Hari Isnin. Kami semua kembali ke sekolah sebagai juara MSSM. Semua pemain diminta berkumpul di perhimpunan. Kami dijemput naik ke pentas seorang demi seorang untuk terima pingat di hadapan semua pelajar. Aku melangkah naik ke atas pentas. Pengetua kalungkan pingat di leher aku. Aku senyum, salam tangan pengetua dan aku tanggalkan pingat itu sebaik turun dari pentas.
Aku pandang pingat yang ada di tangan aku. Juara MSSM. Aku selalu impikan pingat ini. Aku nak setanding dengan akak-akak aku. Kini aku memiliki pingat yang sama tapi aku rasa macam aku tak layak. Kalau orang tanya apa sumbangan aku dalam pasukan, aku nak jawab apa? Pemain simpanan sepanjang kejohanan??
Waktu rehat aku dan Syaz ke kantin. Semua kawan-kawan aku ada kat kantin. Aku beli mihun. Aku duduk kat bangku dan makan. Syaz berborak dengan Nadia. Dorang bercerita pasal perlawanan terakhir. Masing-masing imbau balik apa yang berlaku. Kecuali aku semua pemain lain dapat beraksi. Ada yang main kesebelasan utama. Ada yang masuk sebagai pemain ganti, termasuk penjaga gol kedua dan ketiga.
"Weyh Naz....kau tak main ke? Kenapa doh semua game yang dorang rakam tak nampak muka kau?" Adibah perempuan kecoh kat sekolah aku. Dia ni datang menyibuk ke atau sengaja nak sakitkan hati aku. Aku tak menjawab. Aku makan mihun yang ada depan mata aku. Tak guna layan dia. Nanti tak pasal aku buat hal lagi.
"Weyh..... betul ke dowh ko tak main satu game pun eh? Dorang cakap kau tak main langsung. Untung jadi kau eh. Tak main pun dapat pingat juara. MSSM pula tu. Aku pun nak lah kalau macam ni. Boleh berlagak dengan member-member sekolah lain kan. Buat macam kita main." Aku berhenti makan. Aku tenung muka Adibah.
"Weyh babi... Kau boleh berambus tak? Kau nak aku cucuk mata kau dengan garpu ni ke anjing??!!!" Aku tak tahu apa yang rasuk aku. Aku menjerit kat Adibah. Syaz yang duduk sebelah aku toleh ke arah aku. Suara aku agak kuat, hampir semua kat meja yang aku duduk pandang aku.
"Kau pehal? Aku tanya elok-elok je kot. Nak menjerit bagai. Kau ingat ak......" Belum sempat dia habiskan ayat aku terus tampar muka dia. 3 kali aku tampar muka dia, Syaz terus pegang aku. Dia terus peluk aku dari belakang dan tahan aku.
"Eh Dibah....jom....." Aira terus ajak Adibah tinggalkan tempat tu. Tapai sebab aku tampar dia, 3 kali dengan tangan kiri aku. Dia rasa tak puasa hati. Dia terus ke bilik disiplin berjumpa dengan cikgu Hisyam. Aira mendekati aku.
"Naz... cikgu Hisyam nak jumpa kau." Aira sampaikan berita. Aku mengeluh. Aku pejam mata dan tunduk. Aku masih rasa geram.
"Kau kenapa.... Tetiba tampar dia. Dah macam orang tak betul tak boleh ke kau sabar sikit. Kan dan kena panggil. Dia buat apa sampai kau marah sangat ni" Syaz bertanya kat aku. Tapi aku tak tahu nada dia tanya atau sebab aku yang tengah berangin jadi aku rasa macam dia annoying sangat.
"Diamlah kau! Bebel je!!" Aku terus bangun dan baru nak melangkah ke bilik disiplin. Syaz tahan aku. Dia pegang lengan aku.
"Kau dah kenapa? Kau nak marah kat dia lantak kau lah. Perlu ke tunjuk kat aku. Aku tanya je dia buat apa? Salah ke?" Aku tepis tangan dia. Aku malas nak jawab soalan dia. Aku nak ke bilik disiplin. Jadi aku nak melangkah lagi, tapi sekali lagi dia tarik tangan aku.
"Eeeee...... Lepaslah!!! Kau nak apa tarik-tarik tangan ni??? Berambuslah!!" Aku menjerit kat muka Syaz. Kali ini Nadia terus tarik Syaz ke tepi.Syaz tak cakap apa-apa.
"Ok aku berambus! Aku takkan jumpa kau lagi! Itu yang kau nak kan. Kau jerit kat aku depan-depan orang macam ni..... Eh blah lah!" Syaz menjerit dari belakang. Aku mendengus dan terus berjalan ke arah bilik disiplin. Aku ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik disiplin. Adibah tengah duduk depan cikgu Hisyam.
"Nurul Aliya Nazrin. Pagi tadi baru dapat pingat. Baru pagi tadi pengetua puji harumkan nama sekolah bagai. Dah buat hal? Baru menang hoki terus nak jadi gangster? Saya kalau boleh tak nak hukum awak. Tapi ini bukan kali pertama awak buat hal. Hulur dua-dua tangan!" Aku hulurkan kedua tangan aku. Dia rotan kedua tangan aku. Aku goyangkan kedua tangan aku. Air mata aku keluar juga sebab sakit dowh........
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...