"Macam mana dengan pemilihan semalam? Kau berdua confirm terpilih. Yang lain-lain macam mana?" Aira nak tahu perkembangan. Aku menghembus nafas berat. Aku masih keliru. Pemilihan macam tak sempurna. Setakat berlari keliling padang. Begitu mudah?
"Aku, Syaz, Dania dengan Intan je yang ada dari team lama. Yang lain semua baru." Aku bercerita pendek. Takde apa yang menarik nak cerita tentang pemilihan.
"Wah menarik. Power tak semua?" Aira tanya lagi. Aku pandang muka Aira.
"Power apa. Passing pun tak tahu. Pegang kayu hoki pun tak tahu. Kalau pemilihan atleast tengok lah boleh main ke tak. Itu pun tak tengok. Dia suruh lari. Lebih kurang sejam setengah. Sape yang tahan boleh masuk team. Dah itu kira ok. Kau tahu Sofia? Budah kelas PD tu. Dia kena buat sebab tak jawab jawab je." Dania menyampuk ceritakan segalanya.
"Bapak r...Macam tu je pemilihan. Kalau macam tu sape-sape pun boleh masuk. Kalau budak-budak olahraga masuk confirm korang semua takde peluang" Aira dan Dania syok bercerita.
"Kau bayangkan eh, kalau budak-budak olahraga yang masuk team hoki. Syaz jadi tukang buat air. Naz, Dania, Intan jadi pom pom girl. Pegang sepanduk tepi padang siap joget bagai..hahahahaha" Kali ini giliran Aina pula kenakan kami. Agak kelakar namun aku ada cita-ciat yang besar. Aku tak pasti tentang orang lain. Aku nak gunakan peluang ini untuk terus ke depan. Ini macan makin ke belakang. Tapi baru pemilihan, mungkin akan ada perubahan nanti.
Aku dan Syazana berjalan balik kerumah. Latihan pukul 4 petang. Memandangkan rumah tak jauh, Boleh balik dan berehat dulu. Kami berjalan perlahan. Tangan aku digenggam, erat oleh Syazana.
"Kau rasa kita buat pilihan betul ke masuk team hoki ni?" Aku bertanya pada Syazana. Aku masih tak pasti dengan pilihan aku. Mungkin aku patut berpindah sekolah. Tapi aku tak nak tinggalkan Syazana. Tak mungkin dia akan berpindah.
"Kau yang nak sangat pergi pemilihan. Kita dah pun pergi. Kalau kau tak nak kita boleh je withdraw. Bukannya kita sign kontrak pun, team sekolah je kot. Kau ok tak baby?" Syazana pandang muka. Dari riak wajah dia aku boleh agak dia risau dengan aku. Tapi ini first time dia panggil aku dengan sweet-sweet gitu. Baby....
"Alololololo pandai sweet rupanya...Dia panggil ita baby la..." Aku tarik pipi dia.
"Hey apa ni main tarik-tarik. Malas nak sweet lagi dah. Merajuk lah." Syazana buat muka merajuk tapi tetap nampak comel.
"Eleh merajuk pula dia. Janganlah merajuk baby." Aku peluk tangan dia. Walau fikiran aku agak kusut sedikit, tapi aku rasa tenang sebab Syazana ada dengan aku.
"Kalau tak nak aku merajuk, ikut aku balik rumah." Syazana senyum nakal. Aku tahu apa akan jadi kalau ikut dia balik rumah.
"Gatal...... Malas. Petang ada latihan. Yang hari tu pun kau buat aku tidur sampai petang. Petang bni ada latihan tau. Tak cukup stamina nanti." Aku tepuk tangan dia.
"Alah jom lah. Kau tak sayang aku eh. Tak kesian kat aku eh." Amboi macam ugut pula ye. Aku jeling kat dia. Mengada betul lah minah ni.
"Yelah. Lepas latihan nanti aku ikut kau balik rumah. Mengada." Aku menjeling tajam.
"Yeay!!!" Syazana menjerit sampai semua toleh ke arah kami. Begitulah kalau dah couple. Ada je benda yang boleh jadi topik. Yang mana single tu padan muka.
Seprti biasa aku akan ke padang 30 minit lebih awal. Sebelum ke padang kau sudah pun call Syazana. Kami berdua sama-sama ke padang. Sampai sahaja di padang kami mula bersenam dan berlari keliling padang. Sebelum pukul 4petang semua dah hadir. Coach arahkan kami untuk bersenam dan lari keliling padang. Aku, Syazana, Dania dan Intan di arahkan untuk berlari keliling padang. Yang lain diarahkan untuk berlatih membuat hantaran dan sebagainya. Hampir sejam masa berlalu. Kami masih lagi berlari.
YOU ARE READING
Dua Penjuru
Teen FictionAku tak nak pindah sekolah. Tapi aku terpaksa ikut orang tua aku. Impian aku untuk mewakili negara mungkin tak tercapai. Syazana...Dialah punca aku bergelut. Kenapa nak dengki sangat dengan aku.-Nazrin- Aku tak suka betul dengan perempuan ni. Kenap...