakan Tan Sri Kamarul kelmarin, mungkin dia tak akan datang ke sini. Masih ada banyak kerja yang perlu dia buat sebenarnya.
"You duduklah dulu. I panggil daddy kejap."
Adyan cuma angguk. Terus dibawa diri ke ruang tamu dengan penuh rasa tanda tanya. Tak tahu atas sebab apa, Tan Sri Kamarul mengajaknya ke sini hari ini. Katanya ada hal penting yang harus dibincangkan.
Sementara menunggu, Adyan sempat membelek telefonnya terlebih dahulu. Tadi dia ada menerima satu pesanan ringkas dari Amirah. Dan tentu ianya berkaitan dengan hal kerja.
"Adyan..."
Suara seseorang menyapa buat dia menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam kocek seluar.
"Uncle." Adyan spontan berdiri selepas sedar dengan kemunculan Tan Sri Kamarul di ruang tamu. Bibir ikut melorek senyum.
Tangan lelaki tua itu disalam hormat sebelum masing-masing mengambil tempat.
"Awal kamu datang sini." Tan Sri Kamarul duduk bertentangan dengan Adyan di sofa. Turut tak menyangka lelaki itu akan datang ke sini pada tengah hari.
"I'm sorry, uncle... petang ni ada kerja sikit," ujar Adyan, rasa serba salah. Tan Sri Kamarul ajaknya pada belah petang, katanya boleh berbual panjang sikit. Tapi sebabkan tuntutan kerja, dia terpaksa datang pada tengah hari ini.
Itu saja waktu lapang yang dia ada.
"Uncle faham." Tan Sri Kamarul angguk. Dia sememangnya faham. "Bila balik KL?" tanya Tan Sri Kamarul pula. Ingin tahu.
Perbincangan projek baru mereka telah berjalan dengan lancar pada kelmarin hari. Kata sepakat juga sudah diterima ketika perbincangan tersebut berlangsung. Dan tentu sekarang Adyan akan segera pulang ke Kuala Lumpur semula.
"Hmm... I'm not sure, uncle..." Bahu Adyan sedikit terangkat. Kurang pasti. Yang pasti, dia perlu memantau dulu kerjanya di sini. Kalau tiada apa-apa lagi, mungkin dia akan terus pulang ke sana.
"It's okay. Take your time. Kalau kerja di sini selesai, baru balik sana," balas Tan Sri Kamarul. Sekadar ingin memesan. Dia faham dengan situasi Adyan tika ini. Dua buah syarikat nak kena handle, mahu tak penatnya.
Adyan senyum nipis sambil angguk. Itu memang perancangannya buat masa ini.
Seorang pembantu rumah di Villa Tan Sri Kamarul muncul di ruang tamu bersama sedulang air teh panas. Kemudian ianya dihidangkan di atas meja yang turut tersedia di ruang itu.
"Jemput minum..." Pembantu rumah itu meminta diri selepas menuang air teh panas ke dalam cawan kaca. Dengan penuh rasa hormat, dia membawa diri ke ruang dapur semula.
"Jemput minun, Adyan."
"Thank you, uncle..." Adyan menurut.
"Uncle sebenarnya ada benda sikit nak cakap dengan kamu." Sempat air teh panas itu diteguk sekilas, sebelum ia diletakkan semula di atas meja. Tumpuannya sekarang tertuju ke arah wajah lelaki itu.
Suasana bertukar tegang. Ada perkara penting yang harus mereka bincangkan segera.
"Tapi bukan soal kerja."
Kening Adyan bertukar kerut. Masih menantikan jawapan penuh dari lelaki tua itu. Kalau bukan sebab kerja, jadi sebab apa?
"Soal peribadi."
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.