Bab 5

918 43 0
                                    

Hey bro... are you free tomorrow? - Reza.

Yes bro. Kenapa? Kau ada nak ajak lepak ke?" - Nadim.

Haah. Aku nak ajak kau lepak kat rumah aku esok. Aku nak kenalkan kau dengan wife aku dan makan tengahari kat rumah aku sekali. - Reza.

Kau nak tak? - Reza.

Ok, boleh nanti kau send location rumah kau. - Nadim.

Tapi wife kau tak kisah ke? - Nadim.

Tak, wife aku ok aje. - Reza.

Hmm... ok. Nanti aku send location. - Reza.

Baik, bro. Thanks! - Nadim.

PESANAN WhatsApp itu membuatkan Nadim tersenyum sendiri. Umpan sudah mengena setelah jerat sudah dipasang. Esok dia akan pergi berjumpa dengan wanita yang telah membuat dirinya gila bayang, terigau-igau pada setiap malam. Kali ini dia akan serius dalam menggoda Inara dan sekaligus memusnahkan rumah tangganya bersama Reza dalam diam.

"The plan is ready. Wait for me, baby."

Pelbagai rancangan yang Nadim sudah rancang untuk mendapatkan Inara dan memisahkan Inara dengan Reza. Nadim sudah tidak peduli apa-apa lagi. Dalam fikirannya kini hanya ada Inara saja.

Dia sudah gila akan Inara. Dia sudah taksub dengan wanita itu.

Meskipun dia akui bahawa Reza adalah kawan baiknya, dia tetap mahu merampas isteri Reza. Dalam soal ini, dia sanggup memutuskan tali persabahatan antara mereka asalkan dia dapat memiliki Inara.

Berbalik pada Reza pula, dia sudah mengatakan kepada Nadim untuk datang ke rumah dan makan tengahari bersama dia dan Inara. Dia sungguh gembira apabila Nadim bersetuju dan amat berharap bahawa hubungan persahabatan mereka dapat disambung untuk kali ini.

"Sayang, esok Nadim akan datang rumah makan tengahari. Sayang masakkan spegeti dan creme brulee boleh?"

"Amboi, Nadim ni orang melayu ke mat saleh? Nak kena masak makanan Itali dan dessert France pulak ni," kata Inara.

Reza tersengih.

"Alaa... masak ajelah, please. Sayang... Nadim tu my special best friend. Dah 10 tahun kitaorang tak jumpa. Kali ni abang naklah layan dia special sikit. Lagipun bakat sayang dalam memasak tak payah disangkal lagi. Boleh ya?"

Inara mengeluh. "Hmm... yalah. I'm doing this just for you. Tapi nanti Nara kena keluar beli barang nak masak creme brulee tu. Abang boleh temankan?" pintanya.

"Ok, jom."

Inara mengambil beg voven yang selalu dia gunakan untuk mengisi barang dapur setelah dibeli dari pasar raya lalu diberikan kepada Reza dan dia terus mengambil tas tangannya kemudian berjalan keluar bersama Reza.

Mereka pergi ke pasar raya Jaya Grocer yang tidak jauh daripada taman perumahan mereka berdua.

Di pasar raya, Inara bertanya pada suaminya mengenai Nadim. Dia mahu juga mengenali siapakah kawan baik yang suaminya sayangkan sangat itu.

"Tell me, how you both can meet and be best friends?" soal Inara.

"Abang jumpa Nadim sejak umur 18 tahun di hari pertama orientasi UM. Dia senior abang yang ambil diploma dalam kejuruteraan meanwhile abang ambil diploma dalam perakaunan. Kitaorang jumpa dan dapat satu bilik hostel sekali. Sejak tu, kitaorang rapat. Semuanya kitaorang buat bersama. Abang suka badminton, dia suka futsal dan kickboxing. Every time ada tournament futsal atau badminton, kitaorang akan datang untuk support each other."

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now