POV Coach Asraf
"Tahniah Encik Asraf. Kita dah menang MSSM buat kali ke 12 berturut-turut. Alhamdulillah. Saya yakin kita akan menang. Dan sebagai tanda penghargaan, semua pemain tak perlu bayar apa-apa yuran termasuk yuran PIBG tahun depan, dan semua kelengkapan termasuk buku-buku akan diberikan percuma. Dan ini untuk Encik Asraf." Pengetua hulurkan 3 helai cek. Masing-masing kepada aku, cikgu Elham dan cikgu Adira. RM2000. Aku berterima kasih kepada pengetua.
"Jadi lepas ni kita akan jadi pasukan jemputan dalam piala TNB. Kita tak harapkan apa-apa sebab kita tahu kekurangan kita. Tapi saya berharap sangat pelajar kita tak hilang motivasi selepas piala TNB. Sebelum ini semuanya bersemangat, tapi selepas pulang awal, kesemua tak bersemangat. Kali ini kalau boleh saya nak tolak jemputan. Apa pendapat encik Asraf?" Pengetua minta pendapat aku. Aku terdiam sebentar. Aku yakin dengan kemahiran budak-budak ni. Tapi kata-kata pengetua buat aku risau juga. Namun ini peluang yang aku tunggu selama ini.
"Saya yakin kali ini akan ada perubahan puan. Mungkin sebelum ini kita tak bersedia. Kali ini saya yakin sangat kita akan beri tentangan." Aku masih positif dengan pasukan ini. Kesemua mereka ada bakat yang besar. Ini boleh jadi tempat untuk mereka dapat perhatian luar.
"Hmmmm.... Saya bukan tak yakin. Cuma ini kali ke-12 kita dijemput. Kita hanya jadi pelengkap. Jurulatih sebelum ini pun sama juga. Dia pun yakin. Walau ini satu pendedahan kepada pelajar-pelajar kita, namun takde seorang yang dipilih untuk peringkat seterusnya. Saya harap encik Asraf jangan berikan harapan sangat kepada pelajar-pelajar ini. Saya akan sediakan peruntukkan." Aku tersenyum bila pengetua setuju sediakan peruntukkan. Kami bertiga keluar dari bilik pengetua.
"Jadi macam mana Encik Asraf? Kita akan sediakan pasukan untuk piala TNB ke?" Cikgu Adira, seorang gadis berusia 27 tahun bertanya. Aku angguk dengan yakin, kerana aku pasti pasukan SMK Rawang kali ini yang akan bawah nama pasukan negeri akan hancurkan semua sekolah sukan.
"Emm... Awak tahu tak Adira sebelum ini pun kita dijemput. Tapi kita kalah semua 3 perlawanan dalam peringkat kumpulan. MSSM memang susah, tapi kita masih boleh bermain sebab pasukan lain semuanya setaraf dengan kita. Tapi piala TNB ni rata-rata semuanya sekolah sukan. Memang berbeza sangat. Tapi pasukan kali ini jauh lebih bagus. Tak sangka dalam waktu singkat budak-budak ni jadi bagus." Cikgu Elham terangkan serba sedikit kepada cikgu Adira.
"Cikgu petang ini kita akan sediakan pasukan kita. Saya tak nak tunggu sampai kita dapat surat jemputan. Biasanya 2 minggu lepas MSSM piala TNB akan bermula. Kita kena kaji juga kekuatan pasukan lawan, tapi kita takde kemudahan macam itu. Cikgu Adira ada rakam semua perlawanan kita kan?" Aku masih ingat cikgu Adira rakam semua perlawanan sebagai kenangan. Semua itu boleh digunakan untuk kenal pasti kelemahan.
Pukul 2.00 petang, aku cikgu Elham dan cikgu Adira berkumpul dia bilik sukan. Kami sudah bersedia untuk menganalisis rakaman perlawanan. Semuanya sedia dan kami mula membuat catatan. Pintu diketuk. Kami bertiga toleh ke arah pintu. Nazrin sedang berdiri di muka pintu. Nazrin minta izin untuk masuk ke dalam. Aku angguk dan benarkan dia masuk.
POV Nazrin
"Coach boleh sya bercakap sebentar?" Aku minta izin untuk bercakap dengan coach. Dia minta aku duduk. Cikgu Elham dan cikgu Adira seakan sibuk dengan sesuatu. Aku duduk kat kerusi dengan coach Asraf.
"Ada apa Aliya? Dah dua hari awak tak datang latihan? Ada masalah ke?" Aku terdiam. Aku berikan sepucuk surat kepada coach. Coach buka dan baca surat itu. Dia tarik nafas dan hembus perlahan. Dia pandang muka aku.
"Ini ayah awak yang tandatangan? Dia setuju awak tarik diri dari pasukan?" Eleh macam lah aku nak tiru tandatangan papa. Dan memang aku minta izin papa untuk tandatangan. Aku dah tak nak lagi main hoki. Cukup lah dimalukan. Better fokus belajar. Mana tahu boleh kerja setempat dengan kak long. Kalau satu tempat kerja, jimat duit minyak, jimat duit makan. Lagi-lagi kalau dia jadi bos tak payah buat kerja, cukup bukan gaji masyuk. Aku angguk dan minta diri.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...