Bab 45

847 45 4
                                    

DALAM keadaan basah kuyup kerana hujan, mereka duduk berteduh di bawah payung sebuah gerai buah-buahan. Sebaik saja mereka mengucapkan kata cinta antara satu sama lain tadi, hujan pun turun dan mereka terus mencari tempat berteduh.

Inara tersenyum sambil memegang tangan Nadim.

"Dah macam adegan filem barat dah kita ni. Bergaduh lepas tu berbaik tapi terus hujan turun," katanya sambil ketawa kecil.

"Yalah... dah kita pun kat kota barat kan? Biarlah apa pun berlaku, asalkan you ada selalu dengan I," kata Nadim pula.

"Hish... mulalah tu nak jadi sweet talker. Cringe tau."

"Eleh... cringe. Nanti kalau I dah tak jadi cringe macam ni, you rindu pulak. Tak apa, cuba biasakan. Nanti kalau I tak cakap, you boleh teringat."

"Kenapa tak nak cakap? You akan bosan ke?"

Nadim menggeleng.

"I takkan bosan kalau cakap kata-kata cinta pada you, Puan Inara Ameena. Kalau kita dapat hidup seribu tahun sekalipun, I tetap akan cakap kata-kata cinta ni pada you."

Sedang mereka bercinta di bawah payung gerai itu, akhirnya Giovanni datang bersama kereta milik Nadim.

"Signore, signora... I'm sorry for being late," ucapnya sambil menunduk.

"It's fine, Giovanni. I'm not mad at you and I believe my husband is not mad at you too. Right, sayang?"

Nadim terus berubah menjadi serius memandang Giovanni kerana tidak suka menunggu dalam keadaan basah kuyup sebegitu.

"Non è vero, tesoro?" soal Inara sekali lagi pada suaminya.

(Betul tak, sayang?)

"Si... si. Ma la prossima volta non fare tardi," pesan Nadim pada Giovanni.

(Ya... ya. Tapi lain kali jangan lambat!)

Giovanni mengangguk lantas membuka pintu kereta buat mereka berdua. Nadim mempersilakan Inara untuk masuk terlebih dahulu. Mereka terus bergerak pulang ke vila.

Sampai di vila, Inara dan Nadim masuk ke dalam bilik tidur masing-masing untuk membersihkan diri dan menukar pakaian agar tidak jatuh sakit. Cuaca di Itali sekarang ini amat sejuk dan berangin tambahan pula mereka terkena hujan hingga basah lecun jadi kemungkinan untuk demam itu ada.

Mereka berdua tidak mahu itu berlaku.

Setelah 15 minit, barulah Inara keluar bilik air dengan tubuh badan yang segar bugar. Dia duduk di balik meja solek dan menghidupkan suis pengering rambut bersama jubah mandi yang masih di badannya.

Apabila sudah sedikit kering rambutnya, Inara pun mahu meleraikan jubah mandinya itu untuk menukar kepada pakaian tidur namun tiba-tiba pintu bilik tidurnya dibuka oleh Nadim. Inara terkejut sehingga terjerit kecil manakala Nadim terus berpaling ke belakang.

"Nadim!" jerit Inara.

"Oh god! I'm sorry! I ingatkan you dah tidur. Itu sebab I tak ketuk pintu," balasnya.

Inara memandang Nadim kemudian Nadim pun menoleh kembali ke arah Inara. Mereka berdiri memandang diri masing-masing. Inara tergamam melihat badan kekar dan tegap suaminya yang tidak berbaju manakala Nadim terpukau melihat badan isterinya yang separuh seksi kerana jubah mandi yang dipakainya singkat.

"Eh, hmm... you... you nak apa masuk sini?" soal Inara malu-malu.

"Oh, I nak... I nak... I saja aje masuk sini sebab nak tengok keadaan you. I takut you demam."

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now