KEMELUT rumah tangga yang sudah diketahui umum ini membuatkan hidup Inara menjadi rumit. Dia sering didatangi wartawan yang mahukan jawapan serta penjelasan mengenai isu yang ditularkan angkara Nadim. Sampai mahu bekerja di pejabat sendiri pun jadi tidak selesa.
Knock! Knock!
"Bos, telefon ofis dari tadi berbunyi dan semua panggilan tu dibuat oleh para media yang nakkan jawapan daripada you. Kalau macam ni, boleh meletup telefon tu," rungut Kelly.
Dia masuk ke dalam pejabat Inara dengan wajah yang mengeluh.
Inara memerhati ke arah perkarangan bangunan IA Holdings dan dia ternampak dua buah kereta wartawan sedang berada di tempat letak kereta bangunannya dan Inara terus menggeleng.
"Tak habis-habis lagi dengan isu ni," dia turut mengeluh sama.
"Apa yang dah jadi sebenarnya ni bos? I ingatkan you dengan Encik Reza bahagia sampai bila-bila tapi tahu-tahu kau orang berdua dah bercerai. Lepas tu keluar pulak cerita you curang dengan lelaki lain sampai kecoh macam ni sekali."
"I tak pernah curang dengan lelaki lain, Kelly."
"Kalau you tak salah, please come clean. Bila hal peribadi you jadi isu utama macam sekarang ni, bisnes you ni boleh terkesan juga. You need to think about the business and clients too."
"I need time to think. Get out."
"Tapi bos..."
"Get out, Kelly! Jangan cakap pasal ni lagi dengan I. Pergi buat kerja dan jangan sibuk dengan personal I lagi."
"I'm just trying to help, boss."
"Help? With what? Reza bukannya suami I lagi dan dia langsung dah tak percaya pada I. There's nothing you can do, Kelly. My personal matter is not your concern."
Kelly menggeleng marah.
Ini pertama kali dia melihat Inara payah untuk bercerita dengan dirinya sedangkan selama ini, Inara pasti akan bercerita segala-galanya pada Kelly meskipun Kelly tidak berminat untuk mengambil kisah.
"You have changed, boss."
"And you need to shut the fuck up, Kelly!"
Amarah Inara terhembur pada Kelly hingga membuatkan dia terdiam. Sedih dengan perbuatan Inara, Kelly terus berlalu pergi manakala Inara masih lagi bengang dan serabut kepala dengan semuanya.
Hanya kerana satu helah Nadim Amzar, habis huru hara hidup Inara Ameena dibuatnya.
Tidak boleh fokus dengan kerja di pejabat, Inara terus beredar pergi dari situ dengan beg tangan. Dia hanya berjalan dengan laju tanpa menghiraukan beberapa orang staf yang memanggil namanya.
Sampai saja di lobi, Inara tiada jalan lain untuk ke keretanya melainkan dia berjumpa juga dengan wartawan yang berkumpul dan berada di keretanya. Dia terus diasak dengan pelbagai soalan mengenai isu rumah tangga dan kecurangan yang melibatkan dirinya, Reza dan juga Nadim.
"Inara! Inara! Boleh bagi penjelasan untuk isu kecurangan dan orang ketiga antara awak dengan Reza?" soal wartawan.
"Sorry, saya kena cepat," jawab Inara.
"Kasilah jawapan sikit, Inara. Sekurang-kurang kami semua tahu sesuatu dan awak boleh ubah keadaan tegang ni."
Inara berhenti langkah. Dia menoleh dan mikrofon mula dihulurkan di hadapan bibirnya.
"Ya, saya dan Reza sudah bercerai talak satu selepas 10 tahun kitaorang berkahwin. Apa sebabnya kitaorang bercerai, biarlah menjadi rahsia tapi di antara kami tidak ada sebarang dendam atau masalah. Itu saja jawapan yang saya boleh kasi."
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...