Chapter 46 - SSTMI Tumpas Dengan Mudah

196 18 4
                                    

Pagi kami berkumpul di padang. Kami berlari. Bersenam, buat latihan ringan. Sepanjang tournament ni coach tak benarkan kami buat latihan berat disebabkan jadual yang padat. Hampir setiap hari ada perlawanan. Padang latihan yang disediakan nampak agak kosong. Hanya 4 pasukan masih berlatih. Kat hostel tadi pun ramai yang macam tengah berkemas. Tinggal kami, SSTMI, SSMT dan SSBJ.

SSMT akan berjumpa SSBJ. Kami pula berdepan dengan SSTMI. Tapi hari ini agak berbeza, pengetua pun ada sekali. Budak-budak laki sekolah kitorang pun ada sekali tengok latihan. Coach Salleh pula hari ini bekerjasama dengan coach Asraf. Coach Asraf kendalikan sesi taktikal coach Salleh pun kendalikan sesi teknikal. Pasukan lelaki tewas suku akhir. Satu pencapaian yang baik. Sebelum ini pasukan lelaki atau perempuan tak pernah lepas peringkat kumpulan. Kami tidak sepertyi sekolah sukan. Setiap sekolah sukan datang dengan 4 ke 5 jurulatih. Kami hanya seorang jurulatih. Cikgu Elham dan Cikgu Adira pula, sekadar penjaga. Jadi kehadiran coach Salleh banyak membantu. Corak latihannya agak keras sama seperti coach Asraf.

Tamat latihan coach panggil kami berkumpul. Kami duduk coach pula berdiri depan kami. Coach Salleh, Pengatua, cikgu Elham dan cikgu Adira diri sebelah dia. Coach pandang kami tanpa berkata apa-apa. Mungkin tengah fikirkan ayat yang sesuai.

"Tahniah semua kita antara 4 pasukan terbaik kat negara. Semua bermain dengan baik. Sangat baik. Kita masih ada kelemahan tapi boleh diperbaiki. Dan mari kita tepuk tangan untuk coach Salleh dan kawan-kawan awak yang sampai suku akhir. Tahun depan cuba lagi." Dan kami tepuk tangan disambut sorakan padu budak-budak laki sekolah kami. Pengetua tepuk tangan dan bersalaman dengan coach Salleh.

"Terima kasih semua. Satu pasukan tak berjaya pergi jauh. Saya harap akan ada satu lagi pasukan yang boleh sampai ke final. Saya akan bantu apa yang patut. Teruskan usaha. Menang atau kalah adat permainan. Berikan yang terbaik" Coach Salleh jurulatih pasukan lelaki ucapkan terima kasih dan kata-kata semangat kepada kami.

"Petang ini kita akan gunakan plan B. Dah lama kita berlatih. Ini masanya kita gunakan. Jadi kesebelasan utama berubah. Bukan saya tak percaya dengan kamu. Tapi ini sebagai taktik untuk kelirukan lawan. Sepanjang kejohanan ini semua dah tengok dan kaji corak permainan kita. Kita akan berikan mereka kejutan. Dan ini peluang untuk semua yang duduk simpanan tunjukkan kemahiran. Awak duduk simapanan atau kesebelasan utama awak semua kena faham bahawa semua pemain sama penting. Jangan ada yang merajuk minta ayah awak tulis surat pula. Faham Nazrin?" Semua ketawa dengan ayat terakhir coach. Sempat pula dia kenakan aku ya. Tapi plan B mungkin agak berisiko. Tapi kami semua tahu tentang plan B.

Biasanya coach akan bahagikan kami kepada dua pasukan. Team A dan Team B. Azy, Dania, Intan, Tasha, Mei Ling, Crystal, Thivyah, Dewi, Aira, Nadia dan Syazana biasanya dalam Team A. Aku dan yang lain-lain dalam Team B. (Tengok balik chapter 33 ya. Ada cerita pasal team A dan team B)

Kelebihan yang ada dalam pasukan ini jarang ada pada pasukan lain. Kesebelasan utama dan pemain simpanan miliki kekuatan yang sama. Aku teringat hari yang coach buat plan A dan plan B.

Imbas kembali......

"Kamu semua boleh bermain. Tapi masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi itu memang sifat manusia. Tak mungkin ada pemain yang sempurna. Tapi ingat team kamu. Kalau saya kata team A pemain ini akan bermain. Kalau team B pemain yang lain pula bermain. Kita akan berlatih setiap hari. Ada pemain yang akan bermain dalam dua-dua team." Coach mula agihna kami mengikut pasukan. Aku, Syaz, Intan dan Azy ada dalam kedua-dua team.

"Coach apa fungsi buat dua team? Sedangkan kita semua bermain dalam pasukan yang sama." Aira minta penjelasan. Aku setuju juga dengan Aira. Buat apa nak pecahkan ikut team sedangkan semua dalam pasukan yang sama.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now