Chapter 42 - Balqis

229 14 1
                                    

Wisel berbunyi. Perlawanan bermula. Seperti biasa Syaz mulakan permainan. Syaz hantar bola kepada Nadia. Nadia hantar dekat Dewi. Dewi hantar kat Mei Ling. Tasha tak main hari ni. Bukan sebab kesilapan yang dia buat. Coach bercadang nak rotate pemain. Aira, Crystal, Thivyah, Aina, Dania pun direhatkan. Aku, Syaz dan Nadia pun akan keluar pada separuh masa pertama. Ikut kat coach perlawanan hari ini boleh menang dengan syarat cari gol awal. Separuh masa kedua kita akan bertahan. Coach lebih utamakan perlawanan esok.

Kami faham dengan keputusan coach. SSMT lebih mencabar dari tuan rumah. Jadi tak hairan kalau dia nak kekuatan penuh. Raudah gantikan Crystal. Raudah skil individunya tak sehandal Crystal namun dia macam ada 10 paru-paru. Dia macam tak kenal penat. Jadi dia akan menyerang bila perlu walau tak sehandal Crystal dan dia akan turun bertahan. Crystal bab menyerang memang handal tapi agak malas bila bab bertahan. Crystal sesuai bila kami gunakan taktik menyerang.

Thivyah pula digantikan dengan Lina. Agak biasa permainan dia. Tak sebagus Thivyah tapi sangat fokus dan sentiasa ikut arahan. Intan ketuai barisan pertahanan. Balqis, Puteri dan Wiyah gantikan Aina, Tasha dan Dania. Kami belum pernah lagi tengok kehebatan 3 orang tu. Tapi kalau tak bagus tak mungkin coach tukar 3 pemain di barisan pertahanan. Tapi ada satu masalah bila Balqis bermain. Dania tak berapa suka dengan Balqis sebab Syaz tak suka Balqis. Sebab apa Dania tak suka? Sebab Syaz dan Dania sangat rapat, jadi apa yang Syaz tak suka dia pun takkan suka. Sama macam Azy dengan Nadia. Cuma Sekarang ni Dania kurang luangkan masa dengan Syaz sebab Syaz sentiasa dengan aku.

Balqis ni orangnya lembut. Sentiasa senyum. Putih orangnya. Tapi dia macam gedik sikit. Kadang-kadang cara dia bercakap terlalu manja sampaikan kadang kami rasa dia sengaja buat-buat manja. Tapi bukan itu sebab Syaz tak suka Balqis. Cerita aku dan Balqis buatkan Syaz agak benci dengan Balqis. Apa sahaja yang Balqis buat walau benda itu bagus, di mata Syaz itu semua lakonan semata. Hanya sebab satu bungkus roti je.

Mei Ling buat hantar dekat kepada Intan. Intan cari Balqis. Balqis diasak lawan tapi dia dapat elak dan bawa bola ke depan. Dia buat hantaran kepada Dewi. Dewi cari Nadia. Nadia bawa bola ke depan. Nadia mudah melepasi 3 orang. Satu hantaran pendek kepada Syaz. Syaz dribble dua pemain pertahanan dan jaringkan gol pertama. Gol mudah.

Aku macam keliru sikit. Terlalu mudah gerakan tadi. Aku boleh perhatikan pasukan lawan agak tertekan. Belum 5 minit mereka dah pun lepaskan satu gol. Permainan dimulakan sekali lagi. Penyerang mereka hantar bola kepada pemain tengah mereka. Kali ini aku mengasak dia dan aku berjaya dapatkan bola. Aku bergerak laju ke depan Nadia dan Syaz bergerak ke kat depan aku. Lina dan Raudah bergerak seiring dengan aku. 3,4 pemain cuba asak aku. Aku mudah melepasi semua. Syaz sudah pun berada dalam posisi yang baik untuk jaringkan gol. Aku buat hantaran kepada Syaz, dengan satu flick Syaz jaringkan gol kedua.

Dalam tempoh sepuluh minit kami dapat hasilkan 2 gol. Aku pandang ke tepi. Mama dan kak long bersorak dan bertepuk tangan. Tapi papa takde reaksi. Dia duduk dan perhatikan sahaja. Dan keadaan berterusan dalam tempoh 25 minit kami sudah pun jaringkan 7 gol. Syaz jaringkan 4 dan Naida jaringkan 3. Aku assist untuk 6 gol. Ketika ini aku terdengar suara coach panggil aku. Aku pandang ke arah coach. Coach berikan isyarat untuk perlahankan rentak permainan. Sebaik coach berikan arahan, Syaz dan Nadia digantikan. Kali ini Anisah dan Idah masuk. Semua orang pelik sebab dua pemain yang masuk seorang pemain tengah dan seorang lagi pemain pertahanan. Keluarkan penyerang dan masukkan pemain tengah dan pertahanan? Taktik jenis apa yang orang tua ni guna.

Separuh masa pertama tamat. Kami keluar. Aku diarahkan untuk keluar. Aku serahkan lilitan kapten kepada Intan. Irene gantikan tempat aku. Sayz dan Nadia macam tak berpuas hati. Aku faham dengan kekecewaan mereka berdua. Yelah game macam ini lah dorang nak skor banyak gol. Tapi aku pandang ke arah family aku. Aku minta izin untuk sertai mereka. Aku berlari kearah mereka.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now