Jam dah pukul 5pagi. Malam tadi aku tidur pukul 1pagi. Tak dapat tidur. Aku masih belum bersedia nak masuk sekolah baru. SMK Rawang bukan tempat yang aku nak pergi. Aku benci betul nak berdepan dengan Syazana tu. Argghhh....aku tutup muka aku dengan bantal. Pukul 5.30pagi, aku dengan mama ketuk pintu bilik aku. Dia buka perlahan, masuk dalam bilik aku.
"Adik bangun...dah 5.30 ni." Aku malas nak bangun. Rasa macam nak duduk dalam bilik je. Tapi kan mama bebel pula. Aku angkat kepala pandang muka mama.
"Mama adik tak sekolah boleh tak. Rasa macam demam" Mama pandang muka aku. Terus tangan dia kat dahi periksa suhu badan aku.
"Tak panas pun. Jangan mengada. Bangun. Kan papa bising nanti. Cepat bangun. Pergi mandi. Kakak pun nak mandi nanti. Kan berebut nak ke bilik air." Tak menjadi pula taktik demam.
"Suruh lah akak bangun dulu. Mesti adik yang kena bangun awal." Setiap hari aku yang kena kejut dulu. Akak aku biasa bangun lepas aku dan papa siap. Tahu lah dah tak sekolah. Tapi takkan bangun awal pun tak boleh.
"Adik tu yang selalu lambat siap. Kakak bangun lewat pun cepat siap. Dah bangun." Mama membebel sambil keluar dari bilik aku. Aku duduk kat katil aku. Perlahan aku baring semua. SMK Rawang... Kenapa aku kena masuk sekolah ni. Macam takde sekolah lain.
"Nurul Aliya Nazrin Binti Abdullah .... Bangun......" Suara mama dari dapur. Kalau dah nama penuh ni tak bangun juga jadi arwah lah aku. Aku bangun dengan malas. Pintu bilik aku diketuk. Kemudian dibuka.
"Adik... Pergi mandi cepat" Aku terus capai tuala, tak pandang kiri kanan, sebab kali ni papa yang muncul. Mama bebel macam mana pun perkara biasa. Tapi kalau dah papa yang masuk campur jangan buat hal. Kan tak pasal kena kamehameha. Papa ada kuasa veto sebab dia bukan sahaja papa, dia jurulatih hoki aku. Masa aku kat Negeri Sembilan, status aku sebagai anak coach selalu diperkatakan. Aku ada bakat tapi dibayangi status papa. Ada baiknya pindah sekolah sebab papa tak jadi coach aku, dan orang takkan cakap aku terpilih sebab papa aku coach.
Aku besiap dengan baju sekolah. Pukul 6 lebih kami semua kumpul di meja makan. Dah jadi rutin keluarga kami, sarapan dan makan malan wajib duduk bersama. Masa ini dibenarkan cakap apa pun. Tak puas hati dengan mama ke papa ke boleh je cakap sebab papa akan judge semua. Tapi kalau dah lepas makan kalau berani komplen lah. Terutamanya pasal mama. Berdarah telinga beb. Kalau makanan yang dia masak terlebih garam pun jangan tegur, just tela je. itu tips yang papa bagi. Kalau tegur dia akan ungkit semua cerita sejak aku dalam perut dia. Dia macam ada satu pasukan yang kumpul database dalam otak dia. Sebab tu kebanyakkan masa papa diam je.
Tengah sedap mengelamun di pagi hari kepala aku ditepuk dari belakang. Arghhhh... Nurul Aliza Nazrin kak ngah aku. Eeee......tak kacau aku tak sah. Aku jeling je muka dia. Nak ketuk balik tak berani kan dia tumbuk aku saja je. Dah banyak kali aku gaduh dengan dia. Belum pernah lagi berjaya buat dia nangis. Tua 4 tahun dari aku. Dia belajar dekat universiti. Dia pun pemain hoki. Tapi berlagak sebab dia main dalam MHL. Bukan popular pun. Tapi kononnya pemain pro.
Kepala kau di usap lembut. Dahi aku dicium. Hah datang dah Nurul Alifa Nazrin. Kak Long aku. Aku dengan dia rapat. Mungkin sebab sulung dengn bongsu selalu rapat kot. Apa pun masalah aku ngadu kat dia. Dia selalu beri nasihat. Kadang-kadang homework aku pun dia yang tuliskan. Bekerja di ISN sebagai pakar fisiologi. Satu kelebihan yang ada pada aku, sebab aku minta nasihat untuk tingkatkan prestasi aku. Kak Ngah aku walau dia suka kacau aku, aku boleh berlatih dengan dia. Kiranya dapat berlatih dengan pemain pro. Papa aku pula sebelum ni jurulatih hoki Negeri Sembilan untuk kategori bawah 18. Sekarang papa dan mama buka kedai sukan sendiri. Papa kata dia dah tak nak jadi jurulatih. Salah satu sebab kenapa kami kena pindah ke Selangor. Sebab mama dengan papa nak akak-akak duduk sama dan mudah nak berniaga. Mama pula tak terlibat dengan sukan tapi mama pandai gunakan papa untuk jual alatan sukan. Sebab papa kenal ramai orang sukan jadi mama bukan kedai alatan sukan.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...