Bab 10

965 46 4
                                    

MAJLIS sambutan hari lahir anak kembar Dian berjalan lancar dengan penuh meriah. Banyak hadiah yang mereka dapat daripada ahli keluarga dan para tetamu yang dijemput hadir. Inara dan Reza juga sempat membelikan hadiah permainan Lego untuk anak-anak saudaranya itu.

"Happy birthday, twins! Mommy Ra dengan Ayah Reza ada belikan hadiah. Nanti lepas parti, pergi buka dan main sama-sama tau," ujar Inara pada anak buahnya iaitu Anggun dan Anggerik.

"Thank you Mommy Ra, thank you Ayah Reza!" balas Anggun dan Anggerik yang kemudian mencium pipi mereka berdua.

Anggun dan Anggerik berlari masuk ke dalam bilik tidur mereka bersama hadiah yang Inara dan Reza belikan. Saat Inara mahu menganjak pulang, suara Tan Sri Razali jelas kedengaran.

"Inara, Reza... meh sini papa dengan mama ada perkara nak cakap dengan kau orang berdua."

"Hmm... lain kali ajelah, papa. Nara dengan Reza dah penat. Esok kitaorang nak kerja lagi," Inara tidak ingin berbicara dengan mama dan papanya jadi, dia terus mereka alasan.

"Jangan nak berdalih. Both of you in living room now."

Inara menarik tangan Reza.

"Jom kita balik aje. Tak ada apa pun yang penting untuk dicakapkan dengan papa mama."

"Eh, tak boleh macam tu. Mana tahu papa dan mama memang ada perkara penting nak cakap dengan kita. Kita jumpa diorang dulu lepas tu baru kita balik."

Reza tidak mahu balik. Dia mahu bercakap dengan mentuanya.

"Selama ni bila kita bercakap dengan papa mama, pernah ke kita bercakap benda yang penting? Paling tidak pun mama akan tetap sindir abang dan papa akan tetap bandingkan abang dengan orang lain. Abang tak rasa kecil hati ke?"

"Papa dan mama tu orang tua kita, kita wajib dengar cakap diorang. Dah, jom. Kesian papa dan mama tunggu kita nanti."

Dengan langkah penuh malas, Inara mengekori Reza ke ruang tamu. Mereka berdua duduk di hadapan papa dan mama Inara malah Kak Dian dan Abang Khai pun ada sama di situ bersama pasangan masing-masing.

"Papa mama nak cakap pasal apa kali ni?" soal Inara.

"Kenapa dah lama tak balik sini? Memang dah tak sudi nak jenguk papa mama ke?" tanya Puan Sri Zainab.

"Kitaorang sibuk dengan kerja masing-masing, mama. Reza sibuk dengan kerja ofis dia dan Nara sibuk dengan kerja Nara."

"Huh... itu ajelah alasan yang kamu suka kasi. Khai dengan Dian ni pun sibuk kerja juga tapi boleh aje balik sini setiap bulan jenguk papa mama. Diorang sibuk dengan anak-anak pun masih ada masa balik sini. Kau orang berdua yang tak ada anak ni pulak yang sibuk tak ingat dunia."

"Mama, stop cakap pasal hal ni boleh tak? Mama and papa can't expect us to always have a lot of free time just because we don't have children. Memang orang yang ada anak aje ke yang boleh sibuk dengan tanggungjawab? Orang yang belum ada anak macam kitaorang, memang tak ada tanggungjawab ke?"

"Nara, tak baik cakap macam tu dengan mama," tegur Khai.

"Tapi betul kan apa yang Nara cakap? Mama papa tak boleh samakan Nara dengan Abang Khai dan Kak Dian. Abang Khai dengan keluarga dia, Kak Dian dengan keluarga dia dan Nara dengan keluarga Nara. We're not the same!"

"Tak, masalahnya sekarang ni, kenapa Nara nak melenting sangat ni? Dah lupa cara beradab dengan orang tua ke?" soal Tan Sri Razali.

Inara menggeleng.

"Nara tak pernah lupa cara beradab dengan orang tua, papa. Tapi Nara dah tahu dah ke mana perbualan ni akan pergi dan apa tujuannya. Sebenarnya papa dengan mama nak bercakap pasal anak dengan kitaorang dan papa dengan mama tetap nak memperlekehkan suami Nara. Stop pretending. We having this issue since 10 years ago."

Reza diam saja di sebelah Inara. Dia gusar mahu berbicara kerana dia tahu mentuanya tidak akan bersetuju dengan kata-katanya meskipun ianya benar.

"Nara tak rasa sunyi ke? 10 tahun tapi tak ada anak langsung. Tak pernah rasa mengandung, tak pernah gugur tapi sampai sekarang tak ada anak lagi," kata Puan Sri Zainab.

"Tak, Nara tak rasa sunyi. Nara dengan Reza elok aje bahagia dengan rumah tangga kitaorang. Kitaorang ok tanpa masalah atau risau sebab tak ada anak."

Inara cantas kata-kata mamanya dengan selamba.

"Makin lama makin biadab cara Nara bercakap dengan papa mama ya? Reza, macam ni kamu didik isteri kamu bila bercakap dengan orang tua?"

Tan Sri Razali menyoal Reza.

"Tak, papa. Saya minta maaf atas keterlanjuran kata Inara."

"Kenapa perlu minta maaf? Tak payah minta maaf sebab apa yang Nara cakap tadi memang betul. Punca sebenar kenapa Nara tak suka balik sini adalah sebab Nara malas nak dengar papa mama sindir suami Nara. Hanya kerana Reza tak setanding dengan menantu-menantu mama papa yang lain, mama papa terus layan dia acuh tak acuh aje. Sedih hati Nara tengok layanan papa mama pada Reza."

"Apa yang papa cakap tu hanya untuk jadikan Reza lebih semangat. Takkanlah selamanya nak kekal bekerja sebagai sales representative? Gaji yang dia dapat tu pun..." Tan Sri Razali diam.

"Gaji yang dia dapat tu pun apa? Papa nak hina gaji Reza pulak sekarang ni? Yang hidup dengan Reza hari-hari selama ni adalah Inara. Nara tak pernah mengeluh atau mempersoalkan duit yang ada pada Reza. Nara ok aje... selesa aje dengan duit yang dia kasi pada Nara setiap bulan. Kenapa orang lain pulak yang rasa susah?"

Inara memandang setiap wajah ahli keluarganya.

"10 tahun kitaorang kahwin tapi papa dengan mama tak habis-habis cakap pasal harta, pasal anak. Papa mama ingat kitaorang ni tak berusaha ke? Papa mama ingat kitaorang ni free memanjang sebab kitaorang tak ada anak? Kitaorang pun ada life kitaorang juga. Ramai aje suami isteri yang tak ada anak tapi sibuk dengan kerja, lebih fokus pada rumah tangga... tak ada anak pun kitaorang masih boleh bahagia."

"Lagi satu... bukan hak kitaorang nak mempersoalkan takdir atau ketentuan tuhan. Kalau tuhan kata kitaorang tak ada rezeki untuk timang anak walaupun kitaorang sihat walafiat... mama papa nak suruh kitaorang buat apa? Percaya benda-benda karut? Langgar hukum agama semata-mata nak puaskan hati orang lain."

"Tak adalah sampai macam tu sekali," kata Puan Sri Zainab.

"Dah tu terima aje apa yang ada sekarang ni. Nara dengan Reza nak anak... nak sangat-sangat tapi kitaorang belum ada rezeki. Tolonglah faham benda tu. Susah sangat ke nak biar Nara buat keputusan sendiri? I'm 32 years old. Not 12 or 22 anymore, so let me decide my own ways."

Kemudian Inara mengajak Reza pulang. Mereka berdua bersalaman dengan Tan Sri Razali dan Puan Sri Zainab sebelum beransur pulang.

"Twins, Mommy Ra and Ayah Reza are going back home now. Happy birthday once again and enjoy your presents!"

"Bye, Mommy Ra! Bye, Ayah Reza!"

Inara dan Reza tersenyum melambai tangan pada si kembar sebelum masuk ke dalam kereta dan beredar dari rumah agam Tan Sri Razali.

"Kan Khai dan Dian dah pesan... jangan cakap pasal tadi pada Nara. Kenapa papa mama masih lagi nak mempersoalkan semua yang Nara buat? Sebagai abang dan kakak... kitaorang tengok Nara tu bahagia aje dengan Reza. Apa masalahnya lagi?" tanya Khai.

"Bahagia saja tak cukup, Khai. Papa mama nak tengok selama mana Nara boleh dabik dada dengan papa mama. Papa tak yakin dengan Reza dan dia masih tak layak untuk keluarga ni."

"Tapi yang penting kebahagiaan Inara. Dah 10 tahun diorang kahwin, Inara tak pernah burukkan suami dia. Dian rasa Inara memang betul-betul bahagia. Tak payahlah kita ragu-ragu lagi," ujar Dian pula.

"Kau orang senang cakap sebab kau orang memang mudah mengalah dengan dia. Apa saja yang dia nak... semuanya kau orang turutkan. Haih... tak fahamlah dengan perangai anak-anak ni."

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now