Aku pergi latihan macam biasa. Tapi hari ni agak berlainan sebab petang ni ada trial untuk budak-budak ni. Harap takde yang buat hal. Aira, Mei Ling, Crystal dengan Tasha aku tah risau sebab dorang ni agak normal. Nadia, Thivyah, Aina ni agak tak normal. Suka buat benda luar jangkaan. Azy pula apa yang Nadia buat dia akan ikut bulat-bulat.
Aku, Syaz, Intan dan Dania tunggu kat padang. Coach belum sampai. Kami panaskan badan dulu. Hampir 3.55pm kesemua mereka tiba di padang. Lega rasanya bila semua ada. Mereka juga mula panaskan badan. Tepat pukul 4 petang coach sampai. Aku mendekati coach.
"Coach tu kawan-kawan saya." Aku tunjukkan pada dia. Coach pandang ke arah 8 orang. Semuanya masih menunggu arahan. Dia panggil kesemua mereka.
"Awak semua lari keliling padang. Lari sampai saya suruh berhenti." Dan coach suruh aku teruskan berlati dengan yang lain-lain. Aira mengetuai larian. Kesemua mereka berlari hampir satu jam setengah dan peliknya takde seorang pun yang merungut. Semua ikut je. Tamat latihan dan coach panggil kesemua mereka sekali lagi. Kali ini dia kumpulkan kami semua.
"OK kita ada 8 orang lagi dalam team kita bermakna team kita dah cukup orang. Mulai esok pukul 3.30 semua kena ada kat padang. Pukul 4 tepat kita akan mulakan latihan. Kita akan berlatih sampai pukul 6 petang. Hari jumaat ni kita akan ada friendly." Lepas beritahu dia terus berjalan keluar dari padang.
"Macam tu je pemilihan? Berlari keliling padang? Tak mencabar lah. Aku harapkan lebih tadi." Tasha luahkan rasa kecewa. Sebenarnya bukan dia seorang je yang kecewa. Aku pun kecewa sebab sejak coach Asraf ambil alih takde latihan yang mencabar. Lari, kemudian berlatih hantaran. Takde latihan taktikal langsung. Kami semua duduk tepi padang.
"Aku ingatkan kroang tak nak datang tadi. Risau juga aku tadi. Syang juga korang kat aku eh." Aku peluk Aira.
"Huishh...geli lah gila..." Aira tak suka dipeluk.
"Eleh geli konon padahal memang tunggu aku peluk kan?" kamin dia mengelak makin kuat aku mengusik. Tapi terpaksa berhenti usik sebab ada mata yang menjeling walau dia tahu aku Cuma bergurau.
"Ini sebab janji kitorang kat kak long. Lagipun papa dengan mama kau siap sponsor macam-macam. Orang dah beri kita macam-macam kita kena tunjuk yang kita ni kenang budi." Nadia tetiba bersikap matang. Jarang-jarang Nadia jadi matang.
"Esok jangan minta lari lagi dah. Tadi pun dah naik pening kepala aku. Tengok amoy dua orang ni, muka dah macam ayam berak kapur." Aina tepuk-tepuk bahu Crystal. Meil Ling pun dah terbaring atas padang. Berlari tanpa henti macam ni memang memenatkan.
"jom balik." Aku tarik tangan Syaz selepas kemas beg aku dan beg dia. Syaz angkat beg dia. Dan kami berdua berjalan menuju ke arah rumah. Yang lain mungkin lewat sikit. Azy ikut kami berdua. Aku dan Syaz banyak bercerita tentang latihan.
"Naz... nak kerja dekat kedai mama dan papa kau boleh?" Aku dan Syaz toleh ke arah Azy serentak. Soalan dia tak dijangka langsung. Agak pelik dengan soalan dia tapi lebih pelik dia bersuara.
"Lor.... Ingatkan bisu. Boleh bercakap rupanya." Syaz mengusik Azy. Aku tepuk bahu Syaz. Dah lah kawan tu jarang buka mulut. Dia ni pula usik macam ni, kan tak nak bercakap langsung.
"Kau dah kenapa pula Azy? Tetiba nak kerja. Kau ok tak ni? Ada masalah ke?" Aku bertanya kat Azy. Risau kalau-kalau dia ada masalah dan dia tak bercerita dengan kami. Sebab dia jarang bercakap. Tapi kalau ada masalah mesti Nadia dah tahu.
"Tak. Aku suka kedai papa dan mama kau. Aku suka tengok semua alat dalam tu. Papa kau terangkan macam-macam benda. Aku suka macam tu. Aku nak kerja boleh?" Aku terdiam. Aku pandang je muka dia. Tak tahu nak cakap apa. Bukan sebab dia minta kerja. Tapi terkejut sebab Azy habiskan satu ayat penuh. Aku dan Syaz berhenti jalan. Azy melepasi kami dua tiga langkah ke depan. Dia pusing dan pandang kami berdua dengan matanya terkebil-kebil. Aku tarik nafas.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...