INARA masuk ke dalam apartmen yang pernah dia sewa sewaktu belajar di Florence dahulu. Mujurlah tuan rumah masih orang yang sama dan dia masih ingat pada Inara. Jadi, dengan mudah saja Inara dapat menyewa apartmen itu kembali.
Usai keluar dari rumah Nadim di Rom, Inara terus ke stesen kereta api untuk ke Florence di mana perjalanan itu memakan masa selama satu jam 30 minit. Dia memilih untuk menjarakkan diri daripada Nadim agar Nadim sedar bahawa dia sememangnya perlu menjalani rawatan pskiatrik itu sekiranya dia mahukan keluarganya kembali.
Bukan dia berniat mahu meninggalkan suaminya dalam keadaan begitu namun dia juga tidak mahu keluarga yang baru ingin dibina oleh mereka bersama cahaya mata pertama ini menjadi huru-hara kerana masalah kesihatan mental Nadim sendiri.
Sudah jelas Nadim memang ada peluang untuk sembuh akan tetapi dia pula yang enggan menggunakan peluang itu.
"Ciao, Giovanni. Sono a Firenze in questo momento e non tornerò indietro a meno che tu non voglia andare in ospedale per le cure," maklum Inara pada Giovanni.
(Helo, Giovanni. Saya ada di Florence sekarang ni dan saya takkan balik selagi tuan tak nak pergi hospital untuk buat rawatan)
"Ma tu mi dirai di trovarti e riportarti a casa. Cosa voglio dirti se non vuoi tornare?"
(Tapi tuan akan suruh saya cari puan dan bawa puan balik ke rumah. Saya nak cakap apa pada tuan kalau puan tak nak balik?)
"Dì solo che non voglio davvero tornare indietro finché non segui quello che voglio. Se tu sei testardo, posso esserlo anch'io."
(Cakap sajalah yang saya memang tak nak balik selagi tuan tak ikut apa yang saya nak. Kalau tuan berdegil, saya pun boleh berdegil juga)
Giovanni mengeluh. Lelah dia mahu melayan kerenah dua orang majikannya ini.
Macam-macam perangainya.
"Quando avrai accettato di fare il trattamento... mi chiamerai subito. Solo allora tornerò."
(Bila tuan dah bersetuju nak buat rawatan... awak terus telefon saya. Masa tu barulah saya akan balik)
"Va bene, signora. Seguirò quello che dici ma se c'è qualcosa devi dirmelo. La tua sicurezza e i tuoi contenuti sono mia responsabilità," pesan Giovanni.
(Baiklah, puan. Saya akan ikut cakap puan tapi kalau ada apa-apa, puan kena beritahu saya. Keselamatan puan dan kandungan puan adalah tanggungjawab saya)
"Sì, Giovanni. Grazie."
(Ya, Giovanni. Terima kasih)
Panggilan pun dimatikan dan Inara mula berehat di atas sofa. Tidak lama lagi dia harus memulakan pemeriksaan kandungan dan berjumpa dengan doktor mengenai kandungan cahaya mata pertamanya.
10 tahun menjadi seorang isteri dan ini kali pertama dia merasa untuk menjadi seorang ibu. Inara gembira kerana akhirnya tuhan menjawab semua doa yang pernah dia mohon untuk mendapatkan cahaya mata meskipun bukan hasil berkongsi hidup dengan Reza.
Sehingga kini dia masih tidak mengerti mengapa sewaktu Reza menjadi suaminya, tiada peluang untuk mendapatkan cahaya mata buat mereka sedangkan Reza tidak mandul. Dia masih ingat keputusan ujian kesuburan yang pernah mereka lakukan sama-sama dahulu.
Doktor memberitahu bahawa mereka tiada sebarang masalah untuk mendapatkan cahaya mata namun hakikatnya kini, dia berjaya mendapatkan cahaya mata bersama dengan Nadim.
Hmm... tak apalah. Kadangkala tidak semua soalan harus diberikan jawapan. Seeloknya dibiarkan sahaja menjadi rahsia yang hanya tuhan saja lebih mengetahui.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...