Bab 11

753 38 2
                                    

PULANG saja ke rumah, Inara dan Reza terus bergaduh mengenai perihal mama dan papa pula. Inara sebal dengan tindakan mama papanya yang masih lagi skeptikal dengan suaminya manakala Reza langsung tidak pandai untuk mempertahankan maruah dirinya di saat mentuanya sendiri memperlekehkan dirinya.

Kadangkala Inara merasakan Reza ini memang seorang yang lurus dan tidak pandai menegakkan keadilan untuk diri sendiri.

"Abang boleh diam saja bila mama papa merendahkan diri abang di depan Nara dan seluruh ipar duai? Abang tak rasa malu ke dengan kata-kata mama papa tu?"

Reza duduk di atas sofa sambil mengeluh.

"Ada betulnya juga kata mama papa tu. Abang sedar diri abang ni siapa. Memang dari awal lagi abang tak layak jadi suami sayang," katanya.

"Huh? Macam tu aje? Abang reda aje dengan segala kritikan yang langsung tak masuk dek akal mama papa tu? Ya Allah, abang! Boleh tak belajar untuk lawan negativiti sikit? Abang tak bolehlah nak reda pasrah aje bila orang merendahkan diri abang. Abang bukannya hidup untuk kena hina."

"Sayang, dah 10 tahun abang buat macam-macam untuk menangi hati papa mama. You know I almost do anything to make your parents see me as their son in law but today, I'm sorry... I can't. I can't do something again just for being recognized. If mama and papa want to see me as poor guy with sadist life, let them be."

Inara menggeleng. Mudahnya suaminya itu berputus asa untuk mengambil hati mentuanya sendiri sedangkan selama ini dia juga yang mahu dianggap sebagai menantu.

"Dah give up ke? Abang, abang tak boleh harapkan Nara untuk sentiasa pertahankan diri abang depan mama papa setiap kali diorang memperlekehkan diri abang. Sampai bila abang nak terima saja hinaan orang terhadap latar belakang hidup abang? You need to stan your own self, abang."

"I'm tried but it seems too difficult. Tak apalah sayang, biarlah apa orang nak kata... yang penting kita bahagia. Abang ada sayang dan sayang ada abang."

"Susahlah nak bercakap pasal ni dengan abang. Bila Nara cakap ada aje jawapan yang abang akan kasi padahal abang tahu apa yang Nara cakap memang betul."

"Walaupun mama papa adalah mama papa Nara tapi Nara tak suka diorang perlekehkan suami Nara. Kita dah kahwin selama 10 tahun, patutnya mama papa dah boleh terima jodoh kita dengan lapang dada. Bukannya terus menerus bandingkan diri abang dengan menantu diorang yang lain," kata Inara dengan keluhan sendiri.

Kadangkala Inara tidak mengerti bagaimana cara Reza berfikir. Reza kelihatan sungguh tenang tatkala dirinya diperlekehkan tanpa sebab. 10 tahun mereka berkahwin, Inara masih juga tidak dapat memahami perkara itu.

Reza senyum memandang Inara. Kemudian dia mengelus pipi Inara dengan lembut.

"Abang nak keluar kejap. Sayang ada nak makan apa-apa tak?" soal Reza.

"Nak keluar pergi mana? Kita kan baru balik rumah ni."

"Nak keluar sebab lapar. Abang nak pergi tapau makanan. Tadi kat rumah mama papa, kita tak sempat makan pun."

"Nara boleh masak untuk abang," kata Inara.

Namun Reza menggeleng.

"Tak payahlah, kita makan luar aje hari ni. Sayang nak makan apa?"

Sedang isterinya berfikir, Reza terus mencelah dengan pantas.

"Tak apa, abang tahu... Big Mac and ice lemon tea dari McD. Ok, nanti abang beli."

Inara senyum. Memang dia sudah lama mahukan makanan segera itu.

"Thanks abang," ujar Inara yang kemudian naik ke tingkat atas manakala Reza kembali keluar memandu kereta.

Di dalam bilik tidur, Inara terus menghidupkan televisyen pintarnya lantas melayari Spotify, mencari playlist lagu hits Selena Gomez. Kemudian dia memilih lagu Slow Down dan dimainkan secara automatik.

Inara tersenyum kemudian pergi ke ruang persalinan pakaian dan menanggalkan pakaian yang dipakainya untuk masuk ke dalam bilik air. Sambil itu, dia rancak menyanyikan lagu tersebut.

If you want me, I'm accepting applications
So long as we can keep this record on rotation
You know I'm good with mouth-to-mouth resuscitation
Breathe me in, breathe me out
So amazing

Bergema bilik air itu dengan suara Inara Ameena saja. Sebagai peminat sejati Selena Gomez dan Selenators yang bertapak di Malaysia, dia amat candu dengan selebriti terkemuka dunia itu.

Di zaman remaja, Inara sering menghabiskan masa mengumpul segala barangan yang ada kaitan dengan Selena Gomez. Filem-filem lakonan Selena Gomez semasa remaja hingga kini pun dia masih tonton tanpa jemu. Apatah lagi koleksi lagunya... dari Selena Gomez masih menjadi gadis Disney's sehingga menjadi antara selebriti terkaya dunia seperti sekarang ini.

Reza pun dah sedia maklum tentang minatnya terhadap Selena Gomez. Cuma... nasib baik kisah percintaan Inara tidak seperti Selena Gomez. Jika tidak, Reza akan rasa dia tak mampu bersaing dengan lelaki seperti itu.

Reza juga merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab, rajin dan bijaksana namun dia masih mempunyai satu kelemahan mengenai dirinya sendiri iaitu sering tidak yakin dengan apa yang dia ada. Dia selalu rasa yang diri dia tidak mampu bersaing dengan orang yang lebih atas daripadanya.

Abang tak kaya macam sayang...

Abang tak hebat macam sayang...

Abang tak mampu macam sayang...

Itu antara kata-kata yang sering Reza ungkapkan apabila dia berasa tidak yakin dengan dirinya sendiri hingga Inara jadi sebal pada akhirnya.

Kadangkala mahu saja Inara mengetuk kepala Reza agar tidak menjadi terlalu negatif tapi nanti berdosa pula dengan suami.

Hmm... sudahlah Inara hanya mendengar kata-kata itu secara acuh tak acuh saja.

Setelah 20 minit berada di bilik mandi, Inara keluar dari situ bersama jubah mandi yang diikat di pinggang. Dia mengambil satu lagi tuala kecil untuk menggosok rambutnya sebelum dikeringkan menggunakan pengering rambut.

Dia masih bernyanyi lagu Slow Down itu meskipun tanpa muzik. Haih... kadangkala Inara lupa bahawa umurnya sudah 32 tahun. Ataupun inner child dalam dirinya masih belum sembuh.

"Breath me in... breath me out..." gumam Inara sendiri sambil menggosok rambutnya menggunakan tuala di hadapan meja solek.

Dalam masa yang sama, ada suatu pesanan suara melalui WhatsApp yang dia terima daripada salah seorang staf di pejabatnya.

"Hey, lady boss.. it's me, Kelly. Bila you nak masuk ofis ni? Dah enam bulan you tak masuk ofis tau dan semua important client looking for you. Come on boss, it's time to back in action with fashion. Sudahlah tu jadi suri rumah tangga. You're still fit for being successful career wife."

Inara ketawa kecil. Dia pun tidak perasan bahawa sudah enam bulan dia tidak masuk ke pejabat. Selama ini dia hanya menyiapkan kerja dan lakaran fesyennya di rumah saja sambil menjadi suri rumah tangga buat Reza.

"Hey, Kelly. Hahaha... yeah I know it's been a long time since I've been in the office. But maybe in the short period of time, I will go back to the office. Don't worry, I masih sayangkan IA Couture dan kerja I masih up to date walaupun I jarang masuk ofis."

"But for now... I still enjoying my time as a housewife."

Kemudian pesanan suara dari Kelly yang seterusnya dihantar kepada Inara.

"Seriously boss, you need to come back ASAP. A few clients are only want you to be entertained. They want you not me... not other staff. It's you."

Inara menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

"Don't be so clingy, Kelly. You're my PA. You know what to do when I'm not around. Ok, later."

Pesanan suara itu dibaca saja oleh Kelly yang tidak membalasnya. Inara kembali pada ruang persalinan pakaian lantas menanggalkan jubah mandi dan memakai pakaian bersih yang lain.

Akhirnya, dia hanya baring di atas katil sambil menunggu Reza pulang ke rumah.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now