7.00am kami semua berkumpul di padang latihan. Selesai panaskan badan. Coach berdiri depan kami. Cikgu Elham dan Cikgu Adira berdiri sebelah coach. Kami menantikan arahan. Biasanya semasa tournament berlangsung, latihan sekadar bersenam dan latihan hantaran. Latihan ringan dan kadang-kadang ada latihan taktikal yang sangat ringan.
"Selamat pagi semua. Syabas semalam beraksi dengan baik. Tapi kita semua tahu lawan kita semalam tak terlalu menonjol. Syazana dan Nadia bagus gunakan peluang yang ada untuk cari jaringan. Nazrin.... Awak kena cepat sedar dengan keadaan dalam padang. Dah puluh kali saya pesan kena fokus. Gol ke-4 awak sepatutnya dah sedar dengan keupayaan lawan. Kita tak boleh terus-terus tekan lawan. Jangan malukan lawan. Kena hormat lawan. Sebagai kapten awak sepatutnya dah sedar dan minta kawan-kawan awak ubah tempoh. Itu gunanya kapten dalam padang. Awak kena pastikan semua ini. Lawan kita semalam ada kelemahan jadi kita takde masalah sangat. Tapi lawan kita hari ini kelemahan mereka sangat minimum. Pastikan awak fokus. Puluh kali dah saya pesan." Aku seorang je kena bebel. Dahlah Syaz tengah merajuk. Kami mulakan latihan. Lebih kurang pukul 8pagi Cikgu Elham hentikan latihan dan minta kami berehat sebentar.
"Merajuk lagi ke tu. Alah b, manalah orang tahu Balqis datang kat pintu. Terlanggar je kot. Bukan sengaja. Janganlah merajuk please." Aku cuba pujuk Syaz tadi dia tak nak tegur pun. Dia jauhkan diri dari aku. Elok-elok diri sebelah aku terus pindah diri dengan Dania. Wah ok fine kalau kau nak merajuk sangat. Merajuklah puas-puas. Aku tak nak pujuk dah. Aku pun merajuk.
Pukul 9 latihan tamat. Bas dah sampai untuk hantar kami ke asrama. Syaz dah pun ada kat tempat duduk. Bila aku masuk dalam bas, dia alihkan beg dia. Konon nak minta aku duduk sebelah. Eleh dah merajuk buat cara merajuk lah. Aku duduk sebelah Azy. Azy tengok muka aku. Kemudian dia pandang Nadia. Nadia duduk sebelah Syaz.
"Kau tengok apa? Kat muka aku ada wayang ke apa? Tengok depan lah." Aku tenung tajam muka Azy. Azy geleng-geleng kepala dan pandang depan. Sebelum perlawanan aku sambung baca novel. Aku tak pandang pun muka Syaz. Perlawanan pukul 4 petang. Kami semua ke padang pukul 3lebih. Sekali lagi coach kumpulkan kami. Azy, Dania, Intan, Aina, Tasha, Aku, Aira, Crystal, Thivyah, Syaz dan Nadia dalam kesebelasan utama.
Sebaik masuk dalam padang, aku dapat rasakan perlawanan ini bakal buat kami bekerja keras. Dari awal dah ada tanda-tanda yang tak menyebelahi kami. Lambungan syiling pun aku kalah. Jadi kami boleh pilih padang tapi mereka akan mulakan perlawanan. Perlawanan bermula. Perlawanan in jauh berbeza dengan dua perlawanan sebelum ini. Hantaran mereka agak lancar. Tempo permainan agak laju. Kami belum menyesuaikan diri dengan tempo permainan, mereka dah pun mula menyerang.
Pemain no 8 ketinggian dan badan lebih kurang dengan aku. Agak mudah dia melepasi Thivyah dan terus menuju ke kawasan D. Sekali lagi dia melepasi Aina. Agak lincah pergerakan dia. Dia buat satu pukulan namun Aina menghalang tapi kayu yang Aina hulur terkena kaki pemain no 8. Pengadil tiup wisel. Pukulan sudut penalti diberikan. Ini kepakaran aku dalam team aku. Tapi kami terpaksa bertahan. Kebiasaannya pukulan sudut penalti akan hasilkan gol. Kami bersedia untuk bertahan. Pukulan sudut penalti pertama, Azy berjaya tepis. Bola dihantar kepada Dania. Dania mencari Crystal.
Crystal membawa bola laju ke depan namun dihalang oleh pemain pertahanan SSMT. Corak permainan mereka agak berbeza. Kami kurang menyerlah di bahagian serangan. Aku dan Aira dikawal ketat. Kami sukar bergerak. Dengan 5 pemain pertahanan, Syaz dan Nadia pun sukar mencari ruang.
Permainan agak tidak seimbang. Kami sukar mengawal bola. Serangan kami sering tak menjadi. Semua mula hilang fokus. Masing-masing mula salah satu sama lain. Intan hantar bola kepada aku. Aku bergerak ke depan. Aku melepasi 3 pemain dengan mudah namun pemain pertahanan mereka seperti dapat baca pergerakan aku. Sebelum aku buat hantaran kepada Syaz atau Nadia mereka dapat memintas bola. Keadaan berterusan sampai separuh masa pertama. Jaringan masih 0-0. Kami berjaya tepis semua serangan. Kebanyakannya diselamatkan Azy.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...