Chapter 9 - Date?

314 18 7
                                    

Aku balik rumah. Aku terasa malu sangat. Dah lah latihan tak berjalan lancar. Macam kena pulau masa training. Tapi itu aku tak kisah sangat. Macam mana aku nak hadap muka Syazana lagi. Arggghhhhh....kenapa lah aku bodoh sangat tarik tangan dia tadi.

"Adik! Berapa kali mama dah pesan jangan campak barang-barang kat sofa. Turun sekarang.. simpan elok-elok!" terdengar mama bebel dari bawah. Aku turun ke bawah. Terus capai alatan sukan aku.

"Astagafirullah budak ni. Mama suruh simpan barang adik. Bukan bawa beg mama...." Baru aku perasan yang aku angkut beg tangan mama. Patut ringan semacam je. Aku tersengih. Letak balik beg mama dan angkat beg aku masuk ke dalam bilik. Aku kunci bilik dan buka pakain. Berkemban dengan tuala. Aku diri depan cermin.

'Kenapa kau bodoh sangat Nazrin. Kenapa kau tarik tangan dia. Arggghhhh malunya...., Aku pejam mata. Rasa malu nak tengok muka sendiri. Aku tunduk. Bibir lembut Syazana melekat kat bibir aku tadi. Hangat. Arggg kejadian tadi ganggu fikiran aku. Aku kena mandi dulu. Aku terus masuk ke bilik air. Aku buka shower. Aku biarkan muka aku kena air. Aku pejam mata. Tapi tiap kali aku pejam mata aku asyik teringat tercium Syazana. Aku sandar kat dinding. Dia bukan lah teruk sangat. Mungkin aku tak kenal betul-betul kot dengan dia. Laila kata dia tak jahat pun. Mungkin aku yang ego kot sebab tu dia pun layan aku macam tu. Rambut dia cantik. Mata dia, hidung dia. Dia nampak lawa bila senyum. Patutlah dia agak popular kat sekolah. Bibir dia.... bibir dia lah punca segalanya. Lembut.

"Adik! Cepat sikit. Makan..." Suara mama sekali lagi. Aku tukar pakaian. Aku turun ke bawah. Aku duduk di meja makan. Papa bacakan doa makan. Tapi kak long dan kak ngah tahan ketawa. Selesai doa aku pandang mereka berdua.

"Adik ok tak?" Mama usap rambut aku.

"Ok. Kenapa mama?" Aku hairan kenapa tetiba mama tanya macam tu.

"Baju tu kenapa terbalik. Tadi salah ambil beg, ni baju terbalik" Mama tengok muka aku. Aku baru perasan baju aku terbalik. Patut beruk dua ekor ni ketawa. Papa macam biasa tiada reaksi. Mama je nampak risau sikit. Aku bangun dan pergi ke bilik air untuk betulkan baju.

"Kamu berdua ada ganggu adik tak?" Terdengar mama tanya pada kak long dan kak ngah.

"Eeee...takde kerja nak kacau si cengeng tu. Dia yang dah angau kitorang pula yang kena. Kan along kan..." Kak ngah tak puas hati kena tuduh.

"Ntahnya mama. Mama tu yang terjerit-jerit tadi panggil dia. Mesti lah dia kelam kabut. Dan-dan kitorang juga yang salah" Kak long pula menyampuk.

"Dah makan je. Kamu berdua pun bukan betul. Kalau sehari tak ganggu adik kamu, bukan boleh tidur pun" Suara papa pula. Padan muka kena marah.

"Risau lah. Takut ada gangguan ke apa" Mama masih risau. Aku tak tahu aku nak gelak ke nak menangis. Ye memang aku diganggu. Fikiran aku diganggu Syazana. Aku keluar dari bilik air selepas betulkan baju. Aku duduk dan habiskan makanan aku. Selesai makan dan solat, aku terus keluar dan duduk kat buai depan rumah. Kak long diri depan pintu perhatikan aku.

Aku pula tengah fikirkan cara nak hadap Syazana esok. Kak long duduk di sebelah aku. Tangan dia letakkan kat bahu aku.

"Adik, ok?" Aku pandang muka kak long.

"Ok je. Kenapa?" Aku berkerut dahi.

"Kalau ok kenapa macam orang tak betul je. Dari tadi kitorang perhatikan." Eh teruk sangat ke aku hari ni.

"Kak long..... ermmm adik nak tanya satu benda. Tapi janji jangan ketawa." Kak long angguk.

"Jangan angguk je. Janji dulu." Aku hulurkan jari kelingkin aku. Kak long berjanji.

"Kalau kita terjatuh atas orang, atau orang terjatuh atas kita, then bibir kita tersentuh. Itu kira bercium ke?" Kak long tengok muka aku. Matanya membulat.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now