SELESAI saja majlis akad nikah mereka, Inara terus mengajak Nadim beredar pulang. Inara tidak mahu Nadim terlalu rapat dengan Tan Sri Razali dan Puan Sri Zainab kerana dia tahu mama dan papanya akan menggunakan latar belakang Nadim sebagai anak Datuk Wazir untuk bermegah-megah dengan kenalan mereka di dalam dunia perniagaan dan koperat ini.
"Nadim, jom balik. I dah penat," kata Inara sambil menanggalkan kasutnya dan memakai sandal.
"Hah, elok. Nara dengan Nadim balik rumah mama papa ya? Mama nak masak asam pedas untuk makan tengahari ni," kata Puan Sri Zainab.
"Tak apalah, Nara nak balik makan kat rumah sendiri aje. Nadim pun bukannya pandai makan masakan melayu."
Tanpa menunggu respon, Inara terus bersalaman dengan Tan Sri Razali dan Puan Sri Zainab kemudian terus berlalu pergi ke arah kereta bersama Nadim.
"Nara, tak baik buat mama dengan papa macam tu," kata Khai yang memberi kunci kereta pada Nadim.
"Selama ni tak pernah-pernah ajak balik makan tengahari tapi tiba-tiba hari ni mengajak pulak. Nara tahu mama dengan papa tu sengaja nak gunakan Nadim untuk kepentingan diri sendiri. You jangan layan sangat mama papa I tu, Nadim."
"Diorang tu kalau tak ada kepentingan, tak adanya nak buat baik dengan orang," kata Inara lagi.
"Nara, sampai bila nak bermusuh dengan mak ayah sendiri ni? Sudahlah, buang rasa marah tu. Itu tetap tetap mak ayah Nara dunia akhirat."
"Nara tak ada masalah dengan mama dengan papa tapi Nara rimas dengan perangai mama dan papa yang terlalu sanjungkan harta kekayaan, pangkat darjat. Sampai bila, abang? Sampai bila kita sebagai anak nak butakan mata, terima saja perangai mama papa yang macam tu? Harta, pangkat, darjat semua tu bukan boleh bawa mati pun."
"Abang tahu tapi--"
"Tengok tu! Abang ni kan dari dulu sampai sekarang bila bercakap tu asyik ada tapi aje. Ok, fine... kalau abang nak sebelahkan mama papa, tak apalah. Itu hak abang tapi jangan persoalkan kenapa Nara tak boleh ikut cara keluarga kita ni. Walaupun kita satu keluarga, pendirian kita tetap tak sama."
Inara masuk ke dalam kereta. Nadim berpandangan sesama sendiri dengan Khai.
"Itulah perangai sebenar Inara dengan mama dan papa. Aku harap kau boleh nasihatkan dia untuk kekal hormat mama dan papa walaupun hubungan mereka dah tak rapat macam dulu."
Nadim tersenyum mengangguk.
"Aku cuba," katanya.
"Baik, selamat pengantin baru."
Khai masuk ke dalam perkarangan masjid manakala Nadim masuk ke dalam kereta. Dia memandang wajah Inara yang sudah mencebik marah.
"Baby, janganlah cebik macam tu. Kita baru aje kahwin dua jam lepas. Takkanlah nak moody dah?" soal Nadim.
"Bukan moody. Penat, nak balik rehat."
"Ok, kita balik. Baby tidur aje dulu. Nanti bila dah sampai rumah, I akan kejut you."
Inara terus memejamkan mata untuk lena seketika di sebelah Nadim yang memandu. Nadim berasa sangat bahagia kerana dia sudah berjaya memiliki Inara sebagai isterinya yang sah. Dia janji pada dirinya sendiri untuk sentiasa membahagiakan Inara.
Setelah 12 minit memandu, akhirnya mereka tiba di penthouse milik Nadim. Usai meletakkan kereta di dalam tempat parkir, Nadim mematikan enjin kereta dan menoleh ke arah Inara yang masih lena di sebelahnya.
Nadim merenung wajah Inara sambil memegang tangan lembut wanita itu. Dia mencium tangan Inara dan mengelus lembut pipinya sebelum mengejutkan Inara dari lena.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...