Chapter 23 - Pemilihan Dan Coach Baru

306 16 4
                                    

Aku terdengar suara kak long . Aku buka mata. Kak long tengah duduk atas meja depan tv sambil pegang telefon. Aku pula tidur atas sofa.

"Adik bangunlah. Pergi mandi. Ni apa dengan pakaian sekolah lagi ni. Tak jogging eh? Budak ni.... Bangun...mandi. Kan mama balik kejap lagi kena bebel. Dah bangun......Mandi kemudian bersiap." Kak long tarik tangan aku.

"Nak pergi mana kak long?" Aku bertanya sambil gosok mata. Rasa penat pula nak bangun. Tapi penat bersebab. If you know what I mean.......

"Ni dah kenapa bangun-bangun terus senyum. Kan hari ni angah nak sign kontrak dengan East Grinstead W1  . Cepatlah ada 4 pas VIP. Pas VIP dik. Cepat mandi dan siap." Aku duduk kat sofa. Aku naik ke atas. Kat atas bilik air. Mudah sikit nak tukar pakaian. Biasanya aku memang suka mandi kat atas. Masa mandi bari aku perasan betapa rakusnya si Syaz ni. Aku tersenyum sendiri. Mandi air panas sangat menyegarkan badan. Aku bersiap. Just pakai seluar panjang dengan blouse padankan dengan tudung.

adalh sebuah kelab hoki di England. Juara musim 2022/2023. Kak ngah akan bermain dalam liga hoki wanita England. Dan dengan gaji sebanyak 5000 euro akak aku bakal jadi pemain hoki wanita yang terkaya kat Malaysia. Boleh minta macam-macam. Pukul 7 papa datang ambil kami berdua. Ada macam-macam benda yang berlaku termasuk sidang media. Tapi aku lebih berminta dengan makanan yang sedap-sedap.

Tapi aku bangga dengan akak aku. Mungkin satu hari nanti aku boleh ikut jejak langkah dia. Kami Cuma perhatikan dari jauh. Takkan nak tunjuk muka kat sidang media. Akak aku bukan arethisss. Dia atlet. Kena profesional, dan kami ahli keluarga dia juga perlu berdisiplin. Jarang kan kita dengan ahli keluarga atlet but hal. Bukan hanya di Malaysia, tapi secara keseluruhan. Ada tetap ada tetapi peratusan yang sangat rendah. Kita tak pernah dengar isteri Lionel Messi bergaduh dengan pengawal keselamatan. Kita tak pernah dengan isteri Datuk Azizulhasni beli karpet di Nilam musim PKP, kita tak pernah dengar Datin Wong Mei Choo bergaduh rebutkan rumah.

Dalam kesibukkan ini, kami semua bergembira dengan pencapaian kak ngah, namun papa dan mama lebih banyak perhatikan riak wajah kak long. Tapi kak long nampak tenang je. Senyum sampai ke telingan macam dia yang sign kontrak. Mama dan kak long temankan kak ngah. Aku dan papa pula nak pulang ke rumah. Kami naik grab je. Sepanjang perjalanan muka papa tidak nampak berapa gembira pun.

"Papa tak suka ke kak ngah pergi main kat luar negara?" Aku beranikan diri untuk bertanya. Papa tegas namun tidaklah sampai tahap tak boleh tanya soalan. Papa boleh bergurau sentiasa ceria cuma ada waktu dia perlu tegas, dia akan tegas.

"Mana ada...... papa kalau tak suka dari awal papa dah larang. Kenapa adik tanya macam tu?" Aku mencebik.

"Habis muka nampak lain je..." Aku memang perhatikan dari tadi. Muka papa tak berapa ceria. Mungkin ada benda yang dia tak nak cakap.

"Papa tak risau pun dengan kak ngah. Dia pandai jaga diri. Kalau lah dulu papa hati-hati bawa kereta mesti tak eksiden. Takdelah kaki kak long cedera. Kalau kaki dia tak masuk besi, dia antara pemain yang sehebat Felice Albers." Mata papa berair.

Aku pernah tengok kak long bermain. Aku masih ingat umur aku 9 tahun. Kak long 18 tahun masa tu. Memang selalu lah kami berlatih. Biasanya kak long akan bagi aku menang. Dia buat-buat kalah. Beza dengan kak ngah, dia tak pernah beri aku peluang. Dan itu yang buatkan aku lebih bersemangat nak kalahkan dia. Kak ngah pernah cerita kak long pemain tengah paling kreaktif di pernah jumpa. Bakat semula jadi. Tapi lepas kemalangan kaki dia cedera teruk. Ada besi yang dimasukkan dan dilarang buat aktiviti lasak. Aku teringin nak tengok kak long main.

Aku mendiamkan diri. Aku tak nak lagi tanya soalan yang buat papa sedih. Patut orang tua ni macam tak selesa kat sana. Dia gembira kak ngah berjaya tapi dalam masa, dia anggap dia punca kak long terpaksa berhenti main hoki. Kami sampai dia rumah. Aku masuk tidur. Aku tak pasti pukul berapa yang lain balik. Aku rasa teramat penat dan tertidur.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now