Chapter 45 - Melangkah Ke Separuh Akhir

219 18 3
                                    

Duduk dekat hotel. Aku kongsi bilik dengan kak long. Kak Izan dan Kak Mira kongsi bilik lain. Aku duduk kat tepi tingkap pandang hujan kat luar. Entah kenapa aku teringat arwah Laila. Mungkin sebab dah lama aku tak melawat. Dalam masa yang kisah papa bermain dalam kepala aku. Papa tak berjaya jadi pemain kebangsaan sebab keluarga.

"Uit budak kecik. Kenapa termenung ni. Syok sangat tengok hujan?" Kak long diri sebelah aku. Dia pun pandang ke luar.

"Kak long, kalau kita dah ada komitmen susah ke nak kejar impian kita? Kita kena pilih salah satu ke?" Aku bertanya kat kak long. Kak long pandang muka aku. Dia usap kepala aku. Satu benda yang aku lemah dengan kak long, bila dia ada rasa macam mama ada kat sebelah. Kak ngah yang kasar pun kalau dah breakdown dia akan cari kak long.

"Adik fikir pasal papa ke? Komitmen tak pernah halang papa. Papa yang buat pilihan untuk utamakan keluarga. Tapi situasi papa berbeza. Arwah atok tenat masa tu. Jadi papa kena jag arwah nenek, adik beradik dengan mama nak bersalin. Kalau papa pergi ke olimpik pun papa tak dapat fokus. Lagipun masa tu gaji dan elaun pun tak macam sekarang. Keputusan papa masa tu memang tepat." Kami terdiam seketika.

"Tapi kalau papa main dulu kan mungkin boleh menang pingat olimpik. Mana tau ada peluang." Aku masih tak faham apa yang kak long nak sampaikan.

"Arwah atok meninggal masa olimpik 1996 tau. Maknanya kalau papa ke sana mungkin papa tak sempat tengok arwah. Dan mungkin papa tak sempat teman mama. Jadi ada baiknya. Lagi satu siapa yang takde komitmen. Adik pun ada komitmen. Kena belajar betul-betul. Semua atlet ada komitmen. Itu memang benda yang kita tak dapat elak. Semua atlet yang berjaya ada cabarannya. Angah pun ada cabaran. Dia terpaksa tinggalkan kita, duduk kat tempat orang. Tak dapat lawat arwah nenek. Itu semua kan pengorbanan. Jadi jangan fikir semua benda yang buat kusut." Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.

"Kak long tak pernah rasa sedih ke tak dapat main. Semua orang cakap kalau kak long boleh main, kak long mungkin jadi pemain terbaik pernah ada kat Malaysia. Tak rasa macam terlepas satu benda hebat dalam hidup ke?" Dah lama aku nak tanya soalan ni. Aku nak tahu perasaan kak long. Kak long duduk kat katil. Aku pula masih duduk kat kerusi tepi tingkap.

"Sape kata kak long tak pernah kecewa. Sangat kecewa. Kak long teringin nak main macam angah macam adik. Cuma kak long tak boleh main perlawanan yang kompetitif. Nanti kaki jadi teruk. Sekarang dah boleh main tapi tak boleh lah lama. Setakat main 20,30 minit boleh lagi. Tapi kan kak long tak pernah cerita pasal benda ni. Sebab papa selalu salahkan diri. Dia selalu kata dialah punca kak long tak dapat main lagi. Kalau kak long kata kak long kecewa papa akan lagi down. Tapi ada benda yang papa tak sedar. Kak long dapat kerja kat ISN pun sebab orang yang lantik kak long kenal papa. Kalau papa rasa dia punca kak long tak dapat main, dia juga lah punca kak long berjaya dalam bidang lain. Tapi kak long lebih bangga bila angah dapat jadi pemain pro." Dia baring kat katil.

"Ye ke? Tak pernah tengok pun kak long macam bangga kak ngah main hoki. Kutuk kak ngah adalah. Baru tadi kak long kutuk dia masa VC dengan dia. Bangga tang mana? Nampak sangat bohongnya" Aku sengaja usik kak long.

"Banyak benda yang adik tak tahu antara kak long dengan angah. Dia share semua dengan kak long. Takdelah macam orang tu. Ada buah hati asyik berkepit je. Takde masa dah dengan kak long. Kak long pun ada tunang tapi takde kemaruk sangat. Dah tidur. Esok pagi kita nak gerak. Kalau banjir lagi kita kena cari jalan." Pergh dalam borak sempat dia smash aku. Aku bangun dan baring kat katil. Aku call Syaz. Dan terbiasa sleepcall dengan dia. Kadang takde topik pun tapi tetap nak sleepcall.

Kak long kejut aku pukul 7 pagi. Aku bangun dan tengok keluar. Hujan renyai-renyai. Aku mengeluh. Entah dapat pergi ke tak. Kalau tak mungkin aku kena lupakan piala TNB kali ini. Kita cuba tahun depan. Aku ambil towel dan mandi. Bila dah siap. Aku dan kak long turun bawah untuk sarapan. Kak izan dan Kak Mira dah pun tunggu kami kat lobi.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now