Chapter 20 - Kapten Dan Mentos

303 19 1
                                    

POV Syazana

Aku berjalan perlahan ke Sekolah. Naz tak nampak lagi. Puteri Annoying tu kalau masuk awal boleh runtuh bangunan sekolah. Kalau training hoki dia dulu, tapi kalau masuk kelas lagi seminit nak bunyi baru masuk. Aku takkan tunggu dia.

"Weyh..tunggu." Aku toleh ke belakang. Nadia berlari perlahan kejar aku. Adoi apa pula dia nak. Takkan pagi-pagi nak ajak gaduh. Aku takde mood nak bertekak. Nadia berjalan sebelah aku. Dia senyum kat aku. Aku pandang muka dia. Aku guling bebola mata dan terus berajalan.

"Sejak bila kau pandai senyum kat aku?" Aku bertanya tanpa pandang muka dia. Nadia dengan aku tak pernah berbaik. Selalunya berpunca dari Huda. Disebabkan aku tak pernah bantah atau larang Huda, aku selalu terjebak dalam masalah mereka berdua. Jadi nak salahkan dia pun tak boleh.

"Alah rilek lah. Pagi-pagi buta muka ketat kenapa... Life to enjoy bebeh" Nadia siap gerakkan tangan ke atas ke bawah konon itu cara enjoy. Aku berhenti dan pandang dia. Aku buat muka jijik. Apa masalah minah ni. Ini cara baru untuki cari pasal ke?

"Weyh apa siak pandang aku macam tu. Alah ko kan kawan Naz. Kawan kepada kawan adalah kawan." Nadia tarik tangan aku berjalan dengan dia. Boleh putus tangan aku. Tapi quote kawan kepada kawan tu tarik perhatian aku.

"Kalau musuh kepada musuh?" Aku pun macam takde benda berfaedah nak buat, boleh pula tanya soalan tu. Nadi pandang aku, tangan dia terus melingkar kat bahu aku. Dia tarik aku rapat sedikit.

"Kalau musuh kepada musuh, lantak dia lah. Peduli apa dengan dorang. Yang penting kau dah jadi geng kitorang hahahahaha. Weyh Azy!! Cepatlah, lembab kau ni." Aku toleh ke belakang baru aku perasan ada seroang lagi kat belakang. Bila masa dia muncul? Aku macam kena sampuk dah pagi ni. Apa yang jadi ni. Nadia kata aku dah jadi geng?

"Bila masa aku jadi geng kau?" Aku tolak tangan dia dari bahu aku. Muka dia sedikit berubah. Namun kembali ceria.

"Azy kau tengok...dia tak nak ngaku kita geng dia....hahahaha.." Azy yang kat belakang tak bersuara pun. Sekali lagi aku toleh ke belakang. Azy masih berjalan mungkin dalam 10 langkah di belakang kami. Pap! Dia tepuk bontot aku. Terbeliak mata aku. Nadia berlari tinggalkan aku.

"Azy...cepat dah lambat ni" Aku masih belum dapat proses apa yang terjadi. Pap! Sekali aku bontot aku ditepuk. Azy?? Kurang ajar betul budak-budak ni. Dah hilang rasa gerun kat aku ke apa?

"Woii....aku tumbuk korang berdua." Aku berlari kejar mereka berdua. Tapi buakn sebab sakit hati ke apa. Aku terasa macam aku diterima. Huda, Aisyah, Salwa dan Dania takde. Dania masih lagi cuti. Dia masih lagi cuba atasi detik hitam dalam hidup dia. Manakala yang lain tiga masih menanti keputusan perbicaraan. Aku terasa seperti orang asing. Dah seminggu aku habiskan masa aku sendirian. Kini aku rasa aku ada kawan. Kami bertiga sampai ke sekolah. Nazrin di depan kami, berjalan macam siput menuju kelas.

Nadia orang pertama yang lalu sebelah Naz sambil tepuk bontot dia. Diikuti Azy, dan aku juga hampir buat benda yang sama. Namun niat aku terhenti. Jangan buat kerja gila Syazana. Itu crush kau. Nadia dengan Azy kawan dia. Tapi dia tahu apa perasaan kau kat dia. Jadi kawal lah diri.

"Bodoh budak-budak ni" Nazrin bodohkan Nadia dan Azy sambil gosok bontot dia. Rasa kelakar pula bila tengok dorang ni. Gurauan macam ni jarang berlaku dalam circle aku. Sebab kami sentiasa dibayangi Huda. Semua benda yang terjadi kemungkinan besar adalah hasil dari tindakkan Huda. Aku pula selalunya berdiam diri. Tak tunduk pada sesiapa namun Huda seperti ketau dalam circle aku. Dia hanya berbincang dengan aku. Manakala Aisyah, Salwa dan Dania dipergunakan sesuka hati. Mungkin kerana sifat aku yang keras dia gunakan cara berbeza dengan aku.

"Sape yang bodoh tu" Aku bertanya pada Nazrin. Baru dia perasan aku kat sebelah dia. Tesengih pandang aku sambil betulkan baju dia.

"Nadia tu hah. Bengong sangat. Bila kau sampai? Tak perasan pun kau kat sebelah." Nazrin betulkan tudung dia yang tak senget pun. Dia macam sengaja cari benda nak buat. Tapi aku masih tertanya, Baru seminggu lebih Laila pergi, Nazrin tak nampak sedih pun. Dia masih senyum, masih bergurau. Aku pun masih belum move on, takkan dia boleh semudah itu?

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now