Aku bangun dari tidur. Selesanya baring kat katil sendiri. Dah seminggu tidur kat katil yang keras tilamnya. Aku tengok jam dah pukul 8am. Nasib baik tak sekolah. Dapat cuti 2 hari. Pengetua baik hati minggu ni. Isnin dan Selasa boleh rehat kat rumah, hari Rabu diwajibkan ke sekolah. Lepas mandi aku turun bawah. Sarapan dah ada atas meja makan.
Pingat aku dah tergantung kat dinding. Bila masa dorang gantung? Laju betul buat kerja. Maka lengkap lah kuota. Papa, Kak long, Kak ngah dan aku. Semuanya pernah menang piala TNB. Aku ambil pingat itu. Aku simpan dalam poket seluar aku. Aku keluar dari rumah. Ambil basikal dan kayuh.
POV Syazana
"Aku datang nak beritahu kau yang aku dan memang piala TNB. Piala yang kita tak pernah menang sebelum. Tak sangka kita boleh menang. Kalau Naz takde mungkin benda ni tak jadi. Macam-macam dah terjadi. Tapi benda yang paling menyesal selama kau ada, aku tak pernah layan kau dengan baik. Aku minta maaf Laila. Aku bukan kawan yang baik. Kalau lah aku jaga kau, tak mungkin dorang buli kau." Aku pejam mata depan pusara Laila. Air mata aku menitis. Aku diam sekejap sebelum sambung.
"Aku sekarang dengan Naz. Aku akan jaga dia dengan baik. Satu hari nanti kitorang akan jumpa kau kat sana. Kau bodoh Laila, terlalu bodoh. Kau tak sepatutnya bunuh diri. Kau patut melawan. Kenapa tunduk dengan pembuli. Lebih sakit bila kau takde kat sini waktu kami semua berjaya. Sekarang kami tak berpuak. Kami semua bersatu. Kalau lah kau ada" Aku tak dapat tahan diri aku.
"Orang dah takde jangan kutuk. Benda dah jadi. Kita doakan dia tenang kat sana." Ada tangan yang sentuh bahu aku. Suara yang aku kenal. Bau yang aku dah terbiasa. Aku toleh ke belakang dan pandang ke atas. Naz tengah diri belakang aku. Senyuman manis dia buat aku terlupa semua benda.
Naz melutut sebelah aku. Dia bersihkan pusara Laila. Kami berdua duduk di situ tanpa berkata apa-apa. Mungkin sebab terkenangkan arwah Laila. Aku pandang muka Naz. Mukanya nampak muram. Aku bangun dan biarkan dia sendirian. Aku berdiri kat basikal Naz.
POV Nazrin
Aku pandang Syaz berjalan dan diri dekat basikal aku. Aku tahu dia berikan aku ruang. Sebab itu aku selesa dengan dia. Dia sentiasa faham dan tahu apa nak buat. Aku pandang pusara Laila. Aku keluarkan pingat dari poket aku.
"Awak....saya minta maaf lama tak datang. Ini pingat emas pertama saya. Benda yang awak impikan dulu. Awak selalu ada waktu saya berlatih. Tapi waktu saya menang awak takde kat sini. Awak jangan risau ya, Syaz jaga saya dengan baik. Saya selalu lawat ibu awak. Ibu pun sihat. Syaz pun selalu tolong ibu awak. Saya takkan nangis kat sini. Saya terima yang awak dah takde kat sini. Satu hari nanti kita akan jumpa kembali ya." Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus peralahan. Aku bangun dan berjalan ke arah Syaz.
"B datang naik apa?" Aku diri depan Syaz.
"Jalan kaki je." Syaz naik basikal aku. Aku duduk kat tengah. Biar dia yang kayuh.
"Jom pergi taman. Budak-budak ni ada kat taman tadi." Syaz ajak aku ke taman. Aku ikut je. Balik rumah pun tak tahu nak buat apa. Kami berdua sampai kat taman. Semuanya ada kat situ. Masing-masing bawa macam-macam makanan. Dah macam picnic.
"Korang memang dah plan ke nak lepak sini? Kenapa aku tak tahu?" Aku turun dari basikal sambil bertanya. Masing-masing tengah berborak dan kunyah makanan. Azy hulurkan sandwich kat aku. Aku duduk kat riba Syaz. Azy duduk sebelah aku. Macam dah selesa dengan aku.
"Azy.......kurang ajar kau. Nama pak Naz lupa aku eh. Kau cari aku lepas ni akau tumbuk kau." Nadia tunjuk penumbuk kat Azy. Azy jelir lidah sambil goyang-goyang kepala. Wah dan pandai menganjing budak ni sekarang.
"Korang tahu tak. Ada yang dah dapat panggilan ke kem kebangsaan tau. Tak tahu sape. Aku dengar 5 orang dapat panggilan untuk pemilihan piala remaja asia. Thivyah...Astro Awani sekolah kami bagitahu.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...