"Kami ni robot pintar dari masa depan. Tugas kami untuk hapuskan manusia dengan bermain hoki." Aira beritahu aku dengan muka serius. Aku keliru, aku cuma pandang muka Aira kemudian alihkan pandangan ke muka Nadia. Semua ketawa bila tengok muka blur aku. Kenakan aku rupanya.
"Boleh tahan juga kau ni ye. Boleh pula robot pintar datang dari masa depan." Tasha ketawakan aku.
"Aku bukan percaya pun. Aku tahu korang tipu" Malu pula aku. Boleh pula termakan umpan. Kami semua duduk bersila atas rumput tapi aku tetap jadi bahan ketawa. Masing-masing dah berpeluh. Tapi aku macam terlebih penat. Biasanya aku bermain dalam situasi yang berbeza. Padang yang lebih besar, latihan yang lebih tersusun. Tapi gerakkan pantas dorang ni buat aku cepat pancit.
"Kami bukan superstar macam Syazana atu Huda. Kami cuma main hoki untuk hilangkan bosan." Thivyah buka mulut.
"Hilangkan bosan kau kata? Main macam pro kot. Aku tak pernah nampak korang main mana-mana tournament pun." Selama aku main hoki dah banyak perlawanan aku main. Tapi aku tak ingat pun muka dorang.
"Kami tak pernah pun main untuk sekolah. Minat tu ye. Tapi Syazana dengan Huda kembar tak seiras tu selalu malukan kami dulu. Lama-lama kami semua give up. Ngadu kat coach pun dia bukan peduli pun. Dia cuma nak jaga superstar dia je." Aina bercerita sikit. Ok ini menarik. Malukan macam mana.
"Malukan macam mana? Ceritalah kat aku." Aku beria nak tahu cerita.
"Dia ni boleh tahan busybody beb...hahahahaha" Tasha pula menyampuk. Kali ini Aira tersenyum. Aira gayanya macam dia ketua dorang ni lah. Ketua kira macam lead character lah.
"Ok. Aku cerita kat kau. Pada masa dahulu, ketika kesemua negeri dijajah British" Crystal yang diam memanjang tetiba bersuara. Semua mata pandang ke arah dia. Entah kenapa cara dia rasa lucu sangat. Kami semua ketawa serentak. Nadia baring atas rumput. Pandang ke atas.
"Kau tahu tak Naz, nak main hoki bukan mudah. Walau ada minat tapi kalau takde duit kita tetap kena jadi penonton. Kami semua nak main hoki, tapi nak beli kasut pun tak mampu. Kayu hoki ni, kalau tak pasal Mei Ling sponsor memang tak merasa pegang kayu hoki" Aku pandang muka Nadia. Aira mula bercerita.
POV Aira
Tahun 2015, umur aku baru 8 tahun. Ayah aku buka TV. Ada perlawanan hoki. Malaysia lawan Poland. Itu game pertama yang aku tengok. Malaysia tewaskan Poland 8-0. Malaysia muncul Juara pusingan kedua Liga Hoki Dunia. Masa tu kapten Malaysia Muhammad Razie skor hatrik, dengan Faizal Saari jadi penjaring terbanyak kejohanan. Itu perlawanan pertama aku dah ayah aku mejerit-jerit depan tv. Aku mula mendekati sukan hoki.
Aku mula baca berita pasal hoki. Aku mula tengok klip-klip video kat youtube. Aku mula ambil tahu semua pasal hoki. Aku satu sekolah dengan Tasha, Aina, Nadia, Azy dan Thivyah. Aku mula ajak kawan-kawan aku ni kenali dunia hoki. Bila waktu sukan kat sekolah benda pertama yang aku cuba, mesti pegang kayu hoki. Masa sekolah rendah kami semua mewakili sekolah.
Jadi bila masuk sekolah menengah kami rasa yakin, kami akan terpilih. Sebab kami dah lama berlatih sama-sama. Pemilihan hoki SMK Rawang bermula. Aku paling exited. Mungkin ini peluang aku nak masuk sekolah sukan. Hari pertama pemilihan. Kami diminta berlari. Cikgu catat masa. Aku lepas ujian pertama dengan mudah. Kemudian ujian kawalan bola, hantaran, pukulan. Semuanya aku lepas dengan mudah. Bukan aku seorang je, semua kawan-kawan aku lepas.
Masa inilah aku jumpa Syazana dengan Huda. Aku kenal muka tapi tak pernah tegur. Dorang ni budak-budak kelas pandai. Aku pula budak kelas pertengahan. Jadi memang tak berapa nak campur lah. Setakat kenal muka je. Syazana ni agak popular juga kat sekolah sebab orangnya cantik. Jadi ramailah peminat dia. Tapi cara mereka berdua datang pemilihan berbeza dengan kami.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...