KEPALANYA terasa berat dan pandangan mata jadi kabur selama beberapa saat. Inara memejamkan mata untuk beberapa saat dan kemudian membuka matanya. Dia melihat tangan kirinya mempunyai saluran drip maka dia tahu dia berada di dalam hospital.
Inara menoleh ke arah kanan dan dia mendapati Nadim sedang tidur dan pegangan tangan Nadim tidak berganjak daripada tangannya. Inara diam tidak bergerak dan dia amati saja wajah Nadim. Sekarang ini, perbuatan Nadim terhadap dirinya berbahagi dua.
Dia nampak sisi baik Nadim dalam melayani dirinya namun dia juga tidak senang dengan sisi Nadim yang suka memaksa. Sampai sekarang, Inara tidak tahu apa alasannya Nadim boleh jatuh cinta terhadapnya sehingga jadi begini sedangkan Inara sama saja seperti wanita lain. Secara logik, Nadim boleh dapat perempuan yang bujang dan jauh lebih cantik berbanding dirinya yang sudah menjadi janda ini.
"Kenapalah you jadi macam ni, Nadim? Kenapa you nak sangat benda yang you tahu you takkan dapat?" soal Inara dalam hati.
"Nadim... Nadim," kejut Inara sambil menarik lengan baju Nadim.
Seraya itu, Nadim bangun dan dia terus memandang Inara.
"Baby! You nak apa-apa tak? You lapar ke? I pergi beli makanan kejap ya."
Inara menggeleng. "I tak nak apa-apa."
"Ok, you rehat ya? Doktor cakap you tak boleh stres."
"I stres sebab apa? Sebab siapa?" soal Inara.
Nadim diam mengeluh.
"Ya, I tahu you stres sebab I. I yang terlalu paksa you untuk terima I sampai you masuk hospital macam ni. I'm sorry for that."
"Nasib baik you tahu. Ingatkan nak buat bodoh bangang aje."
Nadim memegang tangan Inara.
"I'm sorry, mia cara."
Sedang mereka berdua berpandangan sesama sendiri, pintu wad dibuka dan seluruh ahli keluarga Inara masuk ke dalam wad. Inara dengan pantas menarik tangannya dari pegangan Nadim.
"Mama, papa... Kak Dian, Abang Khai," sapa Inara sambil bersalaman dengan mereka berempat.
"Macam mana semua orang tahu Nara masuk hospital?" soal Inara.
"Nadim yang call papa. Kalau nak harapkan Nara sendiri yang bagitahu... memang sampai sudah takkan punya," kata Tan Sri Razali.
Inara diam.
"Nara masuk hospital ni sebab apa?" tanya Puan Sri Zainab.
"Hypertension."
"Tension memikirkan pasal bekas suami yang tak guna tu kan?"
Inara mengeluh.
"Mama ni tak ada benda lain ke nak cakap? Tak habis-habis benci dengan Reza dari mula kahwin sampai dah bercerai dah pun."
"Nara lupa apa yang dia dah buat dengan Nara ke? Tak ingat badan kamu calar balar, luka semua sebab dia yang pukul?"
"Hmm... itu ajelah sifirnya. Satu kesalahan dia mama boleh ingat sampai mati tapi seribu kebaikan dia sepanjang jadi menantu mama terus lupa."
"Inara!" tegur Tan Sri Razali.
"Sorry but kalau mama dengan papa datang sini sebab nak ceramah Nara, baik tak payah datang. Nara tak nak dengar apatah lagi nak ikut kata mama papa."
"Ok, dah. Khai dengan Dian nak cakap dengan Nara bertiga saja sekarang. Mama, papa dan Nadim keluar dulu."
Khai bersuara dan Tan Sri Razali dan Puan Sri Zainab serta Nadim beredar keluar meninggalkan mereka tiga beradik di dalam wad itu.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...