Chapter 27 - Perlawanan Pertama

251 17 3
                                    

"Eh seorang je? Where's your other half?" Crystal duduk depan aku. Aku cuma senyum je. Kalau bercinta takkan sentiasa nak berkepit. Kena ada ruang juga. Tapi Crystal ni tak banyak cakap. Dia jenis yang angguk je. Ramai sebenarnya budak-budak cina kat sekolah ni. Tapi dia dengan Mei Ling selalu dengan kitorang. Jarang tengok dia lepak dengan kawan-kawan cina. Kalau ada pun kadang dengan Mei Ling je. Mei Ling pula berbeza dengan Crystal. Mei Ling agak peramah. Ada je topik yang dia bawa.

Dia selalu dengan kami, tapi dengan kau pun jarang bertegur. Setakat tanya satu dua soalan je. Agak comel. Tak tinggi sangat. Tak macam pelajar cina yang lain, dia dengan Mei Ling memilih untuk berbaju kurung. Kami masing-masing buat homework. Selesai homework aku simpan buku-buku aku.

"Naz, you got time? I need your opinion." Crystal bertanya kat aku. Pendapat aku? Wah ni yang semangat ni. Orang pertama minta pendapat aku. Biar aku tunjukkan erti sebenar kehidupan.

"Sure! Why not..." Tercakap kuat sikit. Linda pengawas perpustakaan mendekati aku. Mata dia terus tertumpu kat name tag aku. Nama aku dicatat dalam buku. Eleh minah ni terbising je terus tulis nama.

"Nak bising keluar. Dalam ni kena diam." Dia terus jalan tinggalkan aku dengan Crystal. Kami saling berpandangan dan terketawa. Kami angkat beg dan keluar dari library. Aku ajak Crystal duduk di bangku bawah pokok.

"Kau nak tanya pasal apa?" Aku tunggu jawapan dari Crystal. Crystal fikir sejenak sebelum bertanya.

"Sekarang kan coach baru. Kalau aku nak cuba masuk team boleh tak? I mean, aku nak main hoki tapi my dad told me it's not important. Lagipun budak-budak ni semua tak nak masuk. Tapi kau tetap masuk even lepas benda yang jadi." Crystal meluahkan keinginan nak sertai team hoki.

"Kalau kau tanya aku, aku rasa kau patut cuba benda yang kau suka. Your dad mungkin betul sebab future dalam bidang hoki tak berapa cerah. Especially hoki wanita. Jadi memang patut pun dia tak berapa suka. Tapi kalau setakat main kat sekolah takde masalah pun. Papa aku cakap tak kira hebat macam mana pun bersukan, pelajaran penting. Kena pandai balance. Pasal yang budak-budak ni. Dorang kan kutuk sikit. Then back to normal. Pilihan kat tangan kau. Minta izin eleok-elok kat bapa kau." Aku cuma beri pendapat.

"Aku ikut kau tengok latihan boleh? Mana tahu coach boleh bagi aku peluang." Crystal nak ikut aku. Aku setuju mungkin dia akan minat bila tengok latihan. Kami ke bilik air tukar pakaian dulu sebelum ke padang. Sebaik sampai kat padang aku terus mula berlari dan panaskan badan. Crystal duduk kat tepi padang. Dekat 15minit kemudian Syaz sampai dikuti Dania dan Intan. Wah nampaknya ada perubahan. Intan dengan Syaz aku boleh terima lah. Dania bukan jenis cepat. Mesti last minit. Tapi dah berubah rupanya. Hampir semuanya tiba 15 minit lebih awal. Tapi bukan hanya kami, ada satu lagi pasukan berkumpul.

"Ok berkumpul semua. Hari ni kita akan friendly dengan team kawan saya." Eh tetiba friendly. Baru je mula berlatih. Coach ni betul ke tak. Lain sangat cara dia ni. Macam tergesa-gesa sangat. Kami semua bersedia. Coach tetapkan formasi. Kami memilih formasi 4-4-2. Formasi yang selamat untuk pasukan baru. 4 pemain pertahanan dan 4 pemain tengah akan berikan kelebihan kawal rentak permainan.

"Dania, Intan, Anis dengan Ruby defence. Dewi, Wiyah, Lisa, Sook Fern midfield. Syazana dengan Sarah attacking. Selvi jadi keeper. Yang lain kat luar. Intan awak kapten." Aku takde dalam kesebelasan utama. Intan, Dania dan Syaz berpandangan. Aku kecewa. Aku duduk tepi padang. Crystal menghampiri aku. Dia tepu perlahan bahu aku untuk tenangkan aku. Aku kecewa aku bukan pilihan utama. Bermakna segala kerja keras aku masih belum berikan hasil. Kalau di sekolah lama aku tetap ada dalam kesebelasan utama.

"Kau ok Naz?" Crystal masih berdiri sebelah aku.

"Coach lama campak aku keluar. Coach baru pun campak aku keluar. Apa yang tak kena dengan dengan corak aku? Asyik kena macam ni je." Aku luahkan rasa tak puas hati aku. Crystal usap bahu aku cuba tenangkan aku.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now