Bab 40

923 55 1
                                    

AYAM masak lemak cili padi yang telah siap dimasak oleh Inara untuk mereka berdua makan malam sudah cukup membuatkan Inara jadi kecur air liur. Dia telah mencedokkan dua pinggan nasi untuk dirinya dan Nadim. Air bandung cincau juga ada di atas meja sebagai minuman.

"Nadim, jom makan," ajaknya.

Nadim bangun dari sofa lantas duduk di meja makan. Dia hairan dengan semua masakan Inara.

"Apa ni? Kenapa ayam ni warna kuning?"

"Allah, lauk ayam masak lemak cili padi pun you tak kenal ke? Ayam ni kuning sebab campuran kunyit dengan santan. Dah, makan."

Nadim menggeleng dan itu membuatkan Inara jadi geram.

"Jangan mengada fikir nak makan makanan lain. I dah penat-penat masak so you kena habiskan. You tu orang Melayu dan orang Melayu memang makan makanan macam ni. Tak payah nak acah mat saleh wannabe sangat."

"Ok tapi mana sudu garpu?" soal Nadim.

"Tak ada sudu garpu. Mulai sekarang, I nak you makan makanan Melayu guna tangan."

"Apa ni? Tak nak," rungut Nadim.

"Nadim Amzar," panggil Inara dengan serius.

"Ok! I makan makanan Melayu guna tangan. I akan kurangkan makanan Western dan belajar makan makanan Melayu selalu."

Inara tersenyum puas. "Good," katanya.

Kemudian Inara sambung memanggil nama Nadim dan Nadim mengeluh.

"Nadim,"

"Nadim lagi. Baby, boleh tak panggil I dengan nama lain? Nadim aje tak best,"

"But Nadim is your name kan?"

Nadim mencebik dan itu membuatkan Inara tersenyum kecil.

"Yeah, ok... you nak I panggil you apa?"

"Sayang. I panggil you baby, you panggil I sayang," jawab Nadim.

"Hish... tak nak. Cringe!"

"Eh, apa yang cringe? Ok apa panggil sayang? I kan suami you dan semua suami isteri panggil each other sayang."

"I tak pernah panggil orang lain sayang kecuali anak-anak buah I tau. Dulu masa I kahwin dengan Reza pun I panggil dia abang."

"Hah, abang lagi cringe. Ini bukan zaman 70an. Tak ada, I nak you panggil I sayang juga."

"Eh, main paksa-paksa orang pulak! Tak nak, I nak panggil you Nadim juga."

Akhirnya, Nadim pasrah jua. Dia tahu dia tidak akan menang apabila berlawan kata dengan Inara.

"Sayang," sebut Inara.

Dan itu membuatkan Nadim tersenyum lebar.

"Lagi? Cuba sebut lagi sekali," pintanya.

Inara menjulingkan matanya ke atas.

"Sayang..." ulang dia lagi.

"Yay! I love you, baby!" sorak Nadim.

"Iya... jangan menjerit. Malu kat orang dengar nanti. Makan nasi tu sampai habis lepas tu tolong I basuh pinggan."

Nadim mengangguk.

~~~

USAI makan malam, Inara masuk ke dalam bilik tidur untuk mandi dan bersiap sedia untuk lena manakala Nadim di dalam bilik pejabatnya membuat kerja. Sedang Inara duduk baring di atas katil, tiba-tiba dia menerima satu panggilan telefon daripada Reza.

Terkejut juga Inara menerima panggilan telefon daripada Reza selepas tiga bulan lelaki itu mengendahkan panggilannya daripadanya.

"Helo, Reza," katanya usai menjawab panggilan itu.

"Betul ke awak dah kahwin dengan Nadim?" soal Reza.

Inara diam mengeluh untuk beberapa saat.

"Kenapa awak sibuk nak tahu? Bukan ke awak juga yang kata yang awak dah tak nak ambil kisah apa-apa pasal saya? Kenapa sekarang cakap lain pulak?"

"Saya dah tahu kebenarannya sekarang. Nadim sendiri yang mengaku. Saya... saya dah silap menilai awak, Nara."

"Oh, baguslah. Maknanya awak dah tak payah serabut kepala fikir pasal saya lagi. Awak pun dah tak payah susah nak benci saya lagi," kata Inara.

"Kenapa awak masih nak kahwin dengan lelaki yang dah musnahkan rumah tangga kita, Nara? Nadim adalah punca kita bercerai."

"Tak, awak dah silap," balas Inara.

"Nadim memang ganggu rumah tangga kita tapi dia tak musnahkan rumah tangga kita. Yang musnahkan rumah tangga kita adalah sifat cemburu buta dan panas baran awak sendiri. Awak mudah melatah bila dengar perkara yang tak betul. Awak tak ada kepercayaan pada saya sebagai isteri awak masa tu."

"Tapi Nadim yang fitnah awak," ujar Reza.

"Ya, Nadim fitnah saya dan awak lebih percayakan fitnah tu daripada mendengar penjelasan saya sedangkan masa tu saya beria jelaskan semuanya pada awak."

Reza diam.

"Awak nak tahu kenapa saya setuju kahwin dengan Nadim walaupun dia punca kita bercerai? Sebab saya terlalu kecewa dengan awak. Dulu, masa saya beria nak jelaskan semuanya pada awak, sikit pun awak tak nak dengar. Masa saya terhegeh-hegeh nak berbaik dengan awak, awak hina saya. Sekarang ni bila awak dah tahu cerita sebenar, baru awak menyesal? Hahaha... dah terlambatlah, Shahreza Hidayat. Penyesalan awak tak ada makna untuk saya."

"Daripada saya menunggu lelaki yang dah hina saya sehina-hinanya lebih baik saya bersama dengan lelaki yang sanggup buat apa saja untuk saya. Nadim memang salah tapi sekurang-kurangnya dia sentiasa ada untuk saya walaupun saya tak sayang dia."

"Nara, saya minta maaf."

"Reza, kata maaf awak dah tak ada nilai di mata saya. Sama juga dengan nilai cinta saya di mata awak kan? So, why seek for forgiveness? You never wrong with your action."

Sindiran itu ringkas saja tapi cukup pedih buat Reza.

"Reza, saya tak nak ada dendam dengan awak. Saya cuma harap awak dah tak cari saya lagi. Saya tak nak ingat masa lalu. Saya nak move on," ujar Inara.

"Kalau saya dapat undur masa, saya akan percaya awak dan akan buat apa saja untuk mempertahankan rumah tangga kita, sayang."

Keadaan jeda seketika. Inara diam dan lantas menahan air mata yang sudah berkaca.

"Tapi malangnya awak tak akan boleh undurkan masa, Reza."

Lalu, panggilan dimatikan.

Inara menangis ke atas katil dan tangisan itu dapat didengari oleh Nadim.

"Baby, kenapa ni?" soal Nadim yang pantas masuk ke dalam bilik tidur lantas mendapatkan Inara.

Nadim memeluk Inara yang masih menangis.

"Kenapa menangis ni, baby? You cakap telefon dengan siapa tadi? Kenapa sampai menangis macam ni?"

Tiada jawapan diberikan oleh Inara namun Nadim tahu apa yang sudah berlaku. Dia dengar panggilan telefon antara Inara dan Reza tadi.

"Ok, tak apa. Jom, kita tidur."

Nadim membuka selimut dan Inara pun baring bersama tangisan yang tersisa. Akhirnya, Nadim kekal menemani Inara sehingga ke pagi hari.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now