Chapter 14 - Name Tag

275 18 0
                                    

Aku ke sekolah macam biasa. Hari ni Laila tak tunggu aku depan rumah. Malu la tu. Takpe nanti jumpa kat sekolah. Mesti dia malu gila kan. Macam mana pula dengan Syazana. Perempuan tu macam tak reti malu. Silap-silap aku yang malu.

"Hey Ms.Annoying." Hah sudah pagi-pagi suara dia. Syazana berjalan ke arah aku. Lawa juga minah ni. Pagi-pagi ceria je. Cuba buat muka macam ni selalu. Ni Kadang tengok muka masam dia rasa nak tumbuk sebelum ni. Tapi semenjak kejadian semalam rasa nak terkam pun ada.

Nebes aku bila dia yang muncul. Kalau Laila pemalu sikit. Senang aku nak kenakan. Kalau minah ni kasar semacam je.

"Eh kau sorang je? Mana anak penyondol?" Aku pandang muka Syazana. Geram pula aku dia gelar Laila anak penyondol.

"Nama dia Laila. Bukan anak penyondol." Aku geleng kepala. Janganlah suka melabel orang macam-macam. Kat luar sana ramai macam ni. Dia tak tahu cerita sebenar tapi sebab dengar cakap orang, terus label macam-macam.

"Kau apa tahu. Memang betul pun mak dia penyondol." Haish tadi elok je. Ni dia mula dah. Macam orang tak betul. Dah tahu salah masih tak nak mengalah.

"Tu lah masalah kau. Semua benda kau buat andaian. Hari tu gaduh dengan aku. Sedangkan aku tak buat apa-apa pun. Kau nampak ke mak dia ganggu rumah tangga orang. Nampak depan mata kau? Kena tangkap berzina pun kena ada 4 saksi tau." Aku tak suka orang menuduh macam ni.

"Senang kau nak cakap. Kau tak kenal keluarga dia yang sebenar. Mudahlah untuk kau. Kau tak pernah lalui semua yang aku lalui." Ini satu lagi ayat dari mulut manusia. Bila dia dalam situasi yang susah, dia akan cakap kau tak pernah lalui. Kenapa aku kena lalui benda tu? Bila nak berhenti play victim memanjang?

"Jadi kau cadangkan aku lalui situasi yang kau lalui ke?" Aku bertanya.

"Heyy...bukan lah... Bukan tu maksud aku." Tajam pula jelingan dia.

"Dah kau yang cakap aku tak lalui. Aku ingatkan kau nak suruh aku lalui. Kalau nak aku lalui juga, kau try lah papa aku. Mana tau kot kau jadi mak tiri aku...hahahahaha" Aku saja gurau. Tapi kalau nak usik papa aku langkah mayat kami berempat lah kan.

"Selekeh. Bodoh la kau. Eeee....geli bodoh." Dia geleng-geleng kepala dia.

"Wah cari gaduh kau eh. Kau kata papa aku geli? Papa aku handsome r. Tak gemuk macam papa kau...hahahahaha" Tapi memang betul papa dia perut ke depan. Papa aku slim, fit.

"Weyh agak-agaklah nak cakap papa aku gemuk. Dia gemuk pun tak menyusahkan hidup kau. Sepak kang baru tau." Garangnya. Gurau je kot.

"Kau kenapa eh garang sangat. Laila tak macam ni pun. Dia lembut je. Kau ni garang sangat. Takut aku nak cakap apa-apa" Aku sengaja usik dia.

"Yeke takut. Nak hilang rasa takut ke?" Dia pandang aku. Kali ni pandangan mata dia agak berlainan. Agak lembut berbanding tadi.

"Macam mana nak hilangkan takut?" Aku teringin nak tahu. Jadi aku pun tanya la. Dia berhenti melangkah. Dia datang dekat aku. Muka dia dekat kat muka aku. Jantung aku macam nak meletup dah masa ni. Dia dekatkan lagi muka dia. Aku boleh rasa nafas dia. Mata bertentang mata. Dia gesel hidung kat hidung aku. Aku pejam mata. Dah boleh agak apa akan jadi. Tapi Syazana ketawa. Aku buka mata pandang dia.

"Gatal eh kau." Dia tarik pipi aku. Damn...dia tease aku je. Kenapa tak cium lagi. Bodohnya aku. Kena tease macam tu je. Malu pula aku. Muka aku dah merah. Aku dah malu nak buka mulut.

"Naz....kenapa kau tak benci aku? Kita dah bergaduh teruk dua kali. Kalau orang lain takkan berbaik dengan aku. Tapi kanapa kau boleh berbaik dengan aku?" Tiba-tiba soalan dia menjadi serius. Dia tak pandang muka aku. Dia pandang bawah.

Dua PenjuruWhere stories live. Discover now