Chapter 37 - Helah Coach Asraf

195 13 1
                                    

Dah pukul 3.00 petang. Aku bersiap nak ke padang. Kalau tak pasal papa yang suruh aku takkan pergi latihan lagi. Kalau dah tak nak bagi main buat apa berlatih. Malasnya aku nak pergi latihan. Tak pernah pun aku malas macam ni. Tapi aku tetap pergi latihan. Lebih kurang 4.15pm. Lambat 15 minit. Semua mata tertumpu kat aku.

"Aliya..... Kenapa lambat. Dah lewat 15 minit. Sejak bila pandai lewat?" Aku diam je. Tak nak cakap apa-apa. Aku dah lah tengah takde mood. Orang tu ni nak tunjuk kuasa pun tengok lah time. Jangan lah masa mood tengah tak betul nak tunjuk hero pula.

"Tak ingat. Ingatkan dah keluar dari team. Tak tahu pula kena paksa berlatih semula. Kalau ontime pun sama je hasilnya. Jadi buat apa datang awal. Datang lewat pun takde beza." Ini kali pertama aku melawan cakap coach. Melawan bukan melawan sangat lah. Cuma menjawab je kot.

"Eloklah..... Dah buat salah menjawab. Cepat siap. Lari sampai saya suruh berhenti. Jangan buang masa lagi" Adoi berapa round ? Suka tak suka terpaksa lari. Nadia perhatikan aku tapi senyuman jahat dah ada kat muka dia. Perempuan ni kalau tak menyakitkan hati tak sah. Dia jelir lidah sambil geleng-geleng kepada. Aira ketuk kepala dia dari belakang. Hampir terketawa aku dibuatnya. Padan muka kau syaiton. Sambil berlari aku perhatikan semua gerakan. Ada gerakan menarik aku akan hafal gerakan itu. Sepanjang latihan coach tak suruh aku berhenti berlari.

Tapi ada bagusnya aku berlari. Aku boleh baca kelebihan dan kelemahan kawan-kawan aku. Dan Crystal betul-betul tarik perhatian aku. Semua trick aku ajar dia, dia gabungkan dengan trick dia. Cara di bergerak sangat unik. Aku perhatikan setiap langkah dia. Syaz memang terkenal dengan turning. Jarang kami dapat buat turning yang perfect macam dia. Dah banyak kali dia ajar tapi aku tetap tak dapat buat. Sekarang bila perhatikan dari luar aku mula faham cara buat turning macam dia. Latihan tamat, barulah aku dibenarkan berhenti berlari.

"Lain kali datang latihan on time. Jangan tunjuk contoh yang tak bagus. Kalau orang lain yang buat saya tak kecewa, tapi awak tak macam orang lain. Jangan nak buat benda yang boleh buat awak hilang identiti awak. Jangankan latihan, tepati masa penting dalam hidup, dalam pelajaran sangat-sangat penting. Faham Aliya??? Pastikan ini kali terakhir." Aku tunduk je. Dia ni bab bebel je kat aku. Bab nak masa tournament bagi aku duduk luar. Coach tinggalkan padang. Syaz datang peluk aku dari belakang.

"Yeay....aku tahu kau akan datang. Love you..Muah" Dia terus cium pipi aku. Walau tengah berpeluh tapi romantik juga dia ni." Aku tak menjawab. Yang lain mendekati kami. Nadia cucuk pinggang aku dengan kayu hoki dia.

"Kata nak tarik diri. Tetiba ada ni mesti ada cerita. Cepat spirit out." Aku tergelak dengan English Nadia. Confident tapi kadang tak kena. Main sebut ikut sedap mulut dia. Tapi confident itu yang buat dia sentiasa hepi. Macam tak pernah ada masalah.

"Dio datang jumpo bapak den, dan-dan kono pakso dengan papa. Tak dapek nak lari dah. Lopeh ni kono jadi macam kobau kono cucok hidung yolah. Ikot yo cakap dia." Aku beritahu sambil kemas beg Sayz dan beg aku. Semua ternganga tengok aku.

"Hoit sekali nogori dia keluar lah. Hahahahahaha" Tasha ketawakan aku. Memang sengaja aku jawab macam tu. Saja nak ingatkan kat budak-budak Selangor ni aku budak nogori, walau aku wakili Selangor buat masa ini. Tapi akan satu hari nanti kalau ada peluang aku akan main untuk negeri kelahiran aku. Itupun kalau diberi peluang.

2 Minggu berlalu

Dah 2 minggu kami berlatih. Pagi pukul 8 ke pukul 11. Petang pukul 3 ke pukul 6. Sehari dua sesi latihan. Latihan tak tertumpu pada taktikal sahaja. Kali ini latihan jadi lebih keras. Latihan stamina, kepantasan dan teknik juga diberi perhatian. Coach nampak macam ada target dalam kejohanan kali ini. Aku kadang digandingkan dengan Dewi kadang dengan Aira.

Latihan kali ini jadi sangat berbeza, sebab sebelum ini waktu pagi takde latihan. Sekarang pengetua benarkan latihan waktu pagi. Pengetua selalu datang ke sesi latihan. Cikgu-cikgu pun selalu datang. Pelajar-pelajar lain dibenarkan untuk beri sokongan masa latihan. Tapi itu hanya untuk latihan waktu petang. Latihan waktu pagi macam latihan tertutup. Semua latihan taktikal hanya pada waktu pagi.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now