PERTEMUAN tiga penjuru dan enam mata di antara Nadim Amzar, Inara Ameena dan Shahreza Hidayat membawa satu perasaan janggal buat Inara namun penting buat Nadim. Dia mahu selesaikan semua konflik di antara mereka pada hari ini juga.
"Reza, dengan rasa rendah diri dan keikhlasan dari hati... aku nak minta maaf atas semua dosa yang dah aku buat pada perkahwinan kau dengan Inara dan pada hidup kau dulu. Sekarang, aku sedar yang aku dah dapat balasan atas penganiayaan yang aku sendiri buat pada kau."
"So, selagi aku ada masa ni... aku nak minta maaf supaya kalau aku mati nanti, aku boleh mati dengan tenang."
Reza memandang wajah Nadim.
"Kalau ikutkan rasa hati aku ni memang aku ada simpan dendam dengan kau sebab kau adalah satu-satunya kawan baik aku Nadim tapi bila aku fikir balik, aku pun ada salah dengan kau. Aku tak tahu yang arwah ayah kau selalu bandingkan aku dengan kau sampai kau rasa terpinggir."
"Jadi, aku maafkan kau dan aku pun nak minta maaf atas semua salah aku pada kau selama kita berkawan ni."
Kemudian Nadim memandang isterinya.
"Aku minta maaf sebab dah rampas Inara daripada kau. Aku tahu aku berdosa sebab dah jatuh cinta dengan isteri orang tapi sejujurnya Inara memang seorang perempuan yang baik dan seorang isteri yang taat. Aku sangat bahagia bila dia jadi isteri aku tapi aku menyesal sebab aku musnahkan kebahagiaan kau dengan dia semata-mata aku nak bina kebahagiaan aku sendiri."
"Sayang..." Inara memegang tangan Nadim.
"You tak pernah rampas I pun. I sendiri yang ajak you kahwin kan? I sendiri yang pilih you untuk jadi suami I dan I tak menyesal buat pilihan tu," katanya lagi.
Nadim tersenyum. Kemudian dia memandang wajah Reza.
"Reza, kalau aku nak buat satu permintaan terakhir... kau boleh tunaikan?"
"Apa dia?" tanya Reza.
Nadim memandang wajah Inara sambil berkata;
"Nanti kalau aku dah mati, aku nak kau kahwin balik dengan Inara dan besarkan anak kitaorang macam anak kau sendiri. Boleh?"
"Sayang!" bantah Inara yang tidak setuju.
"Sayang, apa yang you cakap ni? I dah banyak kali cakap kat you... jangan buat macam ni. Apa ni? I tak nak. I tak nak dengar semua benda mengarut ni dan I tak akan setuju dengan permintaan bodoh ni!"
"I cuma nak you selamat dan terjaga bila I dah tak ada nanti, baby. Reza seorang saja yang boleh buat semua tu pada you."
"I tak peduli! I takkan balik pada Reza apatah lagi benarkan dia untuk besarkan anak kita. I dah cakap dengan you yang I takkan kembali pada apa yang sudah berlaku kan? Apa yang susah sangat nak faham?"
Inara menghemburkan amarahnya tanpa menghiraukan Reza di situ.
"Baby..."
"Dah, cukup! Cukup dengan bercakap benda bangang macam ni. I dah tak nak dengar dan I tak akan setuju langsung. Kalau Reza perlukan seorang isteri dan anak, dia boleh cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Bukan Inara Ameena!"
Inara terus beredar pergi meninggalkan Nadim berdua saja dengan Reza.
"Maafkan aku bagi pihak Inara. Aku buat semua ni sebab aku tak nak dia hidup keseorangan lepas aku mati. Aku cuma percaya pada kau aje untuk jaga dia, Reza."
"Nadim, aku kenal sangat dengan Inara Ameena tu. Kalau hitam kata dia, hitamlah jawapannya. Dah dia tak nak, tak apalah. Jangan paksa," balas Reza.
"Aku memang kena paksa dia. Kalau aku tak paksa... dia akan sunyi. Aku sendiri percaya yang jodoh kau orang berdua masih ada. Kembalilah pada ikatan jodoh tu."
"Aku memang masih sayangkan Inara tapi aku tak boleh nak buat apa-apa kalau dah memang dia tak nak."
Nadim diam.
"Masa yang aku ada dengan dia tak lama, Reza. Aku nak dia kembali bahagia dengan cinta pertama dia dan cinta pertama dia adalah kau. Kau cubalah pujuk hati dia untuk terima kau dalam hidup dia sekali lagi."
Nadim memegang bahu Reza dengan reaksi wajah yang sungguh serius.
"Please?"
Reza diam memandang wajah Nadim. Dia tidak ada jawapan untuk itu.
~~~
WAJAHNYA yang kelat membuatkan Nadim tahu bahawa isterinya itu sedang merajuk. Lantas dia segera menyuruh Inara duduk baring di sebelahnya sebelum mahu tidur.
"Marah lagi ke?" soalnya.
"Tak adalah marah. Sakit hati aje sebab you suka cakap benda mengarut yang I tak suka."
Nadim senyum kemudian membiarkan Inara menyandarkan kepala di dadanya.
"I sayang you dari dulu, hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. You kena janji dengan I yang you akan bahagiakan diri you sendiri walaupun tanpa I di sisi. Ok?"
"Tak nak janji," jawab Inara.
Nadim mencebik. Inara tersenyum.
"Yalah... I janji. I janji akan bahagiakan diri I sendiri walaupun tanpa you di sisi dan I janji yang I akan setia untuk sayang dan cinta diri you seorang saja sampai bila-bila. No one can be my husband except you, Nadim Amzar."
"Alaa... sweetnya! I love you, baby."
Inara mencium pipi Nadim.
"I love you more, sayang."
Mereka tidur berpelukan begitu sehingga ke waktu subuh. Apabila telefon pintar Inara berbunyi tepat pada waktu solat subuh, dia terjaga lantas mematikan notifikasi itu. Dalam keadaan mamai dan masih menguap, Inara menoleh ke arah Nadim yang masih lena sambil memeluk dirinya.
Inara tersenyum kemudian mula mengejutkan suaminya untuk meleraikan pelukan itu.
"Sayang, dah waktu subuh ni. Jom kita solat dulu. Nanti lepas solat you boleh sambung peluk I balik."
Akan tetapi tiada sahutan mahupun balasan daripada Nadim.
"Sayang, bangun. Nanti terlepas waktu subuhlah," kejut Inara lagi dan kali ini dia menggocangkan sedikit badan Nadim.
Masih juga tiada respon dan itu membuatkan Inara jadi takut dan khuatir.
"Sayang, bangun sayang. Jangan buat I takut macam ni."
Inara menyentuh pergelangan tangan Nadim dan tiada denyutan nadi yang dia rasakan. Seraya itu, Inara mula menangis dan merintih nama Nadim.
"No... no! Sayang, bangun sayang! Wake up, Nadim... wake up!"
Suara tangisan Inara makin kuat kedengaran hingga seluruh isi rumah terjaga dan terus pergi ke bilik tidurnya. Apabila mereka membuka pintu, mereka lihat Inara sudah menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh badan Nadim yang tidak lagi bernyawa.
"You cannot leave me, Nadim! Please... please... please, wake up! Sayang, bangun sayang. Jangan buat I macam ni, sayang. Wake up, Nadim Amzar!"
Inara terus menangis teresak-esak di situ disaksikan oleh Reza dan seluruh pekerja Nadim termasuk Giovanni. Mereka turut bersedih melihat Nadim sudah meninggal dunia.
~ TAMAT~
Cinta dan kesetiaan adalah dua perkara yang amat bernilai dalam sesebuah kehidupan mahupun perhubungan. Janganlah mengkhianati cinta yang ikhlas kerana tidak semua manusia layak mendapat cinta yang kedua dan janganlah mengsia-siakan kesetiaan yang sudah diberikan kerana tanpa kesetiaan, cinta tidak akan pernah membahagiakan. - AINA NABILA.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...