APABILA tangan kekar Nadim merayap di belakang badan Inara dan berhenti di pinggangnya membuatkan Inara jadi pegun dan tergamam manakala Nadim tekun melihat Inara yang tidak membantah, terus meneruskan perbuatannya sehinggalah Inara melepaskan diri dari sentuhannya.
"No... we can't," katanya sambil menjarakkan diri daripada Nadim.
"Why? What's wrong?" soal Nadim yang pura-pura tidak mengerti.
"I have Reza. We can't be like this. We can't do like this. This is so wrong."
Nadim mengeluh.
"Reza does not care about you anymore, Inara. Let him be and come to me. I can and I will love you."
"But I love him. I love Reza not you. I want to be his not yours. Kita tak boleh macam ni. I sayang Reza dan I nak setia pada Reza seorang saja."
"Reza is not fucking love you, Inara! He left you. You jangan jadi buta. Reza dah tak nak you dalam hidup dia lagi."
"Dia tinggalkan I sebab you! Kalau bukan sebab you reka cerita tentang hubungan kita, dia takkan tinggalkan I. Nadim, you sedar tak yang you dah musnahkan rumah tangga kawan baik you sendiri sekarang ni? I'm his wife and you made me cheated on him!"
Inara jadi marah.
Dia sudah kehilangan segalanya hanya kerana helah dan tipu daya Nadim. Nadim punca segala sengketa yang berlaku antara dia dan Reza. Dia sayangkan Reza dan dia hanya mahu Reza sebagai lelakinya.
"Dia yang bodoh. Siapa suruh dia ceraikan you tanpa soal siasat? He should known you better as his wife. Baru dengar cerita isteri curang, dah mengamuk sakan sampai lafaz talak," balas Nadim sambil ketawa kecil.
Inara menggeleng.
"Kenapa you buat macam ni pada dia dan I? Kenapa you libatkan I dalam masalah ni? I tak pernah kenal you, Nadim. I tak pernah ada masalah dengan you."
"Because you deserves someone better than him, baby. I jatuh cinta pandang pertama dengan you dan I nak you jadi milik I. Reza tak layak untuk perempuan macam you. He's not in our league. He's poor guy with sadist life."
"Don't! Don't you ever insult him like that. Reza is my love and I will only love him. Not you and I never will be yours. So, you can get the fucking out from my house now!"
Nadim mengeluh. Susahnya nak jinakkan wanita ini.
"Baby, janganlah macam ni. You tak payah terus berharap dengan Reza tu. Dia takkan balik pada you lagi. Tak mungkin dia nak jilat balik ludah dia. Come on, don't be so emotional. You have me now and I'm yours."
Inara jadi hampa. Dia tidak pernah mahu semua ini berlaku. Dia sayangkan Reza namun dia kalah dengan godaan Nadim. Meskipun perkahwinan dirinya bersama Reza sudah berakhir talak satu, dia masih menyayangi lelaki itu.
"Keluar, Nadim. Keluar dari rumah I sekarang juga. I tak nak tengok muka you lagi."
Namun Nadim tidak berganjak. Dia masih berdiri senang lenang di hadapan Inara lantas buat rumah itu seperti rumahnya.
"I tak nak keluar. I nak tidur sini malam ni," selamba saja dia berkata.
"Who says you can fucking sleep here!? No, get out from here now!" halau Inara dengan nada yang kuat.
Nadim menggeleng kepala apabila mendengar jeritan Inara.
"Ok... ok! No need to shouting."
Dia berjalan menuju ke pintu keluar namun sempat juga dia memeluk badan Inara.
"Malam ni I ambil you, kita pergi makan ok? I love you."
Inara terus menolak badan Nadim sambil menunjuk ke arah pintu keluar. "Out!"
Nadim mengangguk tanpa bicara. Dia terus keluar dari rumah itu dan Inara langsung tidak menoleh ke arahnya. Sebenarnya liat sungguh Nadim untuk beredar keluar dari rumah perempuan kesayangannya itu. Jadi, dia cuba memujuk Inara sekali lagi untuk terus berada di dalam rumah bersama Inara.
"Baby, I nak tumpang toilet you--" saat Nadim mahu mereka alasan, tiba-tiba Inara jatuh rebah ke lantai.
Seraya itu, dengan pantas Nadim kembali masuk ke dalam rumah dan terus mendukung Inara untuk dibawa ke hospital.
Sampai di hospital, Inara terus mendapatkan rawatan. Di luar wad, Nadim setia menunggu dengan wajah yang risau. Dalam masa yang sama, Amri datang duduk di sebelahnya.
"Haih... itulah aku dah kata, jangan berkeras dengan dia untuk terima kau. Sekarang ni dia dah pengsan pulak," ujar Amri dengan sinis.
Nadim yang risau terus mengeluh.
"Kalau aku tak berkeras, dia akan pujuk Reza untuk terima dia balik. Aku dah buat macam-macam untuk sampai ke tahap ni tau. Aku takkan biarkan dia balik pada Reza."
"Tapi kau tu gelojoh sangat. Sekarang ni Reza memang dah benci gila dengan dia jadi apa saja yang dia cakap, Reza takkan percaya dah. So, kau ada banyak masa untuk manipulate dia untuk terima kau."
"Susah, Amri. Dia cinta sangat kat Reza. Aku goda dia macam mana pun dia tetap fikir pasal Reza. Kadang-kadang dia hampir tunduk dengan godaan aku tapi kadang-kadang dia langsung tak kisah pasal aku."
Amri tersenyum sinis.
"Kalau dia tak kisah pasal kau, dia takkan biarkan kau rapat dengan dia macam ni. Dia dah kalah dengan godaan kau sebenarnya tapi dalam masa yang sama dia masih rasa bersalah dengan Reza. Jadinya sekarang kau kena buang rasa bersalah dia tu dulu lepas tu barulah dia akan terima kau... sayang kau."
Nadim memandang wajah Amri untuk meminta keyakinan.
"Betul ke?" soalnya.
Amri mengangguk.
"Kau yang nak sangat dia jadi hak milik kau kan? So, kau kenalah selalu pastikan dia tak pandang lelaki lain selain kau."
"Nadim, lepas ni kau pergi teman dia... jaga dia dan layan dia elok-elok sampai dia rasa dia tak boleh hidup tanpa kau. Bila dia dah rasa macam tu, barulah kau mulakan rancangan baru."
"Rancangan apa? Apa maksud kau?"
"Rancangan untuk musnahkan hidup Reza dengan lebih teruk. Inara adalah satu-satunya perempuan yang Reza cinta dan bila dia tengok Inara lebih bahagia dengan kau berbanding masa Inara dengan dia dulu, dia akan sakit hati. Bila dia sakit hati, dia akan mula buat hal yang boleh buat dia menyesal. Akhirnya, hidup dia musnah."
Nadim diam berfikir tentang apa yang Amri kata. Sementara itu, doktor datang berjumpa dengannya.
"Doktor, macam mana dengan keadaan girlfriend saya?"
"Cik Inara pengsan sebab hypertension and dehydrated. Saya sarankan encik untuk selalu ada dengan dia dan jangan benarkan dia terlalu banyak berfikir. In short words, don't let her feel stress."
Nadim mengangguk.
"Ok, terima kasih doktor. Saya akan pastikan dia tak terlalu stres lepas ni."
Doktor itu pergi dan Nadim masuk ke dalam wad Inara. Dia lihat Inara sedang tidur dengan lena. Dia terus mencium tangan Inara sambil mengusap lembut kepala wanita itu.
"Rest well, baby," katanya.
"Sekarang baru aku faham kenapa kau tergila-gilakan sangat dengan dia ni. Cantik juga dia bila tidur macam ni ya," ujar Amri.
Nadim tersenyum.
"She's perfect. Perfect enough to be my queen."
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...