Chapter 13 - Double Trouble

319 19 5
                                    

Aku kemas barang aku. Syazana juga kemas barang dia. Aku pandang ke arah dia.

"Kenapa dia keluarkan kau" Syazana pandang muka aku kemudian dia sambung kemas barang dia.

"Sebab kau lah" Eh minah ni. Apa kena mengena dengan aku.

"Kenapa pula aku? Aku elok kat luar. Tak ganggu kau pun" Aku bersihkan kasut aku.

"Kau sedar tak kau kena pulau? Kau tak boleh sedar benda ni?" Kena pulau apanya. Standard lah kena marah dengan coach kalau mood dia tak elok.

"Aku kena pulau? Pulau Tioman ke Langkawi?" Aku bertanya balik.

"Aku cerita dengan kau betul-betul ni. Kau tak perasan ke kau tak dapat bola. Bila kau buat hantaran hampir satu team tak nak terima bola kau. Dengan coach bebel kat kau macam tu." Syazana mula tinggikan sikit suara dia. Aku cuma senyum.

"Alah coach tengah kena resdung atau buasir. Tu yang dia jadi marah. Yang kau kena halau keluar kenapa? Tu kau tak jawab." Aku malas nak berfikiran negatif. Nazrin kan always positif.

"Naz...aku tahu semuanya. Sebab tu aku nasihatkan kau. Aku tahu siapa dalang semua ni. Kalau macam ni je keadaan kau mungkin takde dalam team nanti" Aku faham dengan situasi tapi apa aku mampu buat.

"Sejak bila kau mula peduli pasal aku. Bukan ke kau suka kalau aku takde dalam team. Lagipun aku kan tak layak ada dalam team juara." Aku masih ingat kata-kata dia. Dia pernah cakap aku tak layak dalam team.

"Kau dengar tak apa aku cakap kat kau?" Syazana berkeras.

"Mana kau tahu?" Aku tanya balik kat Syazana.

POV Syazana

Imbas kembali waktu tamat sekolah

"Syaz..... Aku ada benda nak cerita kat kau" Huda mulakan bicara. Aku masih lagi duduk kat bangku kantin.

"Cerita apa?" Aku pandang muka Huda. Huda, Dania, Aisyah, Salwa dan Erda pandang kau sambil senyum semacam.

"Macam ni. Aku tahu kau dengan Nazrin ada masalah. Jadi kitorang buat keputusan nak kenakan dia masa training. Biar dia tak terpilih." Huda beritahu idea dia.

"Kau gila ke Huda? Coach tahu nanti tak pasal kau yang kena buang." Aku cuba ingatkan Huda. Tapi bukan sebab tu je. Nazrin bukan pemain biasa. Dia antara yang terbaik. Pasukan Negeri Sembilan dapat masuk final pun sebab kretiviti Nazrin dalam mengawal permainan.

"Coach akan tunduk dengan kita. Ada benda yang kitorang tahu pasal coach. Jangan risau hal coach. Sekarang ni kau nak join ke tak? Kitorang buat ni untuk kau juga tau." Huda gunakan nama aku untuk kenakan Nazrin. Kalau Nazrin setakat pemain hoki je lantak lah. Tapi aku suka Nazrin doh. Comel, cute, hidung dia comel. Mata bulat dia. bibir dia lembut hangat. Tak sanggup aku nak kenakan dia walau dulu aku benci dia. Betul kata orang jangan benci sangat.

"Huda apa yang korang nak buat ni salah. Kalau kau rasa tak nak dia terpilih, korang patut cuba lawan dia dalam padang. Aku tak setuju dengan benda ni Huda. Macam permainkan bakat orang. Aku tak nak terlibat." Aku terus menolak bukan hanya sebab aku suka Nazrin. Ye aku setuju aku agak kurang ajar dengan semua orang semenjak aku berkawan dengan Huda and team. Tapi aku tak lah sekejam nak aniaya orang.

"OK terpulang pada kau. Tapi jangan masuk campur urusan ini. Kau buat hal hau je. Lain-lain aku setel." Aku hanya terdiam bila Huda berkata sedemikian. Jauh dalam hati aku, aku tak suka orang buat benda macam ni. Bukan sebab Nazrin, tapi cukuplah sekali aku diamkan diri bila Huda kenakan Nadia dan yang lain-lain. Aku tak membantah malah aku sokong tindakkan Huda. Tapi sekarang akau menyesal. Rasa macam perbodohkan diri sendiri. Tapi macam mana pula coach boleh tunduk? Tapi bukan ke coach ada kuasa mutlak untuk ketepikan mana-mana pemain. Kenapa pula perlu guna cara macam ni kalau coach pun setuju?

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now