Bab 47

741 49 4
                                    

SELEPAS berjaya memujuk sang suami pada awal pagi tadi, akhirnya Inara boleh tinggal di dalam rumah itu dengan tenang kerana Nadim sudah berangkat ke tempat kerja. Setelah seminggu mereka berkepit berdua seperti belangkas, akhirnya Nadim mahu juga mula kembali bekerja di pejabatnya.

"Signora, do you want to have some desserts?" tanya Cef Nasir pada Inara yang duduk di laman belakang rumah.

"What kind of desserts do you have, chef?"

"Macarons and cheesecake."

"Oh, macarons? I want the macarons."

"Sure, signora. Later, I will bring the macarons together with hot green tea."

Inara mengangguk sambil tersenyum.

Beberapa minit kemudian, seorang pembantu rumah datang menghampiri Inara bersama satu dulang yang berisi sepinggan macarons dan secawan teh hijau namun saat dia mahu menghidangkan air teh hijau itu... dia tersalah pegang lantas air teh hijau tersebut tumpah hingga terkena baju Inara.

"Astaghfirullahalazim!" istighfar Inara kerana terkejut lantas berdiri.

"Mi dispiace, signora! Mi dispiace!" kata pembantu rumah yang sudah kalut dan takut.

(Saya minta maaf, puan. Saya minta maaf)

"Va bene," jawab Inara yang mengambil sapu tangan yang dia ada kemudian mengelap bajunya sendiri.

(Tak apa)

Cef Nasir dan dua orang pembantu rumah yang lain datang untuk melihat apa yang sudah berlaku.

"Allah, cosa hai fatto!? Dopo aver versato quest'acqua di tè verde sulla maglietta della signora Inara."

(Ya Allah, apa yang kamu dah buat ni!? Habis tumpah air teh hijau ni pada baju Puan Inara)

Cef Nasir memarahi pembantu rumah itu.

"Va tutto bene, chef. Solo un po' di questo. Per fortuna il tè non era molto caldo," kata Inara.

(Tak apa, cef. Sikit aje ni. Nasib baik air teh tu tak panas sangat)

"Se Signore Nadim lo sa, verremo sgridati. Mi dispiace, signora."

(Kalau Tuan Nadim tahu, kami yang akan dimarahi. Saya minta maaf, puan)

Inara menggeleng.

"Don't worry, I will not tell him. It's just a silly mistake. Hmm... take all this back to the kitchen. Later, I will eat all this again."

Dia memegang bahu pembantu rumah itu kemudian tersenyum.

"Non preoccuparti. Non sono arrabbiato con te perché so che non lo dicevi sul serio," katanya.

(Jangan risau. Saya tak marah awak sebab saya tahu awak tak sengaja)

Pembantu rumah itu tersenyum menunduk pada Inara. Inara pun berlalu pergi.

~~~

APABILA Inara sudah menukar baju yang bersih, dia ingin turun ke dapur untuk kembali menikmati pencuci mulut dan minuman yang Cef Nasir sediakan.

Saat dia mahu menuruni tangga, dia terpandang akan bilik tidur Nadim. Terdetik hatinya untuk melihat bilik tidur itu kerana sejak dia datang ke sini, belum pernah lagi dia masuk ke dalam bilik tidur Nadim itu.

Inara berjalan menuju ke arah bilik tidur itu dan memulas tombol pintu. Tombol pintu itu tak berkunci dan Inara pantas membuka pintu itu dengan lebih luas supaya dia dapat masuk ke dalam.

Usai masuk, Inara kagum dengan hiasan dalaman bilik tidur itu. Bilik tidur itu sama luas dengan bilik tidurnya malah keadaan bilik pun kelihatan kemas dan teratur.

Pandai Nadim mengemas bilik.

Inara berjalan-jalan di sekitar bilik tidur itu sehinggalah dia tersentuh satu dinding yang merupakan pintu tersembunyi untuk sebuah bilik rahsia yang kecil di dalamnya.

Inara terus masuk ke dalam bilik rahsia itu dan terkejut besar apabila dia melihat di seluruh dinding dalam bilik rahsia itu dipenuhi dengan gambar-gambar dirinya sendiri.

Ada gambar semasa dia sedang bergembira dengan Reza.

Ada gambar semasa dia sedang menari sambil memasak di dapur.

Yang paling mengejutkan, ada gambar dirinya sedang menukar pakaian di ruang persalinan di dalam rumah agamnya dahulu.

Inara terkejut dan dia terus membuka komputer yang ada di atas meja itu lantas membuka fail dokumen yang ada. Fail dokumen itu berkunci kata laluan namun dia yakin kata laluannya adalah tarikh lahir dirinya sendiri.

Apabila dia menaip tarikh lahirnya sendiri, fail dokumen itu berjaya dibuka. Inara melihat semua gambar dan video yang ada di dalam fail dokumen itu dengan reaksi terkejut.

Rupanya Nadim ada merekod dan menyimpan seluruh gambar dan video peribadi mengenai dirinya sendiri. Malah video saat dia sedang bersama dengan Reza di atas katil pun Nadim ada simpan.

Sungguh jijik Inara rasakan sekarang ini. Dia tergamam melihat semua itu hingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Baby..." ujar Nadim yang berada di belakang Inara.

Inara menoleh dan dia jadi marah.

"Apa semua ni, Nadim Amzar!"

Nadim diam kerana lidahnya kelu.

"So, selama ni you memang ada pasang spy camera dalam rumah I... dalam bilik tidur I! Sanggup you ya? Sanggup you intip semua yang I buat dalam rumah I sendiri sampai sanggup rekod setiap inci tubuh badan I!"

"Answer me, Nadim!" kata Inara.

"Masa tu I terlalu obses dengan you. I terlalu ikutkan nafsu dan I nak dapatkan you sebab I tergoda dengan tubuh badan you."

"I cemburu bila tengok Reza boleh dapat perempuan cantik macam you sebagai isteri. Jadi, pada hari I minta Reza hantarkan I ke lapangan terbang tu... I masuk ke dalam bilik tidur you dan pasang spy camera di dalam bilik pakaian dan rak buku you supaya I boleh tahu apa yang you buat setiap hari."

"And yes... I saw everything including your naked body and... when you make out with Reza on that day."

Inara tergamam tidak percaya. Dia tidak sangka Nadim rupanya seorang lelaki yang gila seks terhadap dirinya sebelum mereka berkahwin.

Inara berdiri di hadapan Nadim lantas menampar wajahnya sekuat hati.

"Menyesal aku kahwin dengan lelaki jijik macam kau, Nadim Amzar!"

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now