HARI bersilih ganti dan Inara mendapat khabar duka daripada doktor mengenai penyakit kanser darah yang Nadim hadapi. Sel kanser sudah aktif merebak sehingga ke seluruh organ utama di dalam badan Nadim dan peluang untuk sembuh makin tipis sehingga doktor sarankan untuk Inara bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Khabar itu merobek hati Inara seutuhnya.
"Dottore, faccia qualsiasi cosa! Fai tutto quello che puoi finché mio marito è di nuovo in salute! Non dirgli che non c'è speranza!" bentak Inara yang tidak mahu menerima khabar itu daripada Dr. Marcell.
(Doktor, buat apa saja! Buat apa saja yang boleh asalkan suami saya sihat semula! Jangan cakap dia dah tak ada harapan!)
"Signora, stia tranquilla. Per le condizioni attuali del signor Nadim, non può davvero fare nulla. Mi dispiace ma ho fatto tutto il possibile."
(Puan, bawa bertenang. Untuk keadaan Encik Nadim sekarang ni memang dah tak boleh nak buat apa dah. Saya minta maaf tapi saya dah buat semuanya yang saya mampu)
Jawapan Dr. Marcell itu langsung tidak dapat menenangkan hati Inara.
Inara menggeleng.
"Non! Non riesco a mantenere la calma in questa situazione. Ho un bambino piccolo e ho bisogno che mio marito cresca nostro figlio insieme."
(Tak! Saya tak boleh bertenang dalam keadaan yang macam ini. Saya ada anak kecil dan saya perlukan suami saya untuk kami besarkan anak kami bersama-sama)
"Già, mia cara! Va tutto bene, dottore. Accetto qualunque sia la decisione. So che il dottore ha fatto del suo meglio per me. Grazie," ujar Nadim yang tersenyum.
(Sudah, sayang! Tak apa, doktor. Saya terima apa saja keputusan yang ada. Saya tahu doktor dah cuba yang terbaik untuk saya. Terima kasih)
Dr. Marcell mengangguk lantas meminta diri untuk beredar dari rumah mereka. Inara pula menggeleng marah pada Nadim.
"You tak boleh putus asa macam ni, sayang. Kita... kita cari doktor lain! Kita cari doktor yang boleh merawat you sampai you sembuh."
"Baby..." panggil Nadim.
"No, sayang! Kita kena usaha lagi. You have to be healthy again. "
"Baby..."
"Kita ikthiar cara lain, sayang. I akan ikhtiar untuk you."
"Inara Ameena, stop it!" kata Nadim dengan serius hingga membuatkan Inara terdiam.
"Dah tak ada yang kita boleh buat, baby. Kita dah buat macam-macam sampai ke tahap ni tapi keadaannya tetap sama. Sudahlah... cukuplah, I sendiri dah penat, dah letih dengan semua ni. Kita kena terima apa saja keputusannya."
Inara menggeleng.
"Jangan cepat mengalah, sayang. Kita masih ada waktu."
"Ini bukan soal cepat mengalah atau tak. Tapi ini soal ketentuan takdir. You dengan I kena terima hakikat yang I memang takkan boleh sihat macam dulu. You sendiri kena terima semua ni," balas Nadim.
"Macam mana I nak terima semua ni kalau kita masih ada anak kecil bersama? You nak suruh I terima hakikat yang I dengan Danny akan kehilangan you untuk selama-lamanya? Tak boleh, sayang. I masih perlukan you sebagai suami I dan Danny masih perlukan you sebagai daddy dia."
Nadim diam menggeleng.
"There's nothing I can do with all this, baby. Come on!"
"Come on what? You--" kata-kata Inara terhenti apabila Giovanni datang mengetuk pintu bilik tidur mereka.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...