SAMPUL surat yang berisi pelbagai gambar itu diberikan kepada Nadim Amzar oleh orang upahannya. Dia telah mengupah seorang jurugambar persendirian untuk mengambil gambar kemesraannya tatkala bersama Inara Ameena tidak kiralah di mana saja atau pada waktu apa.
Ini semua merupakan rancangan terakhir untuk memisahkan hubungan suami isteri Reza dan Inara oleh kerana Inara sangat degil tidak mahu meninggalkan Reza. Jadinya, biar Reza yang meninggalkan Inara usai saja dia melihat gambar-gambar itu.
"Apa yang Tuan Nadim buat sekarang ni memang gila babi. Perempuan yang tuan nak ni anak Tan Sri Razali... isteri orang pulak tu. Kalau satu Malaysia dapat tahu hal ni kecoh nanti," kata si jurugambar itu.
Nadim senyum sinis saja.
"Aku lagi suka kalau satu Malaysia tahu. Inara Ameena tu sesuai untuk lelaki yang setaraf dengan dia macam aku. Bukannya lelaki miskin macam suami dia yang sekarang ni. Tak apa, dia susah sangat nak tinggalkan suami dia kan? Biar aku buat suami dia yang tinggalkan dia."
"Bila dah kecoh sampai satu Malaysia boleh tahu, itu dah teruk sangat dah. Tuan dah fikir masak-masak ke pasal ni? It could be dangerous for your image and your business. Tuan dengan Inara ada nama baik yang sangat perlu dijaga."
"Malik, kau dah berapa lama kerja dengan aku? Kau tahu kan yang sekali aku dah buat keputusan, tak akan ada perubahan? Apa-apa jadi nanti, biarlah aku tanggung sendiri. Kau tak payah risau... aku tahu apa yang aku buat."
Malik mengeluh sendiri. Dia tahu majikannya itu amat keras hati dan sentiasa dapat apa yang dia mahukan meskipun ianya merupakan sesuatu perkara yang dilarang.
"If you said so..." jawab Malik sambil mengangguk.
Lantas, Malik mendapat sejumlah wang yang ada di dalam sebuah sampul. Dia tersenyum apabila mengetahui bahawa itulah upahnya.
"RM10K in cash. Aku tak nak orang tahu transaksi duit aku jadi aku bayar kau kali ni dengan cash. Bagus, Malik. Kerja-kerja kau tak pernah menghampakan aku."
"Thank you, Tuan Nadim. Oh ya, bila tuan akan balik ke Itali semula? Ke tuan memang nak tinggal kat sini terus?"
"Bila aku dah jadikan Inara sebagai hak milik aku, aku akan bawa dia balik ke Itali. Malaysia akan jadi tempat persinggahan sementara aje lepas tu."
~~~
DIA menjemput suaminya di lapangan terbang dan saat melihat wajah sang suami yang amat dirinduinya, Inara tersenyum dengan penuh gembira. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Reza lalu memeluk lelaki itu dengan erat sebagai tanda melepaskan rindu.
"Abang, I miss you... so much!"
"I miss you too, sayang!"
Reza mencium dahi dan pipi Inara kemudian mereka berjalan berpelukan menuju ke arah kereta Inara.
"Lapar tak? Jom pergi makan?" ajak Inara.
"Lapar. Tadi dalam flight macam buah aje. Tapi kita nak pergi makan kat mana?"
"Tempat biasa. Kedai nasi kandar kuah banjir," jawab Inara.
"Nasi kandar? Yes, please!"
Inara senyum saja apabila Reza kata begitu. Mereka pergi ke kedai mamak kegemaran Inara lalu memesan dua pinggan nasi kandar kuah banjir dan dua gelas teh ais.
Reza pun mula menikmati nasi kandar itu dengan penuh selera. Inara melihat gelagat suaminya itu dengan ketawa kecil.
"Haih... kat Singapore tu tak ada nasi kandar ke? Abang makan macam dah tak lama tak jumpa nasi. Slow sikit makan tu... nanti kang tercekik pulak."
"Ada tapi tak sedap macam kat Malaysia. Abang rindu gila makanan sedap macam ni kat Malaysia. Makanan Malaysia tetap nombor satu tiada tandingan."
Senyuman Inara kian terukir melihat wajah Reza di hadapan matanya kini. Tiada lagi hubungan jarak jauh yang menyusahkan... tiada lagi menanggung rindu sang suami... tiada lagi harus melayan lelaki asing yang memeningkan kepala.
"Sayang, sepanjang abang tak ada ni... sayang ada jumpa Nadim tak?" tanya Reza secara tiba-tiba hingga Inara tersedak air yang sedang dia minum.
Dah kenapa tiba-tiba cakap pasal Nadim pulak ni? Alahai...
"Dah kenapa pulak sebut pasal Nadim pulak ni? Apa kena mengena dia dengan kita sekarang ni?"
"Abang tanya ajelah. Kenapa sayang nak marah? Sayang ada gaduh dengan dia ke?"
"Dia ada jumpa dengan Nara tapi Nara rimas betul dengan dia tau. Entah apa yang abang cakap kat dia sampai beria sangat nak ada dengan Nara sepanjang masa. Salah abanglah ni."
"Abang cuma minta tolong dia tengokkan sayang aje. Salah ke? Sekurang-kurangnya ada yang boleh bantu sayang apa yang patut bila abang tak ada. Nak suruh Abang Khai... sayang yang tak kasi susahkan dia."
"Abang Khai atau Nadim... dua-dua tu Nara tak perlukan. Alaa... Nara tinggal di Itali seorang diri elok aje tak ada berteman selama bertahun-tahun. Apalah sangat kalau setakat abang tak ada depan mata Nara selama tiga bulan."
"Itu cerita 10 tahun lepas, sayang. Dah berbeza dengan waktu sekarang," ujar Reza.
"Tapi Nara tak perlukan sesiapa selain Shahreza Hidayat. Cukup dia seorang saja yang Inara Ameena perlukan sampai mati," balas Inara.
"Abang... janganlah percaya sangat dengan Nadim tu. Nara tak rasa dia nak kawan baik dengan abang. Nara rasa dia ada niat lain yang tak elok."
"Jangan buruk sangka dengan Nadim. Dia tu..."
"Abang tak pernah nak percaya dengan apa yang Nara cakap setiap kali dia jadi topik utama kan? Sudahlah, abang. Lepas ni ikut suka abanglah nak berkawan rapat dengan dia ke nak berkorban apa saja demi dia pun suka hatilah! Malas Nara nak layan kalau abang kena tipu dengan dia hidup-hidup!"
"Tapi yang sayang nak marah tak tentu hala ni kenapa? Dari dulu abang pelik kenapa sayang benci sangat dengan Nadim padahal Nadim tu satu-satunya kawan baik abang. Sayang tahu tu."
"Abang aje yang anggap dia sebagai kawan baik abang tapi dia tak pernah pun anggap abang sebagai kawan baik dia. Jangan jadi baik sangat abang. Jangan mudah percaya pada orang lain."
"Tak adalah. Nadim bukan manusia yang tergamak tikam belakang macam tu. Sayang suka salah anggap dengan dia sebab apa sebenarnya? Dia baik orangnya tau."
"Baik di mata abang tapi tak semestinya baik juga di mata Nara. Hmm... abang sendiri tahu Nara susah nak percaya pada orang. Tapi tak apalah kalau abang tak nak percaya apa yang Nara cakap... itu hak abang."
Inara sudah mencebik muka menjadi masam.
Reza pula hanya diam mengeluh saja.
"Ok, sudahlah cakap pasal ni. Tak penting pun. Abang akan masuk pejabat kat sini bila?" soal Inara.
"Abang akan masuk pejabat sini tiga hari lagi. So, abang ada dapat cuti sekarang. Kenapa? Sayang ada nak ajak abang keluar pergi mana-mana ke?"
"Ada tapi nantilah. Lebih baik abang duduk berehat kat rumah dulu. Nanti bila semua penat kerja abang dah hilang, barulah kita keluar ya."
Reza mengangguk bersetuju. Setiap pergaduhan mereka boleh segera diselesaikan. Inara juga malas mahu melayan emosinya yang tidak senang setiap kali bercerita mengenai Nadim.
Jika dia berterus terang pada Reza pun, tidak mungkin Reza akan percaya.
Akhirnya, biarkan sajalah...
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romansa[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...