Segalanya berjalan lancar macam dirancang. Sekarang tunggu budak-budak ni pergi trial je. Benda yang aku sendiri terkejut cara kak long main. Jadi memang patut papa rasa bersalah sangat dan betul kak coach Asraf. Dia memang lain sangat. Jauh beza dengan kak ngah. Aku rasa aku belum sampai pun level kak ngah apa lagi nak sampai level kak long.
"Aku pelik lah baby. Takkan kau tak tahu langsung pasal kak long? Takkan mama dengan papa tak pernah cerita." Syaz bertanya sambil dia potongkan kuku tangan aku.
"Kitorang beza 9 tahun tau. Masa tu mana lah fikir sangat pasal hoki apa semua. Lagipun lepas eksiden tu, cerita pasal kak long main hoki macam dilarang tau. Memang mama, papa, kak long dengan kak ngah takkan cerita. Maybe sebab tak nak bagi kak long sedih" Aku rasa itu sebab tu aku jarang dengar dengar pasal semua ni.
"Yelah kot. Tapi power teruk. Kalau dia main hoki memang tiap tahun dapat anugerah pemain terbaik lah. Tangan tu jangan gerak-gerak lah. Kan terpotong kulit nanti." Dalam dia puji kak long sempat pula dia bebel kat aku.
"Bebel lah....potong jelah. Kau takde kerja lain eh sekarang sayang. Pagi kat sekolah kau dengan aku. Masa latihan hoki pun dengan aku. Balik training kau datang lepak kat rumah aku. Takde benda lain kau nak buat?" Aku rasa macam Syaz banyak sangat habiskan masa dengan aku.
"Dah tu kau suruh aku buat apa. Kau je yang best. Eeeee comel jari kau. Gigit sikit." Aku tepuk manja kepala dia. Tak de kerja nak gigit jari orang.
"Agak-agak kan, kita dapat tak menang tournament, kalau budak-budak ni join? Tapi betul ke masa Huda ada korang bagus?" Aku masih teringat kata-kata Syaz. Walaupun dia cakap benda ni masa marah, aku tetap nak tahu.
"Soalan kau pun. Kau nak confident. Masa Huda ada, dia memang beria nak menang. Macam tu kita hoki kita macam digeruni. Semua team takut jumpa SMK Rawang" Syaz bercerita. Aku bangun dah duduk kat riba Syaz sandar kat badan dia. Syaz peluk aku. Dan kami baring sama-sama. Aku terlelap. Bila aku sedar dah pukul 6 pagi. Syaz dah takde kat sebelah aku. Aku bersiap dan pergi ke sekolah. Seperti biasa Syaz tunggu aku depan rumah dia dan kami sama-sama ke sekolah.
Waktu rehat kami berdua ke kantin. Aira, Aina, Tasha, Mei Ling, Thivyah, Crystal, Nadia dengan Azy duduk bersama. Aku dan Syaz duduk bersama. Dania dan Intan juga sertai kami.
"Korang jangan lupa eh trial petang ni." Aku sekadar mengingatkan mereka semua. Aira, Crystal, Mei Ling dan Tasha angguk tanda setuju. Tapi yang lain macam tak berapa berminat. Aku toleh ke arah Nadia. Nadia geleng kepala. Bermakna dia tak berminat.
"Korang apa cerita tak nak pergi trial?" Aku bertanya lagi pada Thivyah, Nadia, Aina dan Azy. Azy pandang muka Nadia. Apa saja keputusan Nadia dia akan ikut bulat-bulat.
"Aku tak join. Korang pergilah." Thivyah tarik diri.
"Aku pun tak nak." Aina pula sambung.
"Kau Nad?" Nadia pandang aku. Dia geleng kepala sekali lagi. Mungkin dia tak berminat.
"Aku tak nak join Naz. Kau kalau nak join kau pergi je Azy. Jangan asyik nak ikut bontot aku. Cepuk kang baru tau." Azy geleng kepala. Jarang dia buka mulut. Kalau ada pun sepatah dua. Biasanya Nadia yang faham dengan dia. Setakat pandang mata Azy pun dia boleh faham apa yang Azy fikirkan.
"Aku dah set dengan coach doh.. Jangan lah tarik diri sekarang. Semalam korang janji dengan kak long nak join." Aku agak kecewa sebab aku dah pun exited dengan semua ni. Tapi coach dah beri masa seminggu, maknanya aku masih ada masa untuk pujuk semua.
"Ya memang lah, kak long best kot. Family kau jaga kitorang baik. Jempat pergi rumah, parents kau siap suruh panggil dorang mama dengan papa. Kak long pun layan kitorang macam adik sendiri. Takkan nak cakap tak boleh dengan dia." Thivyah bersuara. Maknanya dorang nak jaga hati je.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...