PAGI hari pula terbit menjelma dan itu membuatkan Nadim Amzar terjaga dari lena bersama Inara Ameena. Sinaran cahaya matahari yang terkena pada wajahnya membuatkan dia terjaga. Dalam masa yang sama, Inara masih lagi lena sambil memeluk lengan Nadim.
Oleh itu Nadim tersenyum sendiri kemudian mencium pipi Inara.
"I will always love you, baby," ujarnya.
Seraya dia bangun lalu terus menuju ke arah bilik tidurnya untuk mengambil tuala dan pakaian kerjanya lalu kembali ke bilik tidur Inara. Dia ingin bersiap di dalam bilik tidur Inara agar wanita itu dapat melihat wajahnya terlebih dahulu usai bangun pagi.
Hendak mandi pun biar di dalam bilik air Inara.
15 minit kemudian, Nadim keluar dari bilik air dengan tuala yang diikat di bahagian pinggang. Dia duduk di hujung katil sambil memandang wajah Inara yang masih lena diulit mimpi.
"Hei... penat sangat nampaknya ni! Dari tadi belum bangun tidur lagi isteri aku ni."
Nadim tersenyum. Lalu, dia terdengar telefon pintar milik Inara berbunyi notifikasi. Dia mengambil telefon itu dan melihat siapa yang menghantar pesanan tersebut.
Rupa-rupanya Reza yang menghantar notifikasi tersebut.
6 unread messages from Shahreza Hidayat...
Namun Nadim mencari permulaan mesej WhatsApp antara mereka sebelum membaca enam pesanan yang terbaru oleh Reza.
Nara tak boleh buat abang macam ni! Abang dah menyesal sebab lepaskan Nara. - Shahreza Hidayat
Menyesal? Kenapa baru sekarang nak menyesal? Dulu masa saya masih terhegeh-hegeh jelaskan semuanya pada awak dalam tempoh iddah, sikit pun awak tak kisah. Awak tak nak langsung dengar apa-apa yang keluar dari mulut saya. - Inara
Ya, abang tahu dan abang minta maaf pasal tu. Sekarang bila abang dah tahu kebenarannya, abang nak betulkan semula keadaan kita. Abang nak isteri kesayangan abang balik. - Shahreza Hidayat
Wah! Mudahnya awak cakap? Eh, sekarang saya dah jadi isteri orang lain tau. Awak tak boleh cakap macam ni dengan saya. Tolong faham! - Inara
Lagi satu... tak payah bahasakan diri tu 'abang' lagilah. Saya takkan panggil awak dengan panggilan tu lagi sebab awak bukan lagi suami saya. - Inara
Hanya semata-mata kerana Nadim... Nara boleh layan abang macam ni ya? Nadim tulah punca kita jadi macam sekarang ni. Nara sedar tak!? - Shahreza Hidayat
Eh, jangan berani salahkan Nadim untuk tutup salah sendiri ya! Awak tu yang bersalah. Awak dah lupa ke apa yang awak dah buat pada tubuh badan saya? Tak cukup awak pukul saya, awak lafazkan talak pada saya dengan selamba aje. Jangan lupa pasal tu, Shahreza Hidayat! - Inara.
Ok, pasal tu abang betul-betul minta maaf! Abang terlalu marah sampai tergamak pukul Nara sampai macam tu sekali. Abang mengaku abang salah tapi abang betul-betul dah menyesal. Abang janji yang abang takkan pukul Nara lagi - Shahreza Hidayat
Bila sekali dah pernah naik tangan pada isteri, sudah tentu akan ada dua tiga kali sehingga jadi kebiasaan. Saya tak percaya pada lelaki panas baran apatah lagi selepas dia dah pernah pukul saya. Selama saya hidup dalam dunia ni, mama papa saya dan adik beradik saya pun tak pernah pukul saya tapi awak... sewenangnya boleh pukul saya. - Inara
Dalam banyak-banyak kesalahan awak terhadap saya, satu kesalahan tu aje yang saya takkan maafkan sampai saya mati. Tiada maaf bagi lelaki yang kaki pukul. - Inara
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...