Bab 48

692 48 1
                                    

"TUNGGU dulu, baby! I can explain everything!" kata Nadim sambil memegang tangan Inara untuk menghalangnya keluar daripada bilik itu.

Inara menyentak tangannya sendiri.

"Explain apa!? Tak payah explain apa-apa dah. Aku dah tahu semuanya dan aku rasa sangat jijik dengan kau sekarang ni, Nadim. Sanggup kau simpan gambar aku yang macam tu sebelum kita kahwin! Eh, kalau aku tahu ini dari mula lagi... memang aku takkan setuju ajak kau kahwinlah!"

"Jangan cakap macam tu. Apa-apa pun you tetap isteri I dan apa yang kita buat semalam tu tak salah pun."

"Ya, memang tak salah tapi kau dah tengok tubuh badan aku ni sebelum kita kahwin lagi dan itu membuatkan aku rasa jijik dengan kau!"

"I... ok, yes! Selain nak musnahkan rumah tangga you dengan Reza, I juga ada fikir untuk gunakan video dan gambar tu untuk blackmail you kalau lepas cerai dengan Reza, you masih tak nak kahwin dengan I. That's why I simpan semua tu. Tapi sekarang bila kita dah bahagia, I memang nak delete semuanya."

"Bahagia? Macam ni kau kata bahagia? Macam ni!? Nadim, kau tahu tak yang aku rasa macam aku ni perempuan murah tau. Kau dah tengok setiap inci tubuh badan aku sebelum kita kahwin dan bila kita dah kahwin, aku bodoh-bodoh aje serahkan tubuh badan aku pada kau. Murah sangat aku rasa!"

"Ok, I will delete all the videos and pictures now. I takkan tipu you lagi. Please, don't be like this. I love you."

"Huh?" soal Inara terpinga sambil tersenyum sinis.

"You love me? You love me as your wife or you love me as your whore? Oh, yes... I'm just your whore, right?"

Nadim menggeleng.

"No, baby. Jangan fikir macam tu. Come on!"

Inara menggeleng tidak mahu mendengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Nadim lagi.

"Enough! I don't want to hear anything that comes from you. Leave me alone."

"How about us?" soal Nadim.

"There's no us anymore, Nadim Amzar! I'm totally regret for being your wife. Kenapalah aku ni bangang sangat boleh bagi peluang pada lelaki jijik dan tak guna macam kau ni jadi suami aku? Betul, hidup aku ni dah sama macam keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut naga. Kau dengan Reza ni sama aje!"

"Dua-dua memperalatkan aku macam patung yang tak ada perasaan. Boleh tipu sesuka hati, boleh pukul sesuka hati. Bodohnya kau ni, Inara Ameena. Bodoh!"

"Jangan samakan I dengan Reza!" pekik Nadim secara serius.

Inara terdiam sedetik namun dia tetap mahu mencabar ego Nadim.

Wajah Nadim yang kian serius sedikit pun tidak menakutkan dirinya.

"Jangan samakan I dengan bekas suami you yang loser tu! Ingat, I masih suami you. You have to respect me as your husband!"

"Respect? You tu ada respect I ke? Sebelum kahwin pun you tak pernah respect I sebagai seorang perempuan, tiba-tiba lepas kahwin baru you nak respect I sebagai isteri? Oh come on, janganlah bodohkan I lagi. Cukuplah menipu. I tak ingin nak ada suami penipu macam you ni!"

Nadim cuba menahan kesabarannya yang makin dicabar oleh Inara.

"Don't try me, Inara Ameena. Please... mind your words."

Namun Inara tetap Inara. Dia hanya bereaksi selamba.

"Listen here, Nadim Amzar. For now on, you are not my husband anymore and I don't want to have anything involved with you!"

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now