ENTAH apa perasaan yang sepatutnya dia rasakan sekarang ini tatkala mendengar keputusan daripada doktor yang mengatakan dirinya sedang mengandung dua minggu. Inara jadi diam keliru dan buntu dengan keadaan sekarang.
Dia melihat alat ujian kehamilan itu dengan reaksi yang kosong. Ya, setelah 10 tahun menunggu akhirnya tuhan mengurniakan cahaya mata kepadanya hasil perkahwinannya bersama Nadim dan Inara tahu dia patut rasa bersyukur yang teramat sangat dengan pemberian ini namun sebaliknya dia buntu.
Dengan keadaan hubungan suami isteri antara mereka yang masih keruh dan kian renggang ini, dia jadi buntu.
Sedang Inara tekun memandang alat ujian kehamilan itu, susuk tubuh Nadim masuk ke ruang tamu dan memandang wajahnya.
"It's that pregnancy test?" soal Nadim.
Inara tidak menjawab. Dia turut membiarkan saja Nadim mengambil alat ujian kehamilan itu daripada tangannya.
Usai melihat, Nadim tergamam. Dia memandang wajah Inara dengan senyuman.
"Are you pregnant? How do you know?" soalnya.
"Yes, it's been two weeks of pregnancy now and I just knew it from doctor. Maid telefon doktor suruh datang rumah sebab I kerap muntah daripada pagi tadi. Turns out... I'm pregnant."
Nadim tersenyum lebar kemudian terus memeluk Inara dengan erat sambil menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya.
"Thank you, baby! It's a good news for us! We're gonna be parents!"
Inara diam mengangguk namun itu membuatkan Nadim hairan. Kenapa isterinya macam tak suka nak ada anak?
"Kenapa muka you macam tak happy aje? Kita akan dapat anak dan selepas 10 tahun akhirnya you mengandung. You tak suka ke?"
"Of course I suka. Inilah saat yang paling I tunggu sejak 10 tahun dulu tapi I juga takut. Takut dengan keadaan hubungan kita sebagai suami isteri sekarang ni. I tak rasa ini adalah masa yang terbaik untuk bercakap soal anak."
"Kenapa pulak?"
"Look at you and look at us. Kita tak boleh jadi parents yang baik untuk anak kita kalau you masih macam ni."
"Oh god! You masih lagi nak cakap pasal benda ni ke? Baby, I tak gila! I masih waras dan I masih kenal baik buruk sesuatu perkara. Kenapa you nak curiga dengan I? Oh, sebab I ada fetish dengan you? Sebab semua gambar video tu?"
"Yes! Semuanya sebab itu! Nadim, I tak nak ada suami yang tak senonoh macam tu apatah lagi nak dijadikan ayah kepada anak-anak I. You ada masalah, Nadim. You kena pergi jumpa doktor untuk selesaikan masalah tu."
"I'm not crazy! I'm fine... totally fine!" jerit Nadim yang hilang sabar.
Dia marah dengan Inara yang memaksanya untuk berjumpa dengan doktor.
"Yang you sibuk-sibuk suruh I jumpa doktor dah kenapa? I tak gila. You boleh faham tak? I... tak... gila!"
"I tak cakap pun you gila, Nadim! I suruh you jumpa doktor untuk cari penyelesaian masalah fetish dengan obsesi you ni. It's not right be in this way! I tak suka dan I tak selesa dengan diri you yang macam ni!"
"Eh, kau dengan Amri sama aje! Dua-dua tak habis-habis nak serabutkan kepala otak aku dengan semua ni. Bila aku cakap aku tak gila... aku tak gilalah!"
Amarah Nadim kian memuncak.
"Siapa Amri?" soal Inara.
Nadim terdiam.
Inara terus menyoal.
"Nadim, siapa Amri? You tak pernah beritahu I apa-apa pun pasal Amri. Siapa Amri?"
"Amri tu kawan I. You tak kenal dia pun," jawab Nadim.
Inara menggeleng.
"You tak pernah ada kawan lain selain daripada Reza. Dalam hidup you, you cuma pernah berkawan dengan Reza saja. I tahu sebab Reza pernah cakap dan you pun pernah cakap benda yang sama."
"Nadim, jawab soalan I. Siapa Amri?" tanya Inara sekali lagi.
Namun Nadim terus melarikan diri mengelak daripada menjawab soalan.
"Nadim Amzar, siapa Amri? You better tell me before I know it myself."
"Shut up!" kata Nadim.
Inara tidak puas hati dengan balasan Nadim.
"Ok, fine! I will find out who is he and you wait for the consequences. Jangan paksa I buat benda yang you tak suka pada you."
Nadim hanya buat tak tahu dan tidak peduli usai saja Inara kata begitu.
~~~
Keesokkan harinya...
APABILA Nadim sudah berangkat ke tempat kerjanya pada pagi hari, Inara terus menggeledah seluruh penjuru dan ruang bilik tidur suaminya itu.
Dia mahu mencari bukti dan jawapan kerana dia yakin Nadim mempunyai masalah kesihatan mental melalui firasatnya sebagai seorang isteri. Jika benar apa yang dia sangkakan maka dia harus berbuat sesuatu demi masa depan perkahwinan mereka dan anak yang bakal lahir ini.
Inara membuka seluruh laci rak dan almari untuk mencari apa-apa yang boleh merujuk kepada persoalan dirinya.
Puas dia mencari akhirnya dia menemui sekeping kad perniagaan yang tertera nama seorang doktor pakar psikiatri untuk sebuah hospital di Malaysia.
Inara terus mengambil kad perniagaan itu lantas bawa masuk ke dalam bilik tidurnya. Kemudian, dia menelefon nombor yang tertera pada kad itu.
Jika benar Nadim ada masalah kesihatan mental sehingga perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan pakar psikiatri, dia harus membantu suaminya.
Inara tidak mahu Nadim terus-terusan hidup di dalam dunia ciptaan ilusinya sendiri dan tenggelam dalam sebuah obsesi yang tidak dapat dikawal.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...