Bab 3

1K 60 3
                                    

HINGGA ke malam hari dia tetap juga tidak boleh melupakan wajah cantik itu padahal itu adalah pandangan yang sekali imbas sahaja. Inara... walaupun hanya sebaris nama dan satu pandangan tapi sudah cukup membuatkan dirinya gila bayang. Nadim tersenyum sendiri. Dia mahu berjumpa dengan wanita itu lagi dan dia mahu kenal dengan wanita itu.

"Kau gila bayang dengan bini orang, Nadim. Hati-hati... jangan dijolok sarang tebuan," pesan Amri.

Nadim memandang Amri kemudian dia mengeluh berat. "Engkau ni memang suka muncul tiba-tiba. Bikin spoil betul!"

Amri tersenyum kemudian duduk di atas sofa. Dia bersenang santai sambil memandang Nadim.

"Inara tu isteri orang. Perempuan yang kau tengah gila bayang sekarang ni milik suami dia. Kau biar betul?"

"Ok, kalau dia bini orang pun ada masalahnya? Eh, aku kan selalu dapat apa yang aku nak dan sekarang aku nak Inara. Tak ada siapa yang boleh halang aku termasuk kau."

"Aku bukannya nak halang kau tapi aku cuma nak kau beringat. Kau baru aje pandang dia sekali imbas... kau dah suka dia? Hahaha... aku tak percayalah."

"Aku tak suka dia... aku cinta dia. Aku akan buat apa saja untuk rampas dia daripada suami dia dan jadikan dia milik aku untuk selamanya. Ini Nadim Amzar. Nadim Amzar sentiasa dapat apa yang dia nak walaupun dengan cara yang kasar."

"Kau tak tahu apa-apa pun pasal dia melainkan nama dia yang sepatah aje. Pergilah siasat semua tentang diri dia dulu. Kalau betul kau nak dia, kau kena cari dan tahu apa kekurangan dia supaya senang untuk kau manipulate dia."

Nadim mengangguk sambil tersenyum.

"Betul, aku kena tahu kekurangan dia. Aku kena tahu semua pasal dia."

Justeru itu, dia ingin menelefon seorang individu yang terlibat di dalam bidang penyiasatan namun dia terfikir semula. Dia hanya tahu nama namun dia tiada gambar wanita itu untuk dijadikan sebagai siasatan.

"Macam mana nak suruh budak aku cari maklumat pasal dia kalau aku hanya tahu nama saja dan tak ada gambar dia?" soalnya sendiri.

"Esok, kau pergilah jumpa Felix lepas tu minta gambar dia atau nama penuh dia kat Felix. Inara kan biasa main gim kat situ, mestilah dia dah jadi ahli gim Felix juga," jawab Amri.

"Hmm... Felix takkan suka aku tanya pasal Inara tapi tak apalah, kalau dia tak nak tolong aku dapatkan Inara... aku boleh aje buat semua tu sendiri."

Nadim sambung tersenyum sendiri apabila memikirkan tentang Inara. Dia akan pastikan perempuan itu jatuh ke dalam dakapannya suatu hari nanti.

Keesokkan harinya, apabila Nadim sudah jaga dari tidur panjangnya, dia mengeliat malas dan terus ambil tuala mandi untuk ke bilik air. Usai selesai membersihkan dirinya, dia terus keluar dari bilik tidurnya dan duduk bersantai di ruang tamu.

Untuk seketika, dia mengeluh bosan di atas sofa. Hmm... nak main game, tak ada mood. Nak keluar lepak, malas nak drive. Apa nak buat ni? Dia terus teringat pada Inara.

"Kan best kalau Inara ada," tuturnya sambil tersengih.

"Hei... I memang dah ada kat sinilah," jawab Inara dari belakangnya.

Nadim terkejut dan pantas menoleh. Dia tergamam melihat susuk tubuh Inara berdiri di hadapannya sambil menayang senyuman manis.

Inara menuju setapak demi setapak ke arah Nadim yang masih lagi tergamam lantas dia terus memeluk tubuh lelaki itu kemudian menyandarkan kepalanya di dada bidang Nadim.

"Do you miss me, darling?" soalnya dengan nada yang manja yang mampu menggoncang jiwa kelelakian Nadim.

"I-- I..." gagap Nadim dibuatnya.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now