PERKAHWINAN Inara Ameena dan Shahreza Hidayat dibubarkan dengan pengesahan talak satu. Pengesahan lafaz itu dibuat di hadapan hakim semasa pembicaraan berlangsung. Inara bersetuju untuk tidak menuntut hak harta sepencarian kerana dia yakin Reza lebih berhak ke atas semua itu.
Usai tamat pembicaraan, Inara mengejar Reza hingga ke kereta. Dia mahu bercakap dengan Reza buat kali terakhir.
"Abang, tunggu," katanya.
Reza mengeluh malas kemudian memandang wajah Inara.
"Nak apa lagi?" soalnya senada.
"Nara minta maaf."
"Minta maaf sebab berlaku curang ke minta maaf sebab dah musnahkan hidup aku?"
"Abang... for the last time I said, I'm not cheated on you! Abang aje yang tak nak percaya cakap Nara."
"Oh, sekarang ni kau nak salahkan aku pulak? Macam mana aku nak percaya kau kalau dah ada bukti depan mata, Inara? Sudahlah... tak ada apa lagi kita nak cakapkan. Sekarang ni tempoh iddah kau dah bermula dan aku tahu kita sepatutnya masih perlu tinggal sebumbung tapi bukan sebilik jadinya kejap lagi aku akan balik rumah untuk ambil barang-barang aku aje sebab aku memang tak boleh nak hadap muka kau lagi. Kalau kau nak ke mana-mana, pergilah. Aku izinkan aje. Kita belajar buat haluan masing-masing sekarang."
Inara memegang tangan Reza.
"Nara tak curang. Tolonglah percaya!"
"Lepas, Inara," arah Reza yang sudah masam wajahnya.
Inara enggan. Dia masih lagi mencuba untuk memujuk Reza. Dia masih sayangkan Reza.
"Sebelum aku malukan kau kat sini, baik kau lepaskan tangan aku sekarang. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan kau lagi!"
Reza jadi marah dan geram. Hanya perasaan benci dan marah yang terbit apabila dia memandang wajah Inara sekarang ini. Bukan lagi perasaan cinta dan sayang. Apa yang telah Inara lakukan kepadanya amat sakit hingga dia menghapuskan semua rasa kasih sayang yang selama ini hanya untuk Inara.
Kerana Inara enggan melepaskan pegangan tangannya pada Reza, Reza terus merentap tangannya hingga badan Inara sedikit ke belakang dan hampir jatuh namun sempat disambut oleh Nadim.
"Baby!" kata Nadim sambil menahan Inara dari jatuh.
"Weh, kau kenapa sampai nak kena tolak dia!?" soal Nadim pada Reza.
Reza tersenyum sinis saja.
"Oh, itu dia! Hero kesayangan sudah sampai! Hah, eloklah kau ada kat sini. Pergi bawa balik bakal isteri kau ni dan jangan biar dia tunjuk muka depan aku lagi. Aku dah muak nak tengok muka si perempuan jalang dan si jantan celaka macam kau orang ni."
Reza terus masuk ke dalam keretanya lantas meninggalkan perkarangan mahkamah syariah itu. Nadim berdiri di hadapan Inara.
"Baby, are you ok?" tanyanya sambil membelek badan Inara sekiranya ada apa-apa luka.
Inara terus menjauhkan diri daripada Nadim.
"You buat apa kat sini? Macam mana you tahu I kat sini?"
"I datang sini sebab nak teman you baliklah. Mama you yang beritahu I, you kat sini untuk pembicaraan cerai. Kenapa you tak beritahu I? I boleh aje teman you datang sini."
Inara memandang Nadim. Seraya itu, satu pelempang hinggap di pipi Nadim.
"Puas hati? Puas hati dapat tengok Reza ceraikan I? You ni memang lelaki tak gunalah, Nadim Amzar. I benci you!"
Inara terus berlalu pergi meninggalkan Nadim yang tergamam akibat ditampar. Nampaknya makin susah untuk dia melembutkan hati wanita itu.
Nadim mengejar Inara sehingga ke kereta. Dia menghalang Inara untuk masuk ke dalam kereta dengan mengambil kunci kereta dan berdiri di hadapan pintu pemandu.
Inara sudah bercekak pinggang di situ.
"Ya Allah, you ni memang tak reti bahasa ke? I nak balik... I penat, I stres, I serabut! Bila dah jadi macam ni you langsung tak ada rasa bersalah pun kan? Sedangkan you tahu you adalah punca!"
"I buat semua tu sebab I sayang you, Inara! Can't you see it? I love you!"
"I don't fucking care! You dengan cinta you boleh pergi mampus, Nadim! Dari dulu sampai sekarang dan sampai mati pun I akan tetap cintakan Reza seorang saja. I tak peduli dengan cinta you pada I. Dah banyak kali I cakap... I tak nak cinta you. You aje yang susah nak faham. Pura-pura tak faham!"
Inara berang dengan Nadim.
"Banyak kali... banyak kali I cakap dengan you yang I tak boleh terima cinta you sebab I sayangkan Reza. Kenapa susah sangat you nak faham? Kita dah janji nak jadi kawan aje tapi akhirnya you masih nak hancurkan kebahagiaan I dengan Reza. Apa kena dengan you ni sebenarnya? Apa yang you nampak dalam diri I ni sampai you beria sangat nak I jadi milik you?"
"You are perfect for me! Sejak kali pertama I nampak you kat gim tu... I dah jatuh cinta dengan you. I nak you dan I selalu dapat apa yang I nak."
"Well, too bad... I don't want to be yours. Walaupun Reza dah ceraikan I, I takkan pergi pada you. I rela jadi janda sampai mati daripada berkongsi hidup dengan lelaki yang I tak cinta."
"I akan buat you jatuh cinta dengan I. Soon, you will be mine and we will get married. You lebih layak jadi isteri I daripada jadi isteri lelaki miskin macam Reza."
"Hei, jangan berani hina Reza!"
Inara memberi amaran pada Nadim. Tetapi Nadim hanya bereaksi selamba.
"Ok, baby. Drive safe and get some rest."
Dia mengelus lembut pipi Inara sebelum membuka pintu kereta untuk Inara masuk dan memulangkan kembali kunci keretanya.
"Kalau nak apa-apa, call aje I. Tak payahlah keluar hari ni... you need to rest."
Tanpa berkata apa-apa, Inara terus masuk ke dalam kereta. Dia malas mahu bertelagah lagi dengan Nadim yang sememangnya langsung tidak mempunyai rasa bersalah atas keruntuhan rumah tangga Inara bersama Reza.
Entah apa masalah dan dendam Nadim terhadap Reza sehinggakan dia sanggup berbuat begini dan sekarang Inara pula yang menjadi mangsa.
Nadim melihat Inara beredar pergi dan dia tersenyum puas. Kini, Inara bukan lagi isteri kepada Reza maka bolehlah dia menjalankan rancangan untuk memiliki Inara.
Dia akan buat apa saja demi memperisterikan Inara Ameena. Dia nekad untuk mengambil hati Inara dan membuat Inara jatuh cinta padanya.
Let the game begins.
Lambat laun Inara Ameena akan menjadi milik Nadim Amzar juga. Hanya perlukan masa dan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Nadim Amzar tak pernah kalah. Nadim Amzar akan tetap dapat memiliki Inara Ameena.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Storie d'amore[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...