Hampir semua pasukan sampai ke hostel dalam masa yang sama. Aku tengok budak-budak SSBJ masuk hostel siap menyanyi bagai. Kami pula masih belum bertenang. Masih tak percaya kami ke final. Tapi ada dua pasukan yang agak muram. SSTMI dan SSMT.
Aku ternampak Hasifah. Mukanya agak muram. Aku nak tegur tapi biarlah. Mungkin dia belum bertenang lagi. Aku ke bersihkan kasut aku. Walau main atas rumput tiruan aku tetap bersihkan kasut aku. Tengah fokus bersihkan kasut, Syaz hulurkan kasut dia. Aku menjeling tapi tetap ambil kasut dia. Tiba-tiba banyak pula kasut yang ada depan aku.
'Weyhhh.....Ni kasut sape banyak-banyak ni?" Aku tinggikan suara.
"Alah alang-alang kasut kitorang sekalilah. Kau kan baik. Kau kapten yang lagi boek dari Intan. Intan ni tak boleh diharap. Dia mana pernah nak tolong kitorang. Kau terbaik Naz." Raudah sebenarnya kutuk intan ke atau tengah manipulasi aku ni? Balqis datang duduk depan aku. Dia ambik satu kasut dan bersihkan. Anisah pun join sekali.
"Naz..agak-agak power tak SSBJ. Rasa takut pula. Tadi pun main depan orang rasa malu je. Kalau final mesti lagi ramai orang kan. Awak pernah kan main final. Macam mana eh nak hilangkan rasa malu tu?" Balqis tanya kat aku macam aku ni hebat sangat.
"Awak tanya macam saya ni hebat sangat. Tahu tak setakat ini saya Cuma ada satu pingat juara je. Itu pun duduk simpanan. Tapi dah banyak kali final. Semuanya kalah. Dengan SMK rawang dah 2 kali. Sebelum tu pun masa sekolah rendah pun asyik kalah je. Sebab tu dah tak malu kot..hahahahaha" Aku tak tahu apa perasaan aku. Kat rumah penuh dengan pingat kak long dengan kak ngah semuanya warna emas. Kalau aku semuanya perak. Satu je emas. Sangatlah tak berjaya aku ni.
"Ya ke Naz. Kau tak pernah menang? Seriuslah wey... Tapi kau masuk final? Kalau kau masuk final tak menang, aku rasa esok kau jangan main. Aku nak menang. Kalau kau main mesti kita kalah? Atau kau duduk simpanan je." Perghh ayat Anisah ni. Nampak baik perempuan ni tapi kurang ajar beb. Rasa nak terajang je.
"Weyh....weyh..... Ada orang gaduh weyh..." Suara Dania agak kuat. Aku bangun dan berlari ke arah tingkap. Memang ada pergaduhan. Ramai-ramai pula tu. Cikgu Adira terus menutup pintu. Dia tak benarkan kami keluar. Jadi tengok dari tingkap je. Aku tahu budak-budak SSBJ dengan budak SSMT tengah bergaduh. Itu pun sebab perasan warna jersi dorang.
"Kenapa agaknya tu eh? Buat malu lah perempuan bergaduh" Balqis yang berdiri sebelah aku tiba-tiba mengutuk. Apa perempuan takde emosi ke? Kalau dah sakit hati sangat gaduh gaduh jelah. Lagipun kalau libatkan SSBJ, aku percaya memang salah dorang. Tapi kami rata-rata sokong SSMT sebab SSBJ pernah cari pasal dengan kitorang.
"Pergh macam jantan beb dorang gaduh. Budak berambut panjang menuju ke arah budak yang alah-alah comel. Dan dia hayunkan kaki, tapi sayang tendangannya sangat lemah. Bapuk lebih kuat dari beliau. Hah! Ada flying kick yang tak berapa nak kick. Pun sama lembiknya. Dan siapalah bakal menjadi juara pertarungan yang menyakitkan mata ini. Wuuu.....ada gaid yang berseluar pendek. Lebat bulu kaki beliau. Dasar jantan bertopengkan betina." Nadia siap mengulas pergaduhan tu buat kami semua ketawa tak henti-henti.
Akhirnya pergaduhan mereka dileraikan. Tak tahu lah sape yang leraikan. Kami semua masih pandang ke arah mereka. Mana tahu ada pusingan kedua.
"Korang apa tengok-tengok? Tak puas hati ke????" Ada yang menjerita ke arah kami. Aku tak pasti siapa orangnya. Tapi tengah marah agaknya tambah pula kami ketawa. Bukannya ketawakan dorang, Nadia yang buat lawak.
"Buweeekkkkkk....tak takot pun.......buuuu tendang tak kena. Buat malu je ajak kitorang gaduh. Nyenyenyenye...." Dania pula mengejek. Tapi ditegur cikgu Adira. Orang tu dah lah tengah sakit hati dia boleh pula nak buwek-buwek anak orang.
"Agaknya apa eh punca dorang gaduh?" Anisah bertanya. Tapi mata tetap pandang ke arah mereka semua.
"Lor.....simple je. Tadi kan dorang lawan. Mesti ada yang tak puas hati sebab kalah." Intan pun menjawab. Tapi itu cuma andaian. Tapi aku tertanya-tanya apa yang ajdi punca bergaduh. Masa SSMT kalah dengan kitorang, takdenya sampai bergaduh. Siap cakap tahniah bagai. Mungkin ada yang provok kot.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...