BERITA gembira yang Reza terima sewaktu bekerja di pejabat tadi membuatkan dia tidak sabar untuk berkongsi dengan Inara. Habis saja waktu kerja, dia dan Inara bertemu di sebuah restoran kegemaran mereka berdua untuk makan malam bersama.
Inara pula berasa hairan melihat wajah teruja Reza. Dia memegang tangan Reza.
"Happy sangat nampaknya ni. Apa cerita?"
Reza tersenyum lebar kemudian memberikan Inara sepucuk surat yang dia terima di pejabat sebentar tadi.
Inara membuka surat itu dan membaca isi dalamnya. Tak lama kemudian, Inara memandang wajah Reza dengan reaksi tidak percaya.
"Abang ditugaskan untuk menjadi pengurus kewangan di syarikat cawangan Singapura selama tiga bulan?"
"Ya, dan abang akan pergi sana pagi lusa," kata Reza lagi dengan senyuman teruja.
Inara diam sambil memandang Reza. Reza pula mengeluh hairan.
"Kenapa sayang macam tak suka aje abang dapat tawaran tu? Sayang malu ke?"
"Eh, bukan! Bukan macam tu... Nara happy. Nara happy abang dapat tawaran kerja kat Singapore tu tapi tiga bulan tu lama sangat untuk Nara. Takkanlah abang nak balik SG-KL setiap minggu pulak semata-mata demi Nara. Hmm... Nara akan rindu abang."
"Sayang, tiga bulan tu tak lama pun. Abang duduk Singapore tu tiga bulan aje lepas tu abang akan balik sini semula untuk ada dengan sayang. Sayang tahu kan abang buat semua ni sebab gaji yang lebih besar. Semuanya untuk sayang juga," katanya dengan nada memujuk.
"Tapi abang... Nara tak kisah gaji abang kecil atau besar. Nara tetap sayang abang seadanya diri abang. I don't need your money to make me happy. I just need yourself to make me happy."
"Tapi memberi nafkah pada sayang adalah tanggungjawab abang termasuk dengan memenuhi segala keperluan sayang sebagai seorang isteri."
"Abang dah jalankan tanggungjawab abang dengan sempurna tau. Setiap bulan abang beri Nara RM1100 sebagai nafkah, abang bahagiakan Nara, abang manjakan Nara dan abang utamakan Nara dalam segala hal. Cukuplah tu. Nara dah bahagia dengan apa yang ada. Nara bukannya nak abang layan Nara dengan mewah macam anak raja."
"Kehidupan sayang dah tak semewah dulu bila berkahwin dengan abang. Papa pernah cakap dengan abang yang papa kasi RM5000 duit elaun belanja setiap bulan pada sayang sampailah sayang nak kahwin dengan abang. Jadinya, abang rasa..."
"Abang rasa abang gagal jadi suami Nara sebab abang tak mampu macam papa setiap kali berkaitan dengan duit? Ok, ya Nara mengaku... papa tunaikan segalanya yang Nara nak. Dari kecil sampai dewasa papa tak pernah membantah apa saja kehendak Nara termasuklah berapa saja amaun duit yang Nara nak minta daripada dia. Tapi bila Nara dah kahwin dengan abang, Nara tahu abang bukannya papa. Tak apa, Nara tetap sayang abang."
"Abang tak patut bandingkan diri abang sebagai suami dengan papa sebagai ayah. Nara tak pernah merungut... tak menyesal bila abang tak dapat tunaikan kehendak Nara macam yang papa selalu buat. Nara sayang abang sebab diri abang tau. Janganlah fikir yang bukan-bukan."
Kemudian Inara memandang kembali surat tawaran itu.
"Tak apalah, abang terimalah tawaran ni. Nara tak kisah dan Nara happy. Yang penting abang kekal berusaha dan tetap sayang Nara."
"Hei... mestilah abang akan tetap sayang Nara. Inara Ameena adalah segala-galanya untuk Shahreza Hidayat."
Inara tersenyum gembira.
"Ok, lepas ni kita pergi shopping baju baru untuk abang bawa pergi sana. Nara akan belanja termasuk dengan few suits and tuxedo."
"Eh, tak payahlah. Dalam almari kat rumah tu dah banyak baju kerja dah."
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
عاطفية[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...