"SKIZOFRENIA? Sejak bila dia disahkan ada skizo? Apa puncanya doktor?" tanya Inara saat membuat panggilan video bersama dengan Dr. Adra Mikayla, iaitu doktor pakar psikiatri yang pernah merawat Nadim semasa dia berada di Malaysia dahulu.
"Kalau ikut rekod Encik Nadim sudah disahkan ada skizofrenia sejak dari remaja lagi. Ini semua berpunca daripada trauma zaman kanak-kanak yang dia lalui," ujar Dr. Adra.
"Maksudnya?"
"Sewaktu Encik Nadim membuat rawatan dengan saya, dia ada bercerita tentang zaman kanak-kanak dan masalah hubungan dengan arwah ayahnya. Dia pernah bercerita dengan saya yang dia selalu kena dera dengan arwah ayah dia dari remeja sampai habis zaman belajar diploma."
"Allahuakbar! Dia tak pernah pun cerita semua ni dengan saya."
"Akibat selalu didera oleh arwah ayahnya... dia trauma hingga dia mencipta halusinasi yang seperti Amri. Saya yakin Puan Inara pernah dengar Encik Nadim menyebut nama Amri kan?"
Inara menggangguk.
"Ok, Amri adalah halusinasi ciptaan Encik Nadim. Amri digambarkan adalah seorang lelaki yang sebaya dengan Encik Nadim, berpakaian kasual dan sering menjadi teman tatkala Encik Nadim sedang berasa sunyi dan sedang berasa marah. Amri sentiasa menggalakkan Encik Nadim leka dengan amarahnya dan sering mempersoalkan setiap tindakan yang Encik Nadim lakukan."
"Jadi, yang selama ni saya dengar dia menjerit dalam bilik seorang diri sampai berselerak semua benda tu sebab dia bergaduh dengan Amri ke?"
Dr. Adra mengangguk.
"Allah, habis tu Amri ni jahat atau baik? Sejauh mana Nadim akan dimanipulasi oleh dia?"
"Amri boleh mempengaruhi fikiran Encik Nadim mengikut keadaan. Pengaruh Amri terhadap Encik Nadim pun mengikut emosi yang Encik Nadim rasa. Dalam hal ni antara Puan Inara dengan Encik Nadim... pernah tak Encik Nadim buat something yang pelik seolah-olah sedang mengikuti arahan seseorang?"
"Ada. Dulu sebelum kahwin saya pernah masuk hospital dan Nadim layan saya dengan baik sangat sedangkan sebelum tu dia sangat ego dan suka memaksa. Sejak kitaorang kahwin sekarang ni, perangai dia tak menentu. Kejap ok... kejap tak."
"Yang buat saya takut adalah bila saya dapat tahu dia ada obsesi terhadap saya. Dia ada simpan banyak gambar saya sebelum saya kenal dengan dia. Saya tak selesa dia obsesi dengan saya macam ni walaupun dia suami saya, doktor."
"Saya faham tapi hampir setahun Encik Nadim tak datang hospital untuk buat rawatan. Saya sendiri tak tahu apa perkembangan dia sampailah puan sendiri yang hubungi saya. Bila dia tak buat rawatan, saya pasti ubat pun dia dah tak makan."
"Boleh ke puan pujuk suami puan untuk kembali ke sini dan sambung balik rawatan psikiatri?"
Inara mengeluh.
"Dia takkan nak balik ke Malaysia semata-mata untuk buat rawatan semula. Saya tahu dia lebih suka tinggal di sini."
"Kalau macam tu, puan boleh aje pujuk dia untuk mulakan rawatan psikiatri di sana. Nanti saya akan emelkan surat rujukan tentang penyakit skizofrenia yang Encik Nadim hadapi ini untuk diberikan kepada doktor di sana. Kita masih boleh ikhtiar, puan."
Inara mengangguk bersetuju. Dia mahu Nadim kembali mendapatkan rawatan psikiatri di Itali.
Nadim layak dibantu.
Nadim harus dibantu.
"Saya nak bantu suami saya, doktor. Saya akan buat semuanya yang mampu asalkan suami saya sembuh."
"Baik, Puan Inara. Nanti saya akan emelkan surat rujukan tu pada puan. Saya doakan Encik Nadim terbuka hati untuk mendapatkan rawatan pskiatrik semula. Ingat, Encik Nadim bukan gila. Dia cuma terperangkap dalam tekanan emosi dan trauma saja. Dia masih ada peluang tinggi untuk sembuh."
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romansa[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...