Aku dan kak long sampai kat Rembau. Papa dan mama sampai sehari lebih awal. Kata mama, papa sempat berborak dengan nenek. Dan papa yang tandatangan untuk tidurkan nenek, sebelum nenek hembuskan nafas terakhir. Ini kali ke dua aku tengok papa menangis. Ramai ahli keluarga dan kenalan melawat. Selesai semua petang tu aku mama, papa dan kak long duduk kat belakang rumah. Yang lain masih dalam rumah. Kak ngah tak dapat datang tapi aku video call dengan kak ngah.
Papa kongsi cerita dia dan nenek. Cara atok dan nenek besarkan mereka. Bermacam cerita menarik. Ditambah pula pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku join sama. Aku ada ramai sepupu dan usia kami semua dekat-dekat. Ada yang sebaya, jadi keadaan lebih meriah walaupun ada kematian, namun dan sifat keluarga kami sentiasa ceria. Memandangkan DNA kami lebih kurang boleh kata semuanya handsome dan lawa. Walau aku paling lawa tapi boleh lah.
"Long...nanti esok hantar adik ke Pahang. Ajaklah sape-sape teman. Izan ke Mira ke. Adik ada game lagi tu. Rugi kalau duduk sini." Papa beritahu kat kak long. Kak izan dan Kak Mira sepupu aku. Tapi umur dorang ni dekat-dekat dengan kak long.
"Eh baru tadi kebumikan mak. Dah kenapa nak pergi main hoki lagi. Tak payah lah long. Papa dan tak betul agaknya. Tak elok masa ni nak pergi main hoki bagai." Mama kurang senang dengan cadangan papa. Tapi macam biasa papa kalau dah buat keputusan mana ada tarik balik. Kecuali keadaan tertentu. Kak long jadi serba salah. Dilema kami bila papa dan mama tak sependapat. Kami yang rasa macam mana satu nak ikut ni.
"Apa awak cakap ni. Kalau mak ada pun mak dah suruh budak-budak ni teruskan apa yang dorang buat. Mak dah takde. Dia pergi dengan tenang. Yang hidup kena teruskan aktiviti macam biasa. Sedih memang sedih tapi mak kat tempat yang lebih baik. Long esok hantar adik." Papa bagi kat putus. Mama bukan tak bagi tapi macam biasalah mama risau akan disalah erti saudara mara.
"Izan teman Alifa hantar Aliya tu. Mira nak ikut tak? Elok ikut lah." Mak ngah pula bagi kebenaran, tapi Kak Mira dengan Kak Izan bukan adik beradik. Kak Izan anak mak ngah, Kak Mira pula anak pak uda. Papa anak sulung dari 5 beradik. Maknanya esok aku akan kembali ke sana. Aku nak senyum tapi kena kawal diri sikit, nanti nampak sangat macam lebih fokus kat hoki. Kami semua duduk berborak.
Pukul 9.30malam selesai kenduri aku tengok gambar-gambar yang tergantung di dinding. Penuh dengan gambar papa dan semua adik beradik dia. Ada gambar papa pegang piala dengan kayu hoki. Handsome juga papa masa muda. Mak usu datang diri sebelah aku.
"Gambar ni kalau tak silap tahun 1996. Masa ni papa kamu memang liga hoki dengan Yayasan Negeri Sembilan. Piala TNB pun sama. Masa tu maksu baru 14 tahun kot. Arwah atok dulu siap letak potong gambar kat suratkhabar. Maksu siap tunjuk kat kawan-kawan sekolah. Konon abang maksu star." Maksu bercerita kat aku. Aku senyum je tengok gambar tu.
"Masa ni mama dengan papa dah kahwin belum maksu?" Kak long pula bertanya.
"Lepas menang ni baru kahwin. Masa ni belum kahwin. Mama kamu pun cantik dulu. Muka kau lebih kurang je dengan mama kau Alifa. Sebiji macam kau." Maksu orangnya suka bercerita. Ada macam-macam cerita menarik dia akan ceritakan.
"Lor maknanya takde lawa mana mama dulu eh. Kalau dah muka macam kak long. Kak long tak lawa pun. Kalau maksu tengok lama-lama mesti rasa nak muntah..hahahahahaha" Maksu ikut ketawa sambil tepuk bahu aku. Adoi dalam ketawa sempat pula dia tepuk aku. Tapi yang aku tak expect tangan kak long yang dengan laju singgah kepala aku. Walau tak kuat tapi cari gaduh betul.
"Masa papa kamu dapat panggilan wakili Malaysia tu mama kamu nak bersalin dengan arwah atok tak sihat. Jadi terpaksa dia tolak panggilan wakili Malaysia. Dulu tak macam sekarang. Orang yang guna handphone dah kira kaya. Jadi nak berhubung pun guna telefon rumah. Hantar surat. Takdelah macam sekarang baru setahun dah dapat iphone." Kami ketawa je bila dengar maksu cakap pasal iphone. Tapi dalam hati terdetik nak tanya papa kenapa dia tolak wakili Malaysia.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...