Chapter 34 - Pemain Simpanan

186 15 1
                                    

Sudah sebulan aku di sini. Corak latihan sentiasa berintensiti tinggi. Coach Abdullah tak nampak seperti akan ubah corak latihan. Walau ia akan meningkatkan kemahiran pemain namun ia juga boleh jadi penghalang kerana pemain berisiko mengalami kecederaan. Ramai juga pemain merungut dengan corak latihan. Rungutan pemain itu perkara biasa. Namun jurulatih juga merungut kerana dipaksa dengan KPI yang agak sukar dicapai.

Dengan kejohanan Piala TNB sudah dekat. Sasaran kami untuk memenangi Piala TNB. Kami ada pasukan yang mampu menyerlah namun ianya bukan mudah. Kami perlu gunakan segala kemahiran kami untuk melatih anak-anak muda ini. Nazrin menjadi taruhan kami. Pemain tengah berbakat besar.

Sehari sebelum pertandingan bermula, aku duduk di tepi padang. Aku perhatikan Nazrin berlatih seorang diri. Pemain yang sangat rajin. Dia sanggup lakukan semua jenis latihan. Tidak merungut setakat ini. Namun ia mungkin sebab ayahnya seorang yang sangat tegas.

"Nazrin. Ke mari" Aku panggil Nazrin. Aku ingin tahu apa pendapat dia tentang corak latihan yang tersedia. Adakah ia menyukarkan atau perlu ada perubahan? Maklum balas pemain amat penting dalam merangka jadual latihan. Nazrin berlari ke arah aku. Aku minta dia duduk sebelah aku.

"Kenapa coach? Ada yang tak kena ke?" Dia bertanya kepada aku. Aku menggeleng kepala.

"Esok kita ada game kenapa tak berehat. Berlatih seorang macam ni bahaya. Kalau tercedera macam mana. Awak kapten pasukan tau. Awak penting untuk perlawanan esok." Aku menegur dia. Cara dia berlatih pada pandangan aku agak berisiko.

"Maaf coach. Saya cuma nak panaskan badan je." Dia masih tersenyum. Namun senyuman dia nampak seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran dia. Aku balas senyuman dia.

"Ada apa-apa awak nak tanya?" Aku bertanya supaya mudah dia. Mungkin dia malu bertanya.

"Coach kalau menang piala TNB ni kita akan terpilih untuk skuad negara ke? Apa syaratnya nanti coach?" Aku tersenyum dengan soalan dia. Sepanjang aku menjadi jurulatih, ini memang kerisauan pemain yang bersungguh-sungguh ingin mengharumkan nama negara.

"Takde syarat. Cukup kalau beraksi dengan cemerlang. Jurulatih-jurulatih dari seluruh negara akan datang saksikan permainan. Jurulatih kebangsaan pun akan datang. Jadi semua jurulatih akan menilai prestasi kamu atas padang. Ada yang akan beri tawaran bermain untuk pasukan mereka. Dan kalau beraksi cemerlang ada kemungkinan di panggil sertai kem negara." Aku terangkan serba sedikit.

"Maknanya takde jaminan lah kan. Dia berminat dia akan pilih. Kalau tak kena tamatkan semua ni?" Aku menarik nafas. Aku faham perasaan dia.

"Awak muda lagi. Sangat muda. Kalau tak berpeluang kali ini, awak masih ada masa. Ini permulaan Nazrin, bukan penamat. Awak kena pastikan awak beraksi dengan baik. Jangan biarkan benda-benda remeh ni ganggu fikiran awak. Sebab itu kita selalu tekankan tentang pelajaran. Kalau tak dipilih kat sini masih berpeluang mewakili universiti. Kat sana pun masih terbuka peluang untuk dipilih. Jangan risau, saya percaya awak akan terpilih. Dah cukup untuk hari ini. Balik berehat." Aku cuba tenangkan fikiran dia.

Keesokkan hari perlawanan bermula. 16 pasukan merebut piala TNB. Semua pasukan ada peluang yang sama rata. Namun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) lawan yang digeruni. Mereka memiliki segala kelebihan. Bari kejurulatihan yang cemerlang. Fasiliti yang bertaraf dunia. Tapi kami miliki pasukan yang cemerlang. Perlawanan pertama kami menang mudah. Nazrin dengan jersi bernombor tujuh beraksi dengan cemerlang.

Dalam masa yang singkat dengan dia menjadi pilihan penonton. Jarang pemain hoki memiliki skil individu yang memukau. Nurul Alifa Nazrin bakal mewarnai hoki Malaysia. Aku antara orang yang paling bangga kerana aku antara jurulatih yang gilap bakat dia. Nama dia jadi sebutan dalam surat khabar. Aksinya begitu konsisten dan memukau. Ibarat kami dah jumpa Lionel Messi.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now