BUNYI bising yang kedengaran dari dalam bilik tidur Nadim Amzar membuatkan Inara Ameena jadi hairan. Dia keluar dari bilik tidurnya untuk pergi melihat keadaan Nadim. Apabila dia sudah sampai di hadapan pintu dan mahu memulas tombol pintu itu, suara Giovanni menghalang.
"Signora, non lo faccia," halangnya sambil menggelengkan kepalanya.
(Puan, jangan)
"Perché? Cos'è successo a Nadim lì dentro?" soal Inara.
(Kenapa? Apa yang jadi pada Nadim di dalam sana?)
"Qualunque cosa accada lì dentro, nessuno può interferire. Mi hai incaricato di impedirti di entrare nella tua camera da letto, ma la verità è che."
(Apa saja yang berlaku di dalam sana, tiada siapa boleh masuk campur. Tuan dah arahkan saya untuk halang puan masuk ke dalam bilik tidur tuan tapi kebenaran)
Inara jadi hairan dan mahu mengamuk.
Isterinya sendiri pun harus ada kebenaran untuk masuk ke dalam bilik suami sendiri?
"Sono sua moglie. Devo chiedere anche il permesso? Mentre lui è mio marito."
(Saya isteri dia. Saya perlu minta kebenaran juga ke? Sedangkan dia suami saya)
Giovanni mengeluh.
"Lo capisco, signora. Ma questa è un'istruzione del maestro stesso. Non voglio che tu sia in pericolo."
(Saya faham itu, puan. Tapi ini arahan daripada tuan sendiri. Tuan tak nak puan dalam bahaya)
"È pericoloso!" keluh Inara yang tidak mengerti.
(Bahaya pulak dah!)
Inara turun tangga dan bertemu dengan Giovanni yang kekal di situ.
"Dimmi, Giovanni. Mi stai nascondendo qualcosa di te?"
(Beritahu saya, Giovanni. Tuan ada rahsiakan apa-apa pasal diri dia pada saya ke?)
"Mi spiace, non posso dirti nulla. Se vuoi sapere, devi chiedertelo. Ti ho promesso di rimanere confidenziale."
(Maaf, saya tak boleh beritahu puan apa-apa. Kalau puan nak tahu, puan kena tanya tuan sendiri. Saya dah janji dengan tuan untuk kekal berahsia)
Inara mengeluh menggeleng.
Apa lagi rahsia yang Nadim sorokkan ni? Hari tu dah janji tak nak berahsia daripada aku dah.
"Baru dua hari aku kat sini, dah macam-macam perubahan pelik yang jadi pada Nadim. Apa yang sebenarnya Nadim rahsiakan daripada aku ni?"
Tak lama kemudian, pembantu rumah datang menghampiri Inara.
"Signora, vuole fare colazione adesso? Se è così, posso averlo pronto per essere servito proprio adesso."
(Puan, puan nak sarapan sekarang ke? Kalau ya, saya boleh siap hidangkan sekarang juga)
Dia bertanya pada Inara seandainya Inara mahu sarapan sekarang.
Inara menggeleng menolak.
"Va bene, farò colazione quando lascerai la stanza più tardi. Se sei pronto per la colazione, chiamami."
(Tak apa, saya akan sarapan bila tuan dah keluar dari bilik nanti. Kalau tuan dah sedia untuk sarapan, panggil saya)
Pembantu rumah itu mengangguk lantas berlalu pergi.
Inara pula berjalan ke luar rumah dan duduk di tepi kolam air pancut yang dihiasi dengan bunga tulip dan binaan kolam air pancut yang diperbuat daripada batu marmar yang sangat mahal.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...