Hari ini semua bangun seawal pukul 8. Selesai mandi dan sarapan lebih kurang pukul 10 pagi cikgu Adira kumpulkan kami semua. Perlawanan pertama kami dijadualkan pukul 3 petang. Disebabkan arahan dari coach, hari ini barulah kami akan diberitahu tentang jadual perlawanan. Kalau ikut kata cikgu Adira coach tak nak kami tertekan tentang jadual dan lawan kami. Kalau beritahu sekarang pun tekanannya tetap sama.
"Selamat pagi semua. Semua dah ada kan. Dengar ni betul-betul. Kalau tak faham angkat tangan. Jangan bercakap serentak. Susah nak terangkan nanti. Ok, cikgu akan terangkan format perlawanan ya. Semuanya ada 21 pasukan termasuk pasukan kita. Semua pasukan ini dibahagi kepada empat kumpulan. 4 kumpulan terdiri daripada 5 pasukan dan satu kumpulan ada 6 pasukan. Kita dalam kumpulan D bermakna dalam kumpulan kita ada 6 pasukan termasuk kita. Sebab undian telah pun dibuat sebelum ini. Kita cuma dimasukkan sebagai pasukan jemputan. Jadi kita terpaksa lawan dengan 5 pasukan. Setakat ini faham semua?" Kami semua angguk sebab setakat ini format biasa digunakan.
"Ok saya sambung ya... Juara kumpulan dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir. Bermakna kalau kita nak layak ke pusingan seterusnya iaitu suku akhir, kita mestilah kena jadi juara kumpulan atau naib juara kumpulan. Kita akan bermain selama 5 hari di peringkat kumpulan. Setiap hari akan ada satu perlawanan. Perlawanan akan berlangsung dalam dua waktu yang berbeza iaitu pukul 2 petang dan 4 petang. Maksudnya kalau hari ini kita main pukul 2petang esok kita akan main pukul 4petang, seterusnya pukul 2 petang dan pukul 4 petang. Maknanya kita ada 2 perlawanan yang berlangsung pukul 2petang, dan 2 lagi perlawanan pukul 4 petang. Setakat ini ada soalan? Semua faham?" Sekali lagi kami angguk sebab faham.
"Saya teruskan ya. Untuk perlawanan suku akhir pula, undian akan dibuat. Maknanya kita tak tahu siapa lawan kita di suku akhir. Biasanya juara kumpulan A akan bertemu naib juara kumpulan B kan. Tapi format perlawanan ini beza sebab nama pasukan yang layak ke suku akhir dimasukkan dalam balang. Pihak penganjur akan cabut nama dari balang. Jadi kita takkan tahu siapa lawan kita. Cabutan itu pula akan disaksikan oleh jurulatih setiap pasukan. Ada soalan?" Kali ini Raudah angkat tangan.
"Cikgu kenapa nak buat cabutan macam tu? Bukan ke lebih mudah kalau juara kumpulan A jumpa naib juara kumpulan B dan seterusnya?" Soalan yang logik. Tapi mesti ada penjelasannya. Jadi kami tunggu jawapan dari cikgu Adira.
"Ok ada sebab kenapa dilakukan macam tu. Itu untuk elak penipuan. Biasanya semua pasukan tahu siapa duduk dalam kumpulan lain. Mereka juga akan nilai pasukan lawan. Contohnya sekolah A tahu kalau dia jadi juara kumpulan dia kena jumpa sekolah B yang mungkin jauh lebih kuat dari mereka. Jadi mereka sengaja kalah untuk elak jadi juara kumpulan sekali gus mereka dapat elak bertemu sekolah B dalam pusingan suku akhir. Jadi kalau buat cabutan kita tak tahu siapa lawan kita. Jadi takdelah strategi penipuan." Raudah angguk tanda faham setelah diterangkan oleh cikgu Adira.
"Kita akan bertemu dengan tuan rumah Pahang, Terengganu, SSMS, Kedah dan Perak. Kadi buat yang terbaik. Jangan risau tentang menang atau kalah. Just do your best. Tolong kemas barang-barang awak semua. Pastikan semua peralatan tak tertinggal. Dan pastikan siap pakai jersi, dan skirt serta kasut sebelum kita ke padang. Jangan buat kerja last minute ya." Setelah tamat taklimat dari cikgu Adira kami bersiap. Lebih kurang pukul 2.30 kami sudah bersiap. Bas akan sampai pukul 3 petang.
"Lawa la b kau pakai jersi dengan skirt tu. Kena dengan kau. Nampak hot begitu. Kalau tak pakai legging tu lagi hot." Aku menjeling Syaz. Sempat pula dia nak menggatal. Tapi aku rasa nervous sangat. Syaz dah 2,3 kali beraksi dalam piala TNB. Ini kali pertama untuk aku.
"Babe susah tak main kat sini. Maksud aku piala TNB ni susah tak. Aku tak pernah main piala TNB. Aku rasa macam nervous lah." Aku terus terang dengan Syaz. Bagi aku dia seorang je yang boleh faham aku sekarang. Syaz genggam tangan aku. Dia cium lembut tangan aku.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...