Bab 9

703 43 3
                                    

PERJALANAN dari Malaysia ke Itali mengambil masa selama 15 jam, 15 minit. Maka, Nadim Amzar pun menggunakan masa itu untuk memperhatikan gerak geri Inara Ameena di rumah wanita itu sendiri menggunakan kamera yang dia letakkan tadi. Rupanya dia dengan Reza sedang bergaduh mengenai dirinya.

"Nara tak kisah... Nara betul-betul tak kisah kalau abang nak kawan dengan Nadim tapi Nara minta janganlah ajak dia datang rumah ni lagi. Kalau abang nak lepak dengan dia, pergi ajelah lepak kat luar," kata Inara.

"Sayang, kenapa prajudis sangat dengan Nadim? Abang tak nampak pun dia cuba apa-apakan sayang ataupun kutuk sayang. Nadim orang yang baik, sayang."

Reza tetap mahu mempertahankan Nadim meskipun Inara sudah berkali-kali beritahu bahawa dia tidak suka akan lelaki itu.

"Dah tu nak tunggu dia apa-apakan Nara dulu ke baru abang nak faham kenapa Nara tak suka dia? Abang, jangan sebab abang terlalu sanjung... terlalu sayang dia sebagai kawan baik abang, abang terus menidakkan kata-kata Nara. Jangan jadikan hal ni sebab untuk kita bergaduh."

"Bukan abang yang jadikan hal ni sebab kita bergaduh. Sayang tu yang terlalu negatif dengan kawan baik abang sedangkan abang dah kenal dia lama... abang tahu perangai sebenarnya macam mana," balas Reza.

"Abang baru aje jumpa dia balik selepas 10 tahun dan dalam masa 10 tahun tu macam-macam boleh berubah, abang. Tak semua sifat manusia akan kekal sama macam yang kita pernah kenal. Nara sendiri pun boleh berubah."

"Sayang, abang tak nak sayang fikir yang bukan-bukan tentang Nadim. Tak baik buruk sangka dengan orang."

"Ini bukan buruk sangka tapi ni naluri hati Nara sendiri sebagai seorang isteri. Abang, kenapa abang terlalu percayakan Nadim?"

"Abang percayakan dia sebab dia seorang saja yang sudi berkawan dengan orang macam abang. Abang sayang dia sebab dia punca abang boleh berjaya macam sekarang. If not because of him, I might not have my study certificate like now."

"Abang rasa terhutang budi dengan dia," kata Reza lagi.

Terhutang budi. Itulah alasan sebenar mengapa Reza sukar untuk percaya tuduhan Inara pada Nadim.

Inara mengangguk sendiri.

"Ok, then. You can continue to trust him. I don't want to talk about this anymore. It will stop here."

"Sayang, janganlah macam--" Reza mengeluh.

Dia sendiri tak tahu bagaimana lagi mahu membuang sangka buruk isterinya terhadap kawan baiknya. Dia yakin Nadim masih Nadim yang dahulu dan tidak ada apa yang berubah melainkan cara hidupnya yang semakin mewah.

Inara memandang Reza untuk seketika kemudian tiba-tiba telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Kak Dian, iaitu kakaknya kelihatan pada skrin telefon. Inara menjawab panggilan itu sambil duduk di hujung birai katil.

"Helo, Kak Dian," ujarnya.

"Helo, Nara... malam ni jangan lupa balik rumah mama papa. Kak Dian ada buat birthday party untuk si kembar. Datang tau?" ajak Kak Dian.

Inara mengangguk.

"Yalah, nanti Nara dengan Reza balik rumah sana."

Panggilan dimatikan kemudian Inara memandang Reza.

"Kak Dian ada buat birthday party untuk si kembar. Pergilah mandi, kita datang awal... boleh balik awal."

"Sayang," Reza terus memeluk Inara kemudian mengucup dahinya.

"I love you, abang. Dah, pergilah mandi."

Selepas melihat rakaman siaran langsung itu, Nadim mula tersenyum sinis. Nampaknya Inara dan Reza sudah mula hendak berbalah mengenai dirinya.

Hmm... menarik. Tak apa, kita lihat apa yang bakal jadi seterusnya nanti. Nadim harus kerap menggoda Inara selepas ini. Dia harus membuat Inara percaya bahawa dia adalah lelaki yang baik dan budiman.

Di dalam jet peribadi miliknya, dia baring di atas katil yang empuk kemudian dia mengeluarkan pakaian tidur milik Inara yang dicurinya lantas menghidu pakaian itu dengan sungguh gian.

Terdapat sisa bau daripada wangian Gucci Guilty pada pakaian tidur tersebut. Oh, wangian Gucci Guilty memang amat terkenal dengan bau haruman yang sungguh menggoda. Nadim jadi taksub dengan bau wangian itu dan mula membayangkan seolah-olah Inara sedang berada di dalam dakapannya.

Ah, dia tidak sabar untuk menunggu masa itu tiba. Sebaik saja Inara berada di dalam dakapannya, dia berjanji bahawa wanita itu akan sentiasa dilimpahi dengan segala rasa cinta dan belaian manja oleh dirinya.

"Engkau ni memang dah teruk, Nadim. Dengan night dress dia pun kau boleh taksub. Kau yakin ke fantasi kau ni boleh jadi kenyataan?" soal Amri.

Nadim senyum lagi sambil mencium pakaian tidur itu.

"She's mine. I will make sure she's mine,"

Amri menggeleng.

"Sudahlah gila bayang. Sekarang ni tambah pulak dengan kau tengah sexual fantasize Inara. Kau ni memang dah sakit teruk, Nadim."

"Apa salahnya aku fantasize perempuan yang akhirnya memang akan jadi milik aku juga? Dahlah, Amri... kau berambuslah. Biar aku dengan khayalan aku."

Kemudian Nadim menyanyikan rangkap lagu Fetish nyanyian asal daripada penyanyi antarabangsa popular, Selena Gomez yang juga merupakan penyanyi kegemaran Inara... sambil hanyut di dalam fantasi yang amat salah itu.

You got a fetish for my love
I push you out and you come right back
Don't see a point in blaming you
If I were you, I'd do me too
You got a fetish for my love

Fetish, itu memang ungkapan perasaan yang sesuai untuk Nadim terhadap Inara ketika ini. Walaupun dia tergila-gilakan Inara namun dia tidak lari juga daripada terus membayangi wanita itu dari segi seksual.

Dia mahukan segalanya yang Inara ada sama ada luaran mahupun dalaman. Tanpa sedar, dia sedang membiarkan rasa nafsu dirinya menjalar liar setiap kali memikirkan tentang wanita itu.

Dia bukan saja mendambakan cinta Inara malah dia turut mendambakan setiap inci tubuh badan wanita itu dan dia akan lakukan apa saja demi melunaskan kehendak lelakinya.

Dia bukan lelaki yang baik apatah lagi suci dari segala larangan. Tapi dia tidak peduli kerana dia sentiasa dapat apa yang dia mahukan.

Amri menggeleng saja lantas dia terus menghilangkan diri. Membiarkan saja Nadim terus hayut dengan ketaksuban dirinya terhadap Inara.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now